Destinasiku Penang!
Assalamualaikum! Sejak diumumkan kebenaran untuk merentas negeri, hati ini meronta-ronta nak keluar dari bandar dan pergi bercuti. Bukan aku saja, tapi anak-anak pun dah loya duduk di rumah tak keluar ke mana selama hampir dua tahun. Tapi masa tu, program vaksinasi belum bermula jadi aku tangguhkan dulu perancangan tu.
Iyeeee, betul ...ni bukan auta tapi fakta! Traveloka akan bagi diskaun istimewa 15% bila menempah tiket kapal terbang dan 10% untuk tempahan bilik hotel. Semua ini istimewa untuk mereka yang dah lengkap vaksin. Cun tak? cunnnn...! Bukan tu saja, kita boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM1000 dari promosi ini sehingga 31 Disember 2022.
So pada mereka yang dah lengkap vaksin, gunakan MySejahtera anda untuk menikmati tawaran terbaik ini untuk bawa keluarga pergi bercuti. Pada 'kaki' travel, lagilah suka kan! Sekurang-kurangnya MySejahtera tu takdala asyik guna untuk scan masuk keluar pasaraya je kan hehe.
Dah setel bab tiket kapal terbang, kita pergi ke tempahan hotel. Ada banyak pilihan hotel, chalet, BnB, villa dan apartmen mesra keluarga yang boleh kita pilih di Traveloka. Since aku bawa keluarga, mestilah nakkan penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan asas yang diperlukan sepanjang berada di sana nanti.
So, kita tak perlu pening-pening kepala. Semuanya di hujung jari, hanya perlu cari hotel atau villa yang sesuai. Pilihanku dah semestinya yang dekat dengan pantai. So bila boleh menikmati pemandangan indah dan bila turun jalan kaki sikit dah jumpa pantai! Oh syoknyeeee ...!
Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah bawa anak-anak ke Pantai Batu Feringgi dan Pantai Teluk Bahang di Penang. Sebab tu kena survey dari sekarang penerbangan dan hotel Penang. Lagipun, kalau tempah sekarang kita boleh dapatkan hotel promo pada harga yang lebih menjimatkan. Barulah boleh pergi jalan-jalan makan angin sepuas-puasnya sambil main air tepi laut!