Breaking

Showing posts with label Tips sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips sihat. Show all posts

Sunday, February 25, 2024

Sunday, February 25, 2024

Hasil Sebulan Brisk-Walk



Kali terakhir berat aku capai angka 7 ialah ketika aku mengandungkan adik 15 tahun yang lalu. Tapi 5 tahun terakhir sebelum cecah umur 40 berat badan aku naik dengan ketara sekali. Nak kata makan mewah tu tidak juga. Nak kata kerja tak stres tidak juga. 

Tiga tahun terakhir aku perasan berat badan aku capai angka depan 7 tapi masa tu wat lek wat pis je hahaha. Makan macam biasa dan tiada senaman. Keinsafan itu datang pada tahun lepas bila aku tengok gambar reunion dengan rakan sekerja ketika kursus di pejabat. 

Ya Allah .... tak percaya aku sampai macam tu lebarnya!




Satu pagi aku bangun sakit pinggang dan belakang. Badan terasa berat dan paha, lengan, punggung nampak makin melebar. Berhari-hari aku menanggung kesakitan. Kaki, tangan, pinggang semua lenguh.

Manusia ni kalau dah datang sakit baru dia nak sedar kan haha. Macam tu la jugak aku. So, awal tahun ni aku berazam nak turunkan berat badan.

Bulan Januari berat aku 73.9kg, bukan main-main weh! Ni berat aku mengandung dulu. Itupun dulu hanya naik sampai 70kg je. Ni dah terlebih sangat ....!




Aku mulakan dengan buat tabita di rumah. Mula-mula memang susah! Lenguh habis badan aku. Tapi puas bila keluar peluh. Aku suka buat tabita tapi aku tak boleh nak kira berapa kalori yang terbakar guna smartwatch sebab aku takda benda tu.

So aku pergi kepada brisk-walk. Aku aktifkan Samsung Health di hp dan aku buat 6K langkah. Lepas tu naikkan jadi 10K langkah sehinggalah sekarang. Aku buat bukan hari-hari, aku cuba selang-selikan sehari atau dua hari. 

Syok juga buat brisk-walk ni. Bila dah keluar peluh aku jogging sikit-sikit sampai tercapai target 10K.




Begitulah rutin aku setiap kali cuti atau off day. Aku akan ambil peluang walaupun hanya berjalan kaki sekeliling rumah. Kalau terlebih rajin aku pergi taman. Satu lagi aku cuba cut off sugar. Bukan cut off terus, tapi kurangkan sikit demi sikit. Aku tak minum teh tarik kerap macam dulu dah. Kalau tak, sarapan pagi segelas minum petang atau malam segelas huhu. Aku minum juga air masak, tapi ketaksuban aku pada teh tarik meluap-luap pulak haha. 

Tiga hari pertama tu memangla susah sikit nak kawal hehe. Tapi aku kuatkan hati sebab aku tahu berat badan naik kerana pengambilan minuman/makanan manis berlebihan. Alhamdulillah sekarang aku dah tak ketagih minuman manis. Kalau perlu pun aku ambil air buah yang diperah.



 

Sebulan aku cuba kekalkan momentum brisk-walk dan minum air masak. Alhamdulillah usahaku membuahkan hasil yang agak mengejutkan. Penurunan 2.6kg dalam sebulan agak banyak juga, maksudnya metabolisme aku masih kuat cuma perlu terus bersenam.

Bukan tu je tau, penghadaman aku lebih baik. Hari-hari nak membuang haha, jadinya perut kempis. Berkat minum air masak.

Harap aku dapat maintain langkah sihat ini sebab aku dah tak sanggup nak rasa sakit-sakit badan dan melebar sana sini. Di usia dah masuk 40 ni, kesihatan adalah harta yang tidak boleh ditukar dengan wang.


Tuesday, February 20, 2024

Tuesday, February 20, 2024

Berubah Sekarang Atau Dapat Sakit!

 

Mak aku pernah cakap, yang aku takkan naik berat badan walaupun dah tua. Sebab apa? sebab aku tinggi dan makan banyak mana pun tetap kurus. Mak ... mak salah ye haha. Itu cerita 25 tahun dulu. Anak mak waktu lepas beranak dua pun masih kurus lagi. Tapi seiring dengan pertambahan usia, aku makin perasan yang badan aku sudah tidak dapat menampung kemasukan makanan muahahaha.


Tahun lepas, lebih tepat lagi bulan Mei telah menjadi satu poin penting dalam hidup aku yang menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan kesedaran bahawa selama ini aku telah berlaku 'zalim' pada diri sendiri.






Sumpah aku tak edit atau filter gambar ni. Buat pertama kalinya, aku terkejut melihat diri sendiri dalam gambar ini. Waktu tu, lepas habis kursus. Tak tergambar yang aku akan jadi sekembang ini haha. Lengkap dengan pakej double-chin ...yihhhh!

Sakit hati sakit mata weh haha. Adakah salah baju tu? salah pemilihan warna? atau salah aku terlampau bahagia? hahaha. Aduh tapi disinila permulaan kenapa aku perlu berubah. Tapiiiii .... aku bertangguh jugak tu hehe. Dari bulan Mei sampai Disember aku tak 'gerak' lagi. Bila datang sakit-sakit dan lenguh badan baru aku mulakan langkah.

Maka, masuk Januari 2024 aku tak boleh bertangguh lagi. It's now or never! Kalau tak buat sesuatu, yang sakit badan sendiri. Seram tengok macam-macam penyakit yang dihidapi orang sekarang. Penyakit jantung yang dulu banyak menyerang orang-orang tua berumur 50 tahun ke atas, tapi sekarang boleh menyerang orang muda dan usia pertengahan!





So aku mula dengan buat tabita. Jujur ye, mula-mula buat tu dua puluh minit pertama badan aku lenguh yang teramat ye hahaha. Betapa 'berat' rasa badan aku ni ya Allahhhhh! Padahal buat senaman tangan je pun ...yihhhh!

Tapi lama-lama bila dah kerap buat, ia jadi kebiasaan dan lenguh tu hilang. Tapi aku tak rasa puas lagi sebab aku tak tahu berapa banyak kalori aku turun. Makan banyak tapi senaman ala kadar saje pun tak cukup.

So, aku start buat brisk-walk. Aktifkan apps kat hp ni dan walah! Baru syok gini dop haha. Boleh buat 10k langkah dan dari situ kita boleh tahu berapa kalori yang kita bakar. Aku jadi lebih bersemangat nak buat.

Aku start bulan Januari 2024. Aku tak berharap keajaiban sekelip mata, tapi aku harap badan aku dapat fit semula. Moga aku juga dapat berdisplin dalam pemakanan. Selain buat brisk-walk, aku cuba cut-sugar terutama dalam minuman. Teh tarik yang berbuih itu terpaksa daku lupakan seketika dan telan air masak huhu.

Adakah aku akan berjaya menurunkan berat badan? Atau makin kelaut? huhu


Saturday, February 19, 2022

Saturday, February 19, 2022

Kena Ada Habbatus Sauda!

 



Assalamualaikum! Sejak Covid-19 muncul dalam hidup kita semua, macam-macam petua orang kongsi tentang bagaimana nak melindungi diri dari terkena virus durjana tu. Ada orang suh rebus bunga cengkih la, ada yang suh kunyah terus macam tu. Ada yang suh makan lemon ngan madu. Macam-macam lagi lah!


Setakat ini, aku takde ambil apa-apa suplimen kesihatan. Tapi aku teringat ke habbatus sauda. Aku tertarik sebab habbatus sauda memang terkenal dengan kebaikan untuk kesihatan. Memandangkan kes Covid-19 semakin mencanak-canak naiknya, aku tak nak amik risiko. Walaupun dah lengkap vaksin, kena ada jugak makanan tambahan berkhasiat untuk perlindungan dalaman.




Habbatus sauda yang aku beli ni ada 60 kapsul dalamnya asli takda campur apa-apa bahan. Sukatan makan ikut umur dan sebaiknya makan sebelum sarapan pagi atau sebelum nak tidur. Aku amalkan 2 biji sebelum makan setiap hari. Antara manfaatnya, menguatkan daya tahan tubuh dari serangan penyakit.


Apapun, kita ikhtiar untuk pencegahan. Jangan dah kena baru menggelabah nak mencari! Lagipun, habbatus sauda memang baik untuk penjagaan kesihatan secara semulajadi. Kat mana aku beli? Korang search je husna_store.my.


Saturday, September 14, 2019

Saturday, September 14, 2019

Doktor Beni Kongsi Topeng Muka Yang Sepatutnya Dipakai Ketika Musim Jerebu


Assalamualaikum! Jerebu kuat melanda negara dah lebih seminggu. Paling teruk kena sekarang adalah di Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih dari 200. Tapi belum ada arahan untuk tutup sekolah buat masa ni.

Anak-anak pun aku nasihatkan tak payah nak keluar rumah ke kedai kalau takda keperluan. Udara tak bersih, nak bernafas pun tak selesa. Semalam aku ke kedai pun pakai 'topeng muka'. Tapi 'topeng muka' aku tu sebenarnya kain purdah huhu. Jadi la kan dari takde hehe.


Friday, May 24, 2019

Friday, May 24, 2019

Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi Sepanjang Ramadan Bersama Dettol


Assalamualaikum! Alhamdulillah telah masuk ketiga kita berpuasa namun kemeriahan berpuasa dan menyambut Ramadan tetap dirasai. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Wednesday, September 19, 2018

Wednesday, September 19, 2018

Cara berkesan kawal kencing manis


Assalamualaikum! Penyakit ni tak kira jantina dan umur. Orang muda pun boleh kena kalau tak berhati-hati dalam pemakanan. Kelmarin pergi melawat orang sakit, dapat tahu rupanya bacaan kencing manisnya mencanak naik 15! Orang pempuan naik 6-7 pun dah seriau dah weh, tambah kalau pempuan mengandung kan.

Memang ada banyak produk yang 'claim' boleh kawal kencing manis dan sebagainya. Tapiiiii ... seeloknya lah kan, jangan lah kita ni pemalas sangat nak kawal secara sendiri atau semulajadi. Takkan semua nak kena harap produk semata? Memang ... duit tu duit awak, suka hati awak lah kan nak belanja macam mana. Ye la ..sedangkan doktor pakar berbuih mulut nasihatkan pun tak jalan. Inikan pulak mommyblogger sendu macam kita ...huhu. 

Apapun, kita still nak kongsikan disini supaya mana la tahu terbuka hati awak semua untuk amalkan kaedah yang lebih selamat dan secara semulajadi instead of telan segala jenis mak nenek produk yang berlambak di pasaran. Bukan tak boleh, tapi selidik dulu kaji dulu dan jangan ada mentaliti yang mengatakan bahawa kita makan produk tu tak perlu senaman, melantaklah apapun tetap takkan memudaratkan. Salah konsep tu ....


sumber : fb (sharing dari Dr. Rafidah)

Monday, February 27, 2017

Monday, February 27, 2017

Bagaimana rasa buah bidara?


Assalamualaikum!


Saiz kecil berkulit hijau. Sekali pandang macam buah kedondong pun ada, macam buah epal kecil pun ada. Sepanjang hayat, inilah kali pertama makan buah bernama buah bidara. Yang aku tahu, daun pokok bidara ni boleh buat mandi jenazah. Lepas tu yang aku tau, Tanjung Bidara je la .... hehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.