Store Review
Tuesday, January 15, 2019
Memaksa atau meletakkan harapan untuk anak berjaya? Adakah sama?
Assalamualaikum!
Jujur lah ye, memang aku berharap sangat anak-anak berjaya.
Kalau boleh beranak ramai tu lain cerita.
Setakat hari ni, ada 2 orang budak comel ni je dalam pelukan dan jagaanku.
Dah tentu kita sebagai ibu selalu doa yang baik-baik untuk mereka.
Salahkah aku meletakkan harapan yang tinggi buat kakak?
Dalam konteks dia sekarang, pelajaran adalah yang paling utama.
Tapi ada yang kata aku terlalu 'memaksa' anak untuk berjaya.
Walhal paksaan dan meletakkan harapan itu dua benda yang berbeza.
UPKK 2018
Kalau nak tahu, aku memang tak expect kakak boleh dapat cemerlang!
Malah aku tak yakin dia boleh dapat sebanyak tu.
Tapi bila slip keputusan UPKK berada di tangan, baru aku sedar kakak memang boleh buat!
Maka, untuk UPSR & PSRA insyaAllah ibu doakan kakak cemerlang.