Breaking

Showing posts with label Serum. Show all posts
Showing posts with label Serum. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Wednesday, July 20, 2016

Serasi Guna Velvet Radiance Serum 4 dalam 1 Ni!


Assalamualaikum!


Rutin penjagaan kulit wajah memang jadi satu kemestian bagi setiap lelaki dan wanita di zaman ini! Walau sesibuk mana pun kita, kulit wajah perlu sentiasa dibelai dan dirawat untuk dapatkan hasil yang cantik dan sihat.


Untuk kulit yang berminyak macam aku ni, memang kena cerewet bila memilih produk wajah. Tapi kan baru-baru ni aku ada try satu serum yang memang 'ngam' dan serasi dengan kulit aku. Baru tak baru gak la ... dalam bulan puasa lepas ;) 




Walaupun aku bukan jenis 'kaki' makeup, tapi itu bukan bermakna aku tak perlu risau pasal penjagaan kulit wajah. Kulit jenis berminyak dan berjerawat lagi la kena sensitif dan perlu sentiasa diberi perhatian kan. So, bila aku dengar pasal kelebihan Velvet Radiance Serum ni ... haruslah cuba dulu kan  ;)

Velvet Radiance Serum 4 dalam 1

Velvet Radiance Serum ini mempunyai 4 fungsi dalam 1 botol. Ia boleh digunakan sebagai :
    • Toner (penyegar)
    • Serum
    • Moisturizer (pelembap)
    • Sunblock (pelindung matahari)

Ia bertindak dalam 3 cara iaitu :
    • Repair (Memulih)
    • Renew (Memperbaharui)
    • Restore (Mengembalikan)

Kandungan Dalam Velvet Radiance Serum 
  • Vitamin C
  • Apple stem cell
  • Ekstrak teh hijau
  • Likuoris ( Akar manis )
  • Lemon
  • Kolagen ikan salmon
  • Natrium PCA
  • Panthenol

Keistimewaan Velvet Radiance Serum

Diformulasikan dengan kolagen Salmon dan stem sel epal, ia bertindak:
  • Sebagai sunblock 50 SPF
  • Membuat struktur kulit lebih anjal.
  • Melembabkan kulit wajah.
  • Menyamarkan kedutan pada wajah hingga leher.
  • Mencegah penuaan.  
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit.
  • Memberikan sensasi kulit bersinar yg lebih cerah.
  • Menutrisikan kulit.
  • Mencegah pengaruh buruk polusi udara dan sinar matahari.




Cara Penggunaan Velvet Radiance Serum



Mudah je! Cuci muka dan lap kering. Picitkan 2 kali di tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka dan leher setiap pagi dan malam sebelum tidur atau bila-bila masa. Pagi sebelum nak pakai bedak tu, aku guna serum ni dulu :D





Serum ni cepat meresap ke dalam kulit dan tak melekit sebab ia water based. Lelaki dan wanita boleh guna, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, berminyak, tona tak sekata dan jeragat memang sesuai la pakai Velvet Radiance Serum ni.

Disebabkan senang nak guna, maka aku jadi bertambah rajin dan bersemangat la nak gunakan setiap hari. Senang pulak tu nak bawa ke mana-mana, so memang setia dalam beg aku le hehe ;)

Lepas guna Velvet Radiance Serum ...

Sebelum ni, bangun pagi muka mesti berminyak. Bila duduk kat pejabat, kulit aku jadi kering dan kusam sebab terlampau sejuk!

Tapi sejak aku guna Velvet Radiance Serum ni setiap hari pagi dan malam ... bangun pagi muka tak berminyak! Kat pejabat, kulit kekal lembap walaupun buat kerja dalam air-cond. Kalau berjalan di luar pun aku tak risau, sebab serum ni ada sunblock SPF 50 yang boleh lindungi kulit dari sinaran uv matahari. Takda lagi kulit 'berkilat' disebabkan berminyak, sebaliknya muka tampak glowing tanpa perlu makeup yang tebal. 






Dah la senang nak guna, rasa nyaman je bila sapu kat muka. Kulit kekal lembap walaupun seharian di pejabat yang sejuk, tambah bulan puasa pulak tu! Yang bestnya, kesan jerawat lama tu beransur hilang dan bila pegang pipi sendiri, terasa ...halussssss sangat! ;)


Alhamdulillah memang best dan serasi dengan kulit aku! Semangat nak cantik kembali membara haha :p Confirm Pak Jelan takkan berani membebel lagi kat aku dah lepas ni ngeeee :D


Dekat opis ni ada kawan yang aku dah bagi cuba serum ni, dan diaorang memang tertarik nak guna lagi. Tambah sekarang ni ada harga promosi sempena raya, rugila kalau tak rebut peluang sementara murah ni kan! ;)




Velvet Radiance Serum 30ml

vHarga (Normal Price) : RM 150
vHarga promosi sempena raya : RM100 (terhad kepada 100 botol yang pertama)

Nak tahu lanjut, korang boleh terjah link di bawah ni :


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.