Breaking

Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts
Showing posts with label Sukan Tahunan. Show all posts

Thursday, April 19, 2018

Thursday, April 19, 2018

Sukan Tahunan Sekolah


Assalamualaikum!


Dua program sekolah ni pasti akan dapat sambutan luar biasa dari ibubapa setiap tahun. Pertama, Hari Anugerah Cemerlang. Kedua, Sukan Tahunan Sekolah. Tapi ada satu program yang bilamana cikgu jemput ibubapa datang, mesti sambutannya sangat mendukacitakan ..... iaitu mesyuarat PIBG! 😁

Anyway, sukan sekolah diaorang jatuh pada hari Ahad yang lepas. Memang eksaited terutama Mira yang tak sabar nak lari dalam acara 100m. Acara lain pun dia ada masuk juga seperti lompat tinggi. Ibu macam tak percaya je anak ibu ni boleh melompat tinggi haha. 




Tuesday, April 04, 2017

Tuesday, April 04, 2017

Sukan Tahunan Sekolah 2017


Assalamualaikum!


Tahun ni, sukan tahunan sekolah kakak dan Mira diadakan lebih awal sikit berbanding tahun lepas. Kali ni kami pergi bertiga je sebab Pak Jelan kena pergi meniaga di CBS Kota Damansara. Memang setiap Ahad adalah hari kami meniaga, tapi disebabkan tahun ni sukan tahunan juga dibuat pada hari Ahad, maka kami terpaksa 'berpecah' sekejap demi memberi laluan dan sokongan pada anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam sukan.

Cuaca pagi tu ... hujan sederhana lebat! Start dari petang Sabtu membawa ke pagi Ahad. Kami bertiga pergi naik pengangkutan awam, tapi mujurlah anak-anak pandai bawa diri so alhamdulillah kami berjaya sampai di sekolah dalam jam 8am gitu.


pemandangan dari LRT Dato Keramat

Wednesday, October 12, 2016

Wednesday, October 12, 2016

Sukan Tahunan | Pingat Pertama Mira


Assalamualaikum!


Buat kali pertamanya, anak den masuk acara olahraga. Anak den yang mana? Si Mira la .. macam tak percaya je dia terpilih masuk acara larian. Bukan tak yakin dengan bakat dia, bukan tak percaya dengan kebolehan yang dia ada. Tapi selama ni dia tunjuk bakat membaca, menyanyi, menari dan merajuk aje. Tak perasan pulak bakat larian pun dia ada ... hehehehe.

Diaorang ni dari zaman sekolah tadika lagi memang agak aktif dengan aktiviti dan sukan. Baik dari acara konsert sekolah, hafazan Quran, tari menari, atau sukan, memang nama diaorang sokmo kena panggil ngan cikgu. 


Tuesday, April 28, 2015

Tuesday, April 28, 2015

Hari Sukan


Assalamualaikum!


Tarikh : 26 April 2015 

Kul 8.30 dah ada di sini. Daftar nama kemudian terus cari kerusi... yang kakak dah hilang masuk ke dewan ready untuk senamrobik! hehe. Ahaa ... dia memang eksaited lama dah tu nak menari atas padang. Tahun lepas dia masuk perbarisan je ... tak best katanya sebab panas! hehe

Ibu pun sebenarnya tak suka masuk perbarisan dulu! Dah la kena pakai props segala dari atas kepala sampai ujung kaki ... pastu kena jalan serentak dalam baris. Lagi tak suka bila tiba masa cikgu berucap! hahaha ..... memang rasa nak pengsan masa tu. Dengan mataharinya ... panas tau! Terkenyit-kenyit mata menahan silau matahari ... pastu dalam hati dok merungut,"bila la cikgu ni nak habis bercakap ... lamanya membebel!" haha...


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.