Breaking

Showing posts with label Tadika & Taska. Show all posts
Showing posts with label Tadika & Taska. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Friday, July 11, 2014

Little Scientists Pilihan Tadika & Prasekolah.


Assalamualaikum!




Pendidikan yang baik dan berkesan bermula seawal peringkat kanak-kanak, samada secara formal atau tidak formal. Dan, sebagai ibubapa sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita dalam aspek pendidikan supaya mereka lebih berdaya saing dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.

Bolehkah anak-anak kita berfikir dan menjadi seperti saintis? Jawapannya sudah tentu ya, boleh! Sebenarnya subjek sains sangat mudah untuk difahami dan menyeronokkan. Namun, kaedah pembelajaran secara teori semata-mata tidak membantu kanak-kanak memahaminya apatah lagi merasa seronok untuk meneroka lebih jauh.


Berfikir Secara Kritis & Kreatif





Little Scientists bukan sahaja berperanan mendidik kanak-kanak mencintai sains, tetapi membantu mereka mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui kaedah hands-on seterusnya merangsang pemikiran kanak-kanak menjadi lebih berdaya saing.

Pernyataan ini dapat digambarkan melalui gambarajah di atas, melalui subjek-subjek sains yang diajar secara eskperimen, merangsang kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan melakukan sesuatu yang baru. 



Kanak-kanak di peringkat prasekolah didedahkan dengan eksperimen
mudah dan menyeronokkan sambil dibantu oleh guru.


Melalui program Little Scientists ini juga, kanak-kanak diajar supaya bekerjasama sebagai satu pasukan dan ini dapat mengembangkan lagi kemahiran sosial dan komunikasi antara mereka. Mereka juga akan lebih seronok bereksperimen bersama-sama dan saling bantu membantu menyelesaikan masalah.

Kaedah hands-on yang diperkenalkan turut membantu merangsang kemahiran motor/pergerakan, di mana kanak-kanak menjadi mahir dalam pergerakan kesan daripada latihan dan menyebabkan perubahan tingkahlaku dalam prestasi kemahiran atau dalam domain psikomotor. Selain itu, ia membantu mereka mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris selain bahasa Melayu.



Sains menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan adanya
panduan dari Program Little Scientists


Little Scientists turut tidak terkecuali menyediakan kanak-kanak di peringkat awal persekolahan dengan aktiviti yang bersifat eksplorasi dan penemuan-penemuan baru, kerana umumnya kita mengetahui mereka suka mencuba sesuatu yang baru.

Maka, inilah masanya untuk kita tunjukkan pada mereka keindahan dan keunikan dunia sains dengan cara yang menyeronokkan!




Dari penemuan-penemuan baru, pemikiran kanak-kanak akan berkembang sehingga tercetusnya kreativiti. Disini jugalah peranan program Little Scientists dimana mereka turut menekankan pengembangan idea-idea dan imaginasi serta cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Dengan cara begini, mereka akan mampu membentuk kemahiran baru dalam setiap subjek yang diajar khususnya sains. 


Kerjasama dalam kumpulan membentuk komunikasi yang
baik antara rakan sebaya.


Lebih menarik, program Little Scientists juga mempunyai slot tersendiri di saluran Al-Hijrah yang memaparkan keseronokan kanak-kanak prasekolah melakukan eskperimen mudah bersama rakan-rakan.






Ini turut diakui oleh pengacaranya sendiri saudari Nurazidah selaku pengacara program Assalamualaikum yang bersiaran 7 hari seminggu bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi.



Nurazidah
kredit foto : manggaonline


“Slot Little Scientist merupakan program untuk kanak-kanak di tadika dimana mereka akan didedahkan dengan pembelajaran sains serta mereka sendiri akan melakukan eksperimen dengan saya. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana mengendalikan program bersama kanak-kanak”
“Melakukan pengambaran bersama kanak-kanak ini bukan mudah kerana kita mesti mengikut mood mereka. Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi, saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.” Jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.”
“Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”

Objektif Little Scientists
Objektif utama Little Scientists adalah untuk memupuk kreativiti kanak-kanak serta menajamkan kemahiran berfikir melalui eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan.

Al-Quran dan sains tak boleh dipisahkan. Program Little Scientists bukan setakat mendedahkan kanak-kanak dengan eksperimen dan pengetahuan, tetapi turut mendidik mereka melalui penerapan nilai-nilai Islam dalam proses pembelajaran.

Maka, tidak syak lagi program Little Scientists ini perlu dikembangkan di sekolah-sekolah tadika/prasekolah agar anak-anak kita mendapat pendedahan ilmu sains dan Islam yang secukupnya.






Dalam usaha mendidik masyarakat untuk mengenali Little Scientists dengan lebih dekat, IKIM.FM telah menjemput Pn. Ho Teh Eng pada 9hb Julai yang lalu untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan pemahaman yang lebih baik mengenai program Little Scientists di prasekolah.

Dalam temubual itu, Pn. Ho Teh Eng menceritakan pengalaman beliau mengajar anak beliau mengenai eksperimen campuran warna. Menyedari anak beliau begitu teruja dan seronok dengan aktiviti tersebut, beliau bersama suami mula mengambil inisiatif mewujudkan satu program bersifat hands-on iaitu Little Scientists dan ternyata ia mendapat sokongan banyak pihak.






Menarik bukan!

Bagi pendapat Anim sendiri, program Little Scientists ini perlu dijadikan modul pembelajaran sains di peringkat prasekolah. Ia bukan sahaja membantu dari segi pembelajaran, malah ia dapat memantapkan kemahiran lain yang ada pada kanak-kanak sekaligus dapat mencetuskan kreativiti dan kritis dalam diri mereka.

Pengalaman Anim bersama anak-anak menyertai bengkel Little Scientists di SINI menguatkan lagi keyakinan kami terhadap program ini.






Kepada pengusaha-pengusaha tadika dan prasekolah, rebutlah peluang ini bersama Little Scientists untuk melahirkan generasi cintakan ilmu di samping mendidik sahsiah mereka.

Untuk mendapatkan lebih info mengenai Little Scientists, anda boleh hubungi mereka di : 


Tel : 010-766 6128
Emel : enquiry@littlescientists.com
Website : www.LittleScientistS.com
Online Shop : www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel : http://www.youtube.com/littlescientistvideo
Twitter : www.twitter.com/Lil_Scientists
Instagram : www.instagram.com/theLittleScientistS
Facebook : https://www.facebook.com/TheLittleScientists




Together We Can Do Better!


Thursday, May 29, 2014

Monday, December 02, 2013

Monday, December 02, 2013

Majlis Konvokesyen & Anugerah Cemerlang - Part 2


Assalamualaikum!~

Dah puas melaram di {SINI}, it's time for the BIG show! Of course, 'lensa' kamera ibu tertumpu pada my 1st precious pearls yang graduate pada hari tersebut. I'm so proud of you gurl ....! 

Cuma satu yang kenit geram sangat aritu, ntah macam mana handphone samsung kenit boleh tercicir ntah ke mana. Kacau jiwa dibueknyo! Dah la kene bebel ngan Pak Jelan satu hal! "Maner handphone ni haniiiiiiiii? pagi tadi ader je!! pot pet pot pet pot pet". Berdesingggggg je telinga kita ni, tapi nak buek camno ... tadahkan ajo la, dah memang kenit yang cuai sikit pagi tu kan huhu.  

Acara hari tu dimulakan dengan bacaan doa oleh murid 6 tahun, apa namanya kenit dah lupa hehe. Pastu ucapan perasmian pulak oleh Datukkkkk .... pun kenit lupa gak namanya hahahaha. Ye la, event ni hampir sebulan yang lepas. La ni baru la terkinja-kinja nak update dalam blog kannnnn. Kira siaran terlewat la niiii .... jangan marah haaaa :D



Ni la Datuknya. Apa-apa event yang melibatkan tadika ni,
mesti ada Datuk ni yang merasmikannya.

Wednesday, November 06, 2013

Wednesday, November 06, 2013

Tips Memilih Taska.


Assalamualaikum!~

Entri kali ni memang panjang, sebab ia menunjukkan kenit ambil serius berkenaan permasalahan ini! Sebagai antara ibu yang sering menghantar anak-anak ke taska, kenit ingin sekali berkongsi dengan anda tips-tips memilih taska dan bagaimana melakukan survey sebelum menghantar anak kita ke sana. Ini berdasarkan pengalaman kenit sendiri. insyaAllah.....


Bukan semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermasalah seperti yang kita baca dalam dada akhbar. Namun begitu, sebagai ibubapa yang prihatin perlulah kita mengambilkira segala aspek yang melibatkan kebajikan dan perlindungan anak-anak kita.

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

Sukaneka Tadika Sri Anakanda 2013.

Assalamualaikum!~


That was the day where my Pearls became 'athletes' hehe. Kalau bab bermain/bersukan memang laju je My Pearls ni. Tak sia-sia Kenit bawa mereka bermain di taman permainan sehari sebelum sukaneka untuk kuatkan otot dan tulang hehehe.

Sukaneka Tadika & Taska Sri Anakanda 2013 diadakan di padang Sek. Keb. Petaling Jaya pada 12hb Mei 2013. Upacara dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar Tadika Sri Anakanda, Ph, Hjh Fauziah Othman dan seterusnya dirasmikan oleh Datuk Dr. Hj. Wahab (ingat-ingat lupa hehe).

Berkumpul dalam khemah...

Thursday, April 04, 2013

Thursday, April 04, 2013

Tadika Mahal vs Tadika Murah.

Assalamualaikum!~


1st day kakak adik di tadika hehe
Semasa Kakak (Wani) nak menginjak ke umur 5 tahun (2 tahun lepas), Kenit pernah buat survey tadika mana yang sesuai untuk dia. Puas Kenit survey di internet & iklan2 dalam peti surat. Kat internet, Kenit survey berdasarkan testimoni dari parents yang pernah menghantar anak2 mereka ke tadika itu.

Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

My Pearl: She's Graduated!



My 1st Pearl-Nurul Hazwani


Allahurobbi....besar panjang dah anak dara aku yang sulung ni. Inilah My Pearl yang sulung, Nurul Hazwani, baru 5 tahun. She looks gorgeous, isn't she?(^_^)...Love this gegurl so much, even though dia yang paling banyak kene marah kat umah huhu. But , ibu tegur coz ibu sayang you baby. Dia dah habis tadika umur 5 tahun, actually picture ni lama dah 9hb Nov ari tu dia amik kat sekolah..but since dia kat kampung dek kene 'chicken pox' sampai dua minggu, maka baru semalam la picture ni sampai ke tangan ibu.

Pandai pulak dia buat muker serius, biasanya my Pearl ni pemalu nak amik gambar..mesti senyum kucing *malu-malu* kalu suruh posing. So, tahun depan Hazwani dah umur 6 tahun, sambung tadika balik. Tetapi, kali ni Hazwani dah tak pegi school yg sama. Sebab ibu dah daftar Hazwani kat tadika lain, yang dekat dengan office ibu. So, nanti senang la kiter pegi keje & tadika sesama...kan kan kan kan?heeeeee(^_^)

Congratulations dear, walaupun ini hanya baru  pre-school graduation but I'm so proud of you baby. Semoga Hazwani jadi anak ibu yang solehah, kakak yang baik dan muslimah yang diredhai Allah selalu. Sayang kakak ketat-ketat...mmmuaahhhhh!~



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.