Breaking

Showing posts with label Something in my head. Show all posts
Showing posts with label Something in my head. Show all posts

Friday, February 28, 2020

Friday, February 28, 2020

Bulan dukacita


Gambar takda kena mengena hehe 


Assalamualaikum! Terlalu banyak nak diluahkan disini tapi jari-jemariku kaku fikiran buntu. Menghilang bukan bererti tidak peduli, tapi sedang merawat hati yang sedikit terobek dengan ujian yang tidak pernah akan berhenti. Mengambil masa untuk pulihkan jiwa dan rohani.

Awal tahun dah macam-macam ujian Allah bagi, alhamdulillah. Luaran nampak normal, dalam hati aku berdoa ya Allah kuatkan hatiku ya Allah. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Masa takkan menunggu kita kalau kita berlengah dan bertangguh.

Friday, February 15, 2019

Friday, February 15, 2019

Sebenarnya bumi berbentuk ...


Assalamualaikum!

Aduhhhh! kecoh pasal isu bumi sfera atau rata.
Aku tak tahu hujah dan fakta mana diaorang guna untuk klaim bumi itu rata.
Tapi ada juga yang menyokong!

Bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain.
Pandangan kita dah tentu ada yang berbeza.
Tapi biasa la, yang sana mengecam disini.
Yang sini mengecam sana untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Dari sekolah rendah kita belajar bumi itu sfera.
Tapi orang sekarang pakai ilmu saja tak cukup.
Nak tahu bumi itu sfera atau rata kena tanya pada ahlinya.
Siapa ahlinya?
Angkasawan la!
Mujurlah Malaysia ni ada angkasawan negara.
So dialah selayaknya menjawab persoalan ini kan.


kredit : insta DrSMS

Friday, January 18, 2019

Friday, January 18, 2019

Trend #10YearChallenge


Assalamualaikum!

Apa saja berkaitan dengan dunia alam maya mesti cepat viralnya.
Manusia di zaman ini sangat seronok melakukan pelbagai #challenge.
Tahun lepas viral dengan #kekechallenge.
Lebih 2-3 juta video menari sambil kereta bergerak dikongsikan di media sosial.

2019?
Wow! Belum habis bulan 1 pun, dah ada #challenge baru.
Trend kongsi gambar 10 tahun dulu dengan sekarang.
Jangan lupa hashtag #10YearChallenge.

Siapa join?
Ramaiii...setakat ini lebih dari 3 juta gambar dikongsikan di semua platform media sosial.
Aku join gak ke?
Eh mestilah ada!
Kenala seiring dengan trend kan hehe.

Anyway, aku ada terbaca beberapa tweet tentang #10YearChallenge di Twitter.
Antaranya, adakah kemungkinan data (gambar #10YearChallenge) yang kita kongsikan itu boleh disalahgunakan sebagai latihan pengecaman wajah mengikut peringkat umur - say like 10 tahun?

Walaupun Facebook menafikan terlibat dalam plot #10YearChallenge ni.
Itu tak bermaksud kita tak perlu berhati-hati.
Apa saja yang kita kongsikan di media sosial, pastikan ia selamat.
Bab aurat 10 tahun lepas, itu patut didahulukan la ye.
Takda kompromi takda alasan.
Sendiri mau ingat, sendiri mau jawab nanti ha.



Thursday, January 17, 2019

Thursday, January 17, 2019

5 Kenangan Aku Dengan Bas Mini


Assalamualaikum!

Sekarang ni asal petang je mesti jem!
So hiburan dalam kereta mestilah dengar radio.
Tapi semalam topik #SinarPetang memang best!
Cerita pasal 'Aku & Bas Mini'.
Langsung terkenang zaman-zaman kita naik bas mini dulu hehe.

Aku sempat merasa naik bas mini.
Tapi dah lupa la bas mini nombor berapa untuk Kg Pandan.
Tapi itulah pengangkutan utama waktu tu.
Bila dikenang balik zaman tu, memang lucu.
Macam-macam benda berlaku dalam bas hehe.


sumber : google

Wednesday, September 26, 2018

Wednesday, September 26, 2018

Tegur selagi boleh, cegah sebelum parah!


Assalamualaikum! Tak yah tengok jauh-jauh ...tengok ahli keluarga kita sendiri sudah. Abah kite pun dulu 'galak' nak mencuba produk-produk 'kesihatan' ni. Asal ada yang keluar kat tv, dia pasti akan cuba beli sebotol. Masa dia beli sebotol, dia tak cerita kat kita. Dah berbotol-botol ambil, berbulan-bulan telan baru dia bukak cerita hehe.

Minum jus tu, dia kata serasi. Kemain bercerita betapa tekanan darah dia boleh turun, kencing manis terkawal. Tapi lepas 5-6 botol, pergi cek balik tekanan darah ... apasal makin tinggi?? Haaaa tak berhenti takat situ! Tak serasi jus ni, dia try beli jenama lain pulak. Yang famous tu laaa!



Friday, March 09, 2018

Friday, March 09, 2018

Memuji jangan lebih-lebih, mengeji jangan keterlaluan


Assalamualaikum!

Dalam hidup kita yang singkat ni, selalulah ingat bahawa kita tidak selalu berada di 'atas'. Bila kita melihat ketidaksempurnaan atau kekurangan seseorang, apakah respon pertama kita? Adakah kita akan terus kecam orang tu diatas kesilapan yang dia buat? Atau kita stop dan fikir semula apakah tindakan kita mengecam orang lain itu benar-benar satu perbuatan yang betul, yang akan membawa manfaat (boleh buat dia berubah?)?

Kita mungkin berasa bahawa bila kita tidak melakukan kesilapan itu, dan melihat orang lain melakukannya kita terus menganggap mereka telah melakukan dosa besar! Tapi harus diingat, manusia boleh berubah. 


Thursday, February 22, 2018

Thursday, February 22, 2018

Umpama diberi susu tapi dibalasnya dengan najis!



Assalamualaikum!


Orang kata, pengalaman tu mematangkan kita. Tapi rasanya aku ni belum matang lagi kot sebab dah banyak kali kena ngan orang tapi masih tak 'insaf' lagi!

Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dikenakan orang macam ni. Tapi aku still bagi peluang sebab percaya kita sama-sama cari makan, cari rezeki yang halal. Siapalah aku nak sekat rezeki orang lain, dan kalau orang itu berhajat nak minta sedikit bantuan untuk rezeki dia, maka tak salah kita berkongsi kan. Tapi ...?? 

Saturday, January 27, 2018

Saturday, January 27, 2018

Bercakap memang pandai, membuatnya belum tentu pandai


Assalamualaikum!


Tak semua orang dikurniakan kebolehan pandai bercakap dan dalam masa yang sama boleh melakukannya. Ramai orang pandaiiiiiii bercakap, pandai berhujah walaupun hujahnya takda 'isi' tapi bila disuruh buat? Sunyi sepi ....

Dalam konteks ni, manusia ada tiga jenis perangai. Yang pertama,  tak pandai bercakap tapi reti buat. Yang kedua pandai bercakap dan boleh buat. Dan yang ketiga macam sekarang ni lah .... cakap je pandai buatnya tak pandai. Harapkan orang lain yang buatkan untuk kita.




Dalam tiga-tiga tu, yang mana satu kita agaknya ye?

Wednesday, January 03, 2018

Wednesday, January 03, 2018

Nikmat & Ujian 2017


Assalamualaikum!


Apela, orang dah masuk tahun 2018 ko masih citer pasal 2017! hehe. Apakan daya, minggu terakhir tahun 2017 aku gunakan sebaik yang mungkin untuk luangkan masa bersama keluarga, maka terpaksa la 'berpuasa' dari update blog kejap hehe.

Mira tu tak boleh nampak aku pegang handphone. Dia punya bebelan setaraf dengan aku dah tu hehe. Tapi, kalau diaorang ngadap game atau tengok kartun kat handphone aku, tak pulak menjadi kesalahan pada diaorang! Geram ni gerammmm ... hehe.

Okla, banyak benda berlaku dalam tahun 2017 ni. Suka duka, pahit manis, ujian dan nikmat silih berganti. Alhamdulillah, 12 bulan kami hadapi walaupun kadang-kadang rasa hampir nak 'tumbang'. Kita semua ada dugaan dan ujian masing-masing, cuma bentuk ujian barangkali tak sama. Tapi takkan la nak cerita semua ye tak. Yang manis kita kongsikan bersama, yang pahit kita telan sorang-sorang la kan hehe.


My kesayangans

Thursday, November 23, 2017

Thursday, November 23, 2017

Perbankan Internet Yang Lembap Bukan Bank Pilihan Saya!


Assalamualaikum!


Hari gaji sepatutnya jadi hari paling indah, tapi keindahan itu telah dicemari dengan kelembapan teknologi yang sepatutnya tidak berlaku keatas sebuah institusi perbankan yang telah beroperasi berpuluh-puluh tahun!

Dari pagi tadi sampai ke saat aku menaip ni, perbankan internet irakyat.com.my masih tidak dapat diakses! Arghhhhhh .... apekeheinye kamu ha?! Bank lain takda masalah pun nak akses time hari gaji, bakpenye kamu ni teruk bebenor dari pagi tadi sampai sekarang asyikkkkkkkkkk 'This page isn't working'!


Tuesday, August 08, 2017

Tuesday, August 08, 2017

Satu nota seribu makna


Assalamualaikum!


Satu hari ketika sedang makan, seorang lelaki datang dan meletakkan sekeping nota kecil di atas meja makan kami. Ku tenung dan baca isi kandungannya. Ternyata kita semua struggle mencari rezeki di kota besar. Tiada kisahkan rasa malu, kerana niatnya ikhlas ingin mencari sesuap nasi demi keluarga.

Macam-macam cara digunakan demi rezeki yang halal. Sekecil-kecil usaha, sekecil-kecil modal digunakan sebaik mungkin. 




Bagiku, menjual begini lebih baik dari meminta-minta. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk memajukan diri walaupun secara kecil-kecilan. Yang salahnya ialah bila kita langsung tidak berusaha untuk mengubah nasib sendiri dan hanya mengharapkan belas ihsan dari orang lain.

Tuesday, April 18, 2017

Tuesday, April 18, 2017

Bila peminta sedekah datang kat meja makan ....


Assalamualaikum!

Mesti ramai yang pernah melalui situasi macam ni kat kedai makan kan? Tengah makan ramai-ramai ngan keluarga atau kawan, tetiba kita didatangi oleh seseorang dengan membuat isyarat jari untuk bagitau dia lapar atau perlukan duit untuk makan.

Kalau korang berada dalam situasi macam ni ... apa korang akan buat? Adakah korang akan halau dia? atau bagi dia duit? atau bagi dia makan?



gambar hiasan
Pernah aku kongsikan pengalaman aku dan Pak Jelan di SINI. Tapi kali ni situasinya berbeza sikit, sebab mereka ni sudah pandai bergerak dari satu kedai ke kedai lain untuk dapatkan duit. Lagi satu, banyak yang aku terserempak adalah warga asing seperti Rohingya. Pandai cakap Melayu (bukan slang Bangla) tapi sekilas air di kolam aku dah tahu mereka ni bukan orang tempatan.

***************************************************************
Situasi 1

Hari tu aku ngan Pak Jelan pergi makan kat satu restoran. Datang seorang perempuan yang agak tua bukan orang tempatan gak (macam arab) namun masih tegap berjalan meminta duit dari pelanggan di meja depan kami.

Aku tanyakan pada Pak Jelan, nak ajak dia makan ke tak since dia tunjuk tangan isyarat nak makan. Kami ni kalau orang susah tunjuk perut tunjuk isyarat lapar, muala la rasa kesian. Duit kami tak bagi, tapi kalau betul nak makan ... insyaAllah.

Rezeki datang ... dia menghampiri kami yang sedang menjamu selera. Sama jugak .. dia tunjuk isyarat perut dan tangan kat mulut. Walaupun aku tak faham apa dia merambu tapi dengar sipi-sipi broken english dia aku tau dia nak duit beli bread (roti).

"Are you hungry? You want to eat?"

Dia angguk sambil tunjuk perut dan tangan kat mulut

"Come..sit and order. Eat here", aku tunjuk meja kosong belakang kami

Dia geleng kepala ... mintak duit sambil tunjuk jari nak pergi kedai roti. 

"No..no ... eat here only. You eat here, just order", aku bertegas.

Dia geleng kepala ...nak duit gak. Last-last, aku cakap "Sorry, just eat here only we pay for you, if you want money I can't give it"

Dipendekkan cerita, disebabkan dia nak duit gak maka tak dapat kami beri. Dan waiter restoran tu pun suruh dia beredar since pelanggan offer nak belanja pun dia takmo huhu. 

****************************************************************
Situasi 2

Hari tu hari Ahad, kami baru balik dari meniaga di CBS Kota Damansara. Pi bawa anak-anak makan yong tau foo kat sebuah gerai dekat ngan umah. Tengah makan, sorang gadis remaja (Rohingya) datang kat meja kami minta RM2 sebab nak balik Seremban.

Kami terdiam .. dan Pak Jelan mula bertanya, "Seremban ada siapa?"

"Mak ... adik-adik..."

"Ko dah makan? ko nak makan?", tanya Pak Jelan

"Nak ..."

"Gi makan dulu ..", sambil tunjuk isyarat gi beratur kat yong tau foo dan pilihla apa yang dia teringin nak makan. 

So, dengan tak rasminya aku la yang escort sekejap budak tu sementara beratur tunggu yong tau foo siap! 😂 

Dah siap, aku suruh dia makan dulu. Kami takda fikir apa-apa sebab bila kami tanya nak makan ke tak, dia tak menolak. Sebab itu kami suruh dia order apa dia nak makan. 

Lepas kami siap makan, masa untuk balik. Pak Jelan hulurkan duit pada kakak untuk bagi pada budak tu. Makan dapat, duit pun dapat walau tak banyak kami bagi.

Kesimpulannya ... dalam rezeki kami ada hak orang lain. Tapi memberi duit terus bukan jalan penyelesaian yang sebenar. Kalau betul lapar nak makan, insyaAllah kami takda masalah nak belanja. Tapi kalau nak duit terus, memang kami tak amalkan beri macam tu saja. Sebab hakikatnya, ramai sangat yang dah suka menipu termasuk warga asing. Kita juga taknak galakkan diaorang ni bermaharajalela mencari rezeki dengan cara meminta-minta sehingga menjadi kebiasaan dan menjadikan ia jalan mudah untuk cari duit.

Kalau betul lapar, isi perut boleh ... isi poket sorry arrr!

Tuesday, November 01, 2016

Tuesday, November 01, 2016

Harga minyak naik, pengguna kereta macam kami terkesan!


Assalamualaikum!


Rata-rata yang mendapat tahu tentang kenaikan harga minyak bulan November ni sangat kecewa dengan berita tersebut. Minyak naik harga bermaksud lepas ni harga barang keperluan, makanan dan perkhidmatan akan turut naik! Yang hidup mewah kena ubah ke sederhana, yang sederhana kena ubah ke berjimat cermat, yang dah berjimat cermat nampaknya kena 'ikat perut' pulak la ye! >.<


Friday, August 12, 2016

Friday, August 12, 2016

Abah ...


Assalamualaikum!


Di usianya yang dah menjangkau 66 tahun, alhamdulillah dia masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun kudratnya tidak lagi sekuat dulu. Sebenarnya, beberapa hari ni aku asyik teringatkan abah. Walaupun dia dah bebas dari 'najis' rokok sejak 3 tahun yang lalu, namun aku sentiasa bertanyakan perkembangan dia melalui mak di telefon.

Dan walaupun abah tidak mengalami penyakit serius, dia masih kena amik ubat darah tinggi dan menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan berdekatan setiap beberapa bulan. Rutin ini telah pun bermula start abah keluar hospital.


Thursday, June 16, 2016

Thursday, June 16, 2016

Bila berjodoh dengan orang utara ...


Assalamualaikum!


Beginilah aku masa memula kahwin dengan Pak Jelan dulu. Lahir di Selangor, bermastautin di KL hampir 20 tahun lebih, bila ditukarkan ke Kuantan aku ingatkan jodoh aku dengan orang Pantai Timur. Tapi suratan takdir kami berdua bertemu jodoh di sana.

Memula dulu bila dia kata dia orang Perak, aku ingatkan style orang Perak yang cakap "ate", "kome", "teman', "idokleeee" tu hahaha :p Tapi rupa-rupanyaaaaaaa dia Perak utara, so slang dah ikut Kedah nunnnnn! Utagha piorrrrr sunggoh naaaa haha :p


kredit : Lanun Ranggi


Kes pertama macam gambar di atas ni la. Satu hari suruh dia gi kedai beli roti. Roti tu pada aku maksudnya roti gardenia la. Alih alih bukak beg plastik ada biskut lemak Hup Seng je! Aku pun tanya ....

"mana rotinya?"

"tu la dia ..."

"ni bukan roti ..ni biskut!"

"ni roti la ... abg ingat hani cakap roti tu roti ni la ..."

Grrrr "ni biskut bangggg ... roti is roti, biskut is biskut la"

"kami (keluarga mertua) panggil ni roti hani tau dak ... "

"dah tu roti gardenia tu panggil ape?"

"roti gak la ...."

Hahaha kembang kuncup hidung aku 'bertekak' ngan dia pasal roti je. Sejak dari tu la aku baru faham sikit-sikit istilah 'pening lalat' roti=biskut biskut=roti hahahaha! Korang ingat setakat tu biskut dan roti je ke? Hahaha haaaaa ada satu lagi istilah yang aku 'bertekak' ngan dia ....

"Hani .. tolong belikan cekelat, tekak abg pahit la"

Aku masuk kereta dan hulurkan cekelat (coklat Cadbury) pada dia ..

"pasaipa hani beli cekelat ni? abg nak cekelat isap la ..."

Termenung kejap ... dia maksudkan gula-gula ke? (hahaha)

"tu gula-gula la banggggg ... abg nak cekelat, ni la dia cekelat ...."

"cekelat tu maksud abg gula-gula la sayanggggg ... abg panggil cekelat"

Grrrr .... "dah tu coklat ni panggil ape?"

"cekelat ..."

Hahahaha turun naik jantung aku dibuatnya! Ko dah orang KL, ko faham sejak kecil gula-gula dan coklat tu dua benda yang berlainan jenis. Tetiba otak disuruh tukar gula-gula=coklat .... memang tak masuk dek akal la! hehehe ...

Tapi la ni aku faham dah istilah-istilah tu semua. Cuma sekarang ni kalau dia nak biskut, dia sebut 'biskut'. Kalau dia nak roti, aku gi beli roti gak tak beli biskut. Tapi kalau balik Perak, otomatik dia punya biskut jadi roti hehehe :p


Wednesday, April 20, 2016

Wednesday, April 20, 2016

Semakin sukar ....


Assalamualaikum!


Lebih mudah jaga mereka ketika mereka masih bayi. Nangis ... sumbat botol susu terus diam. Tak perlu suruh pergi tido, letak dia dalam buai, pasang kipas dan henjut ... lelap terus mata tu. Takda drama air mata, takda argumentasi, takda jeling menjeling, takda muncung itik 3 kaki. Paling best kalau masak bubur letak la segala mak nenek sayur dalam tu pun diaorang still nganga mulut rela disuap. Tapi sekarang, tengok bawang sikit dalam pinggan terus jawab,"tak nak bawang ..."

Huhh .... bukan mengeluh, bukan tak bersyukur, jauh sekali merungut. Cuma nak kabor ... tak mudah nak membesarkan anak perempuan umur 7 & 9 tahun ni. Sentap tak tentu pasal .... nakkan perhatian barangkali? Ye, itu aku tak nafikan. Tapi sentapnya setiap hari lorr hahaha ... ! Nak gi ke fasa remaja jauh lagi, tapi aku dapat rasakan perangai masing-masing dah makin berubah, makin mencabar haha ...

Makan dah pandai memilih, baju dah pandai memilih, tudung dah pandai memilih ... apa lagi? Beg tangan dah lebih dari aku punya koleksi! Iyeeeee .... budak sekolah rendah ada beg tangan ... ko mampu diknon??? hahaha .... sikit-sikit beg tangan, sikit-sikit dompet. Tapi aku tengok, duit belanja kerap jugak kena 'pau' ngan kengkawan haha. Si Mira siap back-up kawan dia lagi cakap kawan dia tak makan 8 hari sebab kena cuci istana! Haaaaaa????? Barangkali aku terlupa nak pesan kat dia memula masuk sekolah dulu, jangan percaya cerita tahyul kengkawan di sekolah .... hahahaha :p

Bila seorang tak puas hati, akan mula cari pasal dengan yang seorang lagi. Bila seorang mengadu, yang seorang lagi dah stenbai poin nak mengadu jugak. Yang dia cakap begini, yang dia cakap begitu ... !

Time diaorang baik, memang boleh kamceng! Bergelak ketawa, berborak, bergurau senda, main mak-mak, pondok-pondok, pejabat-pejabat, main masak-masak .... satu hari tu memang happy je. Tapi bila ada benda tak kena, getah pemadam pun boleh jadi asbab nak bertekak!

Jujur .... tak mudah nak berlaku adil dalam benda macam ni. Kalau aku setuju ngan kakak dia, dia merajuk ... kalau aku setuju ngan adik dia, kakak dia cakap naper adik buat ibu tak marah? Aku tersepit ditengah-tengah! Hurmm .... mungkinkah kakak fikir aku manjakan adik dia berlebihan? walhal, kalau Mira buat salah yang sama tetap juga aku marah ... takda pilih kasih, yang salah tetap salah dan kena betulkan.

Lagi bersungguh ko nak berlaku adil terhadap kedua-duanya, lagi sukar jadinya! Kadang-kadang kita sorang je yang perasan benda kita buat tu adil untuk diaorang, padahal kita tak tahu dalam hati anak mana yang akan terkesan, akan terasa dengan keputusan kita ...

Hurmm ....

Thursday, March 10, 2016

Thursday, March 10, 2016

Runsing ....


Assalamualaikum!


Apa yang mak cakap hari tu masih terngiang-ngiang lagi kat telinga ni. Kalau boleh, aku takmo ingat langsung dah benda yang mak cakap tu. Kalau aku punya kebolehan boleh 'padam' sebahagian memori dalam kepala aku ni, aku akan pilih untuk 'padam' perbualan aku dengan mak pasal benda tu! Sejak dari hari tu, hati aku berdebar-debar bila teringat balik ... risau pun ye ...

Malam tu mak tolong bakar ubat resdung untuk aku, sambil-sambil tu kami berborak. Dalam dok berborak, tetiba ayat tu keluar ....

"mak ada tanya abah ko, lang (panggilan mak untuk abah) ... tak sangka ye kita boleh hidup sampai umur sekarang ni ... dapat tengok anak menantu, cucu-cucu membesar .... badan pun alhamdulillah sihat lagi sampai sekarang ....

mak bersyukur abah ko sihat, mak sihat walaupun kadang-kadang lutut ni sakit juga ... tapi masih boleh lagi la bersihkan reban ayam tu ... berkebun sikit-sikit ... memasak mengemas. Tiap-tiap hari mak berdoa Allah panjangkan umur mak dapat tengok anak menantu ... cucu-cucu ... tengok anak-anak bahagia hidup senang ... tu pun mak dah puas hati .... kalau mak 'pergi' pun mak ...."

Tak boleh ... aku tak boleh teruskan menaip ayat tu ... 




Ya Allah ... panjangkan umur mak dan abahku, yang memberikan kekuatan padaku sejak dari dalam kandungan hingga aku bergelar isteri orang. Insan yang tak pernah jemu menguntum senyuman walau anak-anak 'rebah' di persimpangan kehidupan.  Sanggup bersusah payah memberikan sekadar termampu kudrat dan keringat untuk kebahagiaan anak cucu. Kurniakanlah mereka kesihatan untuk melihat anak cucu membesar dan berilah mereka kesempatan untuk beramal sebanyak yang boleh sebagai bekalan akhirat sana .... 

Aaaminnn yarabbal alamin ....

Sungguh aku belum puas berbakti untuk mereka ....


Thursday, December 31, 2015

Thursday, December 31, 2015

Borak Santai Akhir Tahun 2015


Assalamualaikum!


Syukur alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung tahun 2015. Memang tahun yang mencabar untuk semua orang kan. Macam-macam cerita, macam-macam benda yang kita kongsikan sepanjang tahun 2015 ni. Kalau dikenang-kenang balik, banyak juga cabaran dan dugaan yang terpaksa aku dan family tempuh sepanjang dua belas bulan ni ...

Ada masa pahit, ada masa manis .... bak kata pelakon hindustan, kabhi khushi kabhi gham gituuu hehehe. Tapi ... itulah kehidupan kan. Kalau takda cabaran, kalau tak ditimpa kesusahan, kalau takda musibah ... itu tanda Allah tak sayang kat kita. Bila kita diberi ujian, maka hadapilah ia dengan redha, nescaya ganjaran besar bagi orang-orang yang bersabar.

Tuesday, November 17, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Time Kakak UPSR Nanti ...


Assalamualaikum!


Ok, sebenarnya sebelum UPSR pun ibu dah ada perasaan macam ni. Tipulah kalau ibu rasa tak gementar time kakak amik exam. Tipulah kalau ibu cakap ibu senyum je time semak keputusan peperiksaan kakak secara online. Tipulah kalau ibu kata ibu tak kisah apapun keputusan peperiksaan kakak. Tipulah blablablabla .....

Hakikatnya, ibu kisah ... 

Wednesday, March 25, 2015

Wednesday, March 25, 2015

Stress Kecil


Assalamualaikum!


Jem gila babas arini. Dua pusingan pertama dapat parking. Masuk bank nak cucuk duit, ntah pasaipa ntah ATM 'meroyan' takmo kuar duit ntah. Gi bank sebelah pun sama gak!

Terpaksa masuk kete balik kuar parking gi cari bank lain. Dah dapat duit nak kena gi bank tadi balik. 4-5 kali memusing tak dapat² jugak parkingnya! Jam dah 1.45pm, aku tak makan lagi ... mulala nak tukar jadi 'ijau'!


Bila perut dah lapor berjangkit ke hati ... stress! Start balik kete, cari kedai makan dan order kuey tiow kungfu!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.