Breaking

Showing posts with label Tefal. Show all posts
Showing posts with label Tefal. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Wednesday, December 21, 2016

Masak Bersama Chef Muluk Di Bengkel Lazada x Nestle Maggi x Tefal


Assalamualaikum!


Ok, beberapa minggu lepas aku ada join satu workshop Lazada , Nestle Maggi & Tefal bersama Chef Muluk yang terkenal tu. Ini first time k aku join, memang teruja sangat sebab boleh tengok chef Muluk masak 2 resepi menggunakan produk terkenal seantero dunia iaitu MAGGI

Hari tu juga aku berpeluang memasak bersama rakan blogger lain dan pasukan kami juga kena masak 2 menu pada hari tu. Adehh ..nak kena memasak depan orang ni yang aku segan ni. Tapi, demi menyahut cabaran menang produk Tefal, ku gagahkan juga 😝Nak tahu kami masak apa? jeng jeng jenggg ... baca jangan tak baca haaa 😉


amik aura memasak sebelum tu 😜


Memasak memang dah jadi rutin aku sejak berkahwin 10 tahun yang lalu. Masa anak dara pun ada memasak jugak tapi tak sekerap bila dah berkahwin ni. Sekarang anak-anak pun dah pandai minta nak makan macam-macam, lagilah mak diaorang kena pandai masak itu ini kan kan kan 😉

Ok ...berbalik kepada workshop hari tu, Chef Muluk sempat berkongsi resepi dan tips untuk menjadikan masakan kita lebih sempurna dan menyelerakan! Dua benda kita kena ada, iaitu peralatan memasak yang memudahkan dan praktikal serta produk masakan yang bermutu tinggi dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Haaa ... dua benda tu dah tentu la peralatan TEFAL & produk MAGGI!




Macam aku cakap tadi, dua benda ni kena ada bila kita nak memasak di dapur. Pertama, peralatan memasak yang praktikal dan memudahkan untuk kita memasak. Bayangkan la kuali kita berkerak-kerak atau bila menggoreng tu sisa makanan melekat pada dasar kuali. Tak ke nak menjadi satu kerja pulak kita nak menyental nanti? Alamakkk cukup aku tak berkenan kalau jadi macam tu tau! Dari rajin terus jadi malas nak memasak dah ..tunggu periuk TEFAL baru macam Chef Muluk pegang ni baru ada mood nak memasak hehehe.


Chef Muluk and his Paella in the making

Paella yang harum semerbak!


Aku tengok senang betul Chef Muluk memasak bila guna periuk Tefal ni. Chef Muluk cakap, kalau nak tahu satu-satu produk tu berkualiti atau tidak, tengok pada berat dia. Kalau periuk atau kuali berat tu maknanya elok la tu. Lagi satu, kawalan api pun lancar je. Istimewanya produk Tefal ni, ia ada penunjuk suhu yang boleh bagitau kita kuali tu sudah panas dan boleh digunakan. Tak perlu la nak renjis air macam dulu-dulu lagi dah kan? heee 😁




Nak jadi rezeki juga hari tu, cik abe kito menang hadiah saguhati dari Tefal sebab dapat jawab soalan Chef Muluk dengan betul! Terkejut aku tetiba sorang brader berbaju kuning yang duduk di belakang sekali angkat tangan dan jawab dengan konfidennya hahaha. Aku yang nak jawab dari tadi tak jawab sampai ke sudah huhu. 


Paella from Chef Muluk
kredit pic : Leya


Oat Mee Salad


Dua menu yang Chef Muluk sediakan ialah Paella dan Oat Mee Salad. Kedua-duanya menggunakan produk MAGGI dan tak susah nak menyediakannya! Serius, memang cepat dan sedap! So sekarang ibu-ibu pun boleh sediakan menu sihat bertaraf bintang untuk keluarga. 

Bengkel Memasak

Tiba giliran blogger pulak memasak. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku termasuk dalam kumpulan C. Nak tahu kumpulan C kena masak ape? haaaaa ....


C for Cun! Dari kiri : Eddy, Kak Halimah, Leeyan, me and Leya


Semangat membara dengan sudip masing-masing haha. Muka berseri-seri nak memasak padahal dalam hati neves baq hang! Mujur ada kak Halimah jadi masterchef kitaorang hari tu hehehe. 

Bahan-bahan untuk kitaorang memasak. 


Agak-agak apa kitaorang nak masak ye? Kalau ada ikan pari, cili kisar, daun kesum, bendi dan bunga kantan tu mestilah tak lain tak bukan menu kebanggaan orang Melaka dan Johor. Kalau orang Melaka tak tau memang hawau le hehe. Kami kena masak asam pedas ikan pari dan sayur labu tu masak tumis air ...fuyooooo!


Sayu Labu Tumis Air

Asam Pedas Ikan Pari

Full presentation


Kami diberi masa satu jam untuk menyediakan dua menu ni. Tapi tak sampai 45 minit kami dah siap memasak. Semuanya sebab guna periuk Tefal ni, memang mudah sangat nak kawal api dan cepat masak. Terbaikkkkk!


Tahniah!!

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak di masakannya hehe. Tahniah kepada rakan-rakan blogger dari kumpulan E yang menang hadiah kebabom dari Maggi & Tefal! Korang yang menang hadiah periuk ni kena rajin memasak lepas ni ok hehehe. 




Yang tak menang macam kami pun dapat bawa balik goodies dan barangan dari Tefal juga. Terima kasih Maggi, Tefal & Lazada kerana beri peluang pada aku join workshop yang ohsem macam ni. Korang kalau nak dapatkan barangan Maggi & Tefal, boleh la terjah Lazada sekarang sebab ada potongan harga sekarang ni tau. Memang berbaloi!

Wednesday, November 23, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Memasak Lebih Senang Bila Ada Tefal Manual Chopper dari Lazada!


Assalamualaikum!


Ingat lagi tak hari tu aku cakap nak kongsikan salah satu barang yang aku dapat dari 'Parcel of Joy' sempena Lazada Online Revolution? Ok, hari ni aku nak kongsi ngan korang barang tu 😉

Kaum wanita memang sinonim dengan masak memasak kan. Kalau kat dapur tu, memang barang wajib ada antaranya pisau untuk memotong. Tapi, tiap kali nak mengopek atau menghiris bawang tiap kali tu jugak la aku 'menangis' haha. Ada orang kata mata tu pedih berair sebab tak biasa motong bawang. Ishhh ... dah 10 tahun aku memasak untuk suami dan anak-anak takkan masih tak biasa kot 😜. Bukan sebab tu ye ...tapi aku rasa barangkali mata aku ni banyak simpan air kat dalam, tu sebab suka nau merembes 😂😂.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.