Breaking

Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts

Thursday, February 17, 2022

Thursday, February 17, 2022

Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur

 

Assalamualaikum! Fuh .. naik pinau biji mataku nak cari penyelesaian untuk masalah blog aku ni. Sikit lagi aku nak tukar template baru tau dak. Tapi hati aku cakap, sabar Nim ... cari lagi. Cuba cara lain mungkin ada cuma kena sabar.


Kalau bab coding html ni aku banyak kali cakap aku tak pandai nak buat. Bab ni lah aku paling tak suka. Masalah aku bermula pada Ogos tahun lepas, bila aku perasan gambar thumbnail blogpost aku blur dan tak jelas. Aku ingatkan masalah sementara oleh google je. 


Rupa-rupanya berlarutan sampai ke harini. Sebelum tu, gambar thumbnail takda masalah, jelas dan terang. Tapi bila update entry baru dan publish, gambar thumbnail tu akan jadi blur. Sakit hati!


Blur! Tak syok bila orang masuk blog nak baca


Bukan saja menyakitkan mata memandangnya, aku jadi sakit hati jugak! Aduh .. macam mana nak buat ni. Nak kena godek-godek coding lagi ke? Aku cukup malas nak masuk dalam 'Edit HTML' tu. 


So aku mula google dan cari jawapan kepada masalah blog aku ni. Aku masuk dari satu entri ke satu entri mengenai masalah gambar thumbnail blur. Kebanyakannya dari blog negara seberang. Aku cuba cari punca masalahnya, dan aku dapati ada yang berubah.


Sebelum ni kalau kita upload gambar, format gambar itu akan jadi https://*.bp.blogspot.com, tapi sekarang ia dah jadi format https://blogger.googleusercontent.com. Tak percaya, boleh semak dengan HTML View seperti di bawah ni :



Yang aku highlightkan itulah yang dimaksudkan. Format gambar dah takde .jpg atau .png kat belakang. Aku syak itulah yang buatkan gambar thumbnail aku blur dari tahun lepas lagi. 


Ada juga aku baca kat forum blogger luar negera, mereka juga mengatakan sejak format gambar ni jadi blogger.googleusercontent, gambar thumbnail blogpost blur dan not-seo-friendly. So, trafik ke blog juga akan berkurangan.


Try and error 'edit HTML'


Oooo bukan senang nak senang weh! Walaupun banyak tips blogger kongsikan di entri masing-masing tentang nak selesaikan masalah ni, tapi satu pun yang aku cuba tak menjadi!


Nak mencari kod tu satu hal, bila paste dengan kod yang diaorang bagi tetap takda perubahan pada gambar thumbnail aku! Aku rasa ada dekat 10 entri aku masuk dan kebanyakannya suruh tukar kod di 'Edit HTML'.


Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur


Yesss! aku dah jumpa caranya. Alhamdulillah ... terus tak jadi tukar template haha. Dia punya happy tu Allah je yang tahu. Untuk orang yang tak terer macam aku ni, rasa macam dapat award tau! :p


Ada satu entri ni aku baca dan aku ikut caranya. Begini caranya ...


1. Bila kita nak buat entri baru, gambar pertama kita akan upload. Tekan kat gambar tu, akan keluar kotak kecil untuk edit gambar. Klik pada simbol macam 'Setting' tu. Rujuk gambar bawah👇




2. Kemudian, pilih 'Original Size' dan klik 'Update'. 




3. Kemudian, klik 'Update'




4. Klik anak panah '←' untuk keluar dari entri. Masuk balik blog utama.





5. Tadaaaa ....dah siap! Gambar thumbnail dah kembali normal dan jelas lagi terang!




Mudah sangat kan! Takde sangkut paut dengan javascript/html punya kod. Thank you so much pada blogger di atas perkongsian tips ni. Sebenarnya, kita kena try and error bila berkaitan dengan blog ni sebab dia main coding. Tapi bila segala jenis coding html tak menjadi, kita guna cara ni pulak. Keberkesanannya pula bergantung kepada jenis template yang kita guna. 


Kalau korang guna template yang lebih kurang sama macam aku, bolehlah try cara ni. Selamat mencuba!

Friday, April 01, 2016

Friday, April 01, 2016

Cara Mudah Tukar Fail PDF Ke Word!


Assalamualaikum!


Akhirnyaaaaaa berjaya juga aku tukar file PDF kepada Word! Ohoiiii nak jadi blogger ni ingat senang ka? Dah la kena belajar macam-macam coding pasal blog, pastu kena tahu pulak mana nak letak coding tu, kena try and error lagi pastu tanya orang lagi pastu buat lagi ... hahahaha! Pening memang pening, tambah bila coding tak menjadi ... perghhh menyirap darah!

Friday, March 04, 2016

Friday, March 04, 2016

Cara Update Maklumat Diri & Cashout Churp Churp


Assalamualaikum!


Akhirnyaaaaa ... hahahaha! Lama dok mikir tutorial ape lagi aku boleh share kat blog ni. Bukan la pakar sangat pun, tapi berdasarkan pengalaman je la pun ha. Manala tau ada hamba Allah yang perlukan pertolongan nak godek pasal benda ni ... meh aku tolong mana yang boleh :)

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku cash out ChurpChurp hahaha! Itu pun kebetulan aku ada join satu job beberapa bulan yang lepas, so duit job masuk dalam akaun ChurpChurp. Walaupun tak banyak ... tapi bolehlah jugak cash out akhirnya kan hahaha. Kalau tak, jadi 'tukun' je macam tu bertahun-tahun :p.



Thursday, August 27, 2015

Thursday, August 27, 2015

Letak Video Instagram Di Entri Blog


Assalamualaikum!


Pernah letak video dalam entri? Kali ni aku nak kongsikan cara letak video instagram dalam entri blog. Kalau korang rasa tak berapa pro nak bermain dengan coding html, jangan risau jangan takut. Aku pun bukan pro sangat bab-bab cenggini. Tapi, aku belajar amik basic knowledge melalui tutorial di blog-blog lain.

Aku selalu ada masalah nak upload video direct dari handphone. Jadi bila aku tengok blogger lain boleh upload video dari instagram diaorang, aku rasa cara ni mungkin boleh selesaikan masalah aku! Nak tahu camna caranya? Jom kita mulakan ..!

Memula ....

1) Pergi ke akaun instagram korang. Klik pada video yang korang nak upload di entri blog.



Klik kat video (bertanda anak panah merah)


2) Nampak tiga dot sebelah kanan bawah yang aku bulatkan dengan bulatan merah tu? Klik kat situ ....




3) Akan keluar perkataan 'Embed' kan. Klik dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Korang ada pilihan samada nak letak video sekali dengan caption atau tak nak caption. Kalau tak nak, just klik kat 'Include caption' untuk buang caption tu. 




4) Sekarang korang dah ready untuk copy code yang ada dalam kotak tu. Highlightkan, right click dan pilih 'Copy





5) Pergi kat entri blog, dan klik kat HTML





6) Ok. Dah klik HTML, korang akan nampak paparan seperti di bawah ni. Konpius kan? Takpe ... kejap je konpius ni hehe. Korang kena tentukan lokasi kat mana korang nak letak video insta korang. Kat barisan mana, bawah ayat apa.

Kemudian, cari </span></div> dan pastekan coding yang korang copy tadi. Yang aku highlight biru tu ialah coding yang aku copy tadi.




Nampak tak anak panah warna merah tu? Itu adalah untuk kasi center (tengah-tengah) video korang dalam entri. Sila tambah sendiri ye, taip <center> sebelum korang paste coding, dan taip </center> selepas coding dipastekan.

Lihat je contoh aku kat atas ni. Untuk adjust saiz video, korang boleh lihat kat max-width : 658px yang aku gariskan warna merah tu. Yang tu korang boleh adjust sendiri ikut suka hati. Kalau ikut standard aku, just tukar pada 458px. Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


7) Dah siap bab coding, klik semula 'Compose' dan paparannya akan kelihatan seperti ini...




Kosong???! Jangan panik ... aku pun memula belajar dulu panik gak hehe. Tapi, sebenarnya paparan dia memang akan nampak macam ni. Tak nampak videonya, tapi bila ko klik 'Preview' baru korang akan nampak videonya ....




Haaaaa video korang akan kelihatan begini! Dekat draft tak nampak videonya, kat Preview baru nampak videonya. So, pasni korang boleh Save, Publish dan lihat sendiri video insta di entri blog.





Amacam? paham dak? budak cerdik memang cepat paham kan hahaha!


Selamat Mencuba!


Wednesday, October 15, 2014

Wednesday, October 15, 2014

Edit Coding Button Share Twitter


Assalammualaikum!




So selama ni aku dok tweet sorang-sorang la ye....syok sendiri! hahahaha :D. Bila orang tegur baru nak edit bagai. Terima kasih broframestone sebab utarakan masalah twitter share button aku. Kalau tak, sampai kiamat la aku sorang-sorang tweet entri sendiri! hahaha. 

Wednesday, August 27, 2014

Wednesday, August 27, 2014

Tutorial Masukkan Google Form Dalam Entri


Assalamualaikum!


Lamanya aku tak berbicara pasal coding-coding blog ni kan hehe. Sebenarnya, aku bukan pro sangat bab-bab coding ni. Ilmu yang aku dapat ni pun secara tak sengaja timbul hasil dari perbincangan aku dengan seorang rakan dan juga otai dalam dunia blog!

Aihh segan plak nak mengaku sebagai rakan, bukan sebab malu sebab dia blogger!! Hey, aku pun blogger juga walaupun sekadar picisan huhu. Aku segan sebab dia sudah pangkat senior dalam dunia blog, dan ilmunya berkaitan ilmu blogspot ni dah setinggi Gunung Everest. Aku ni ha kaki bukit pun tak sampai lagi hehehehe ^^

Tuesday, March 04, 2014

Tuesday, March 04, 2014

Letak Iklan ChurpChurp Versi Baru


Assalamualaikum!

Pergh! lama dah rasanya orang tak request tuto kat kenit. Lama dah adik kita  ni mohon pertolongan kenit, tapi baru sekarang berkesempatan nak perabihkan entri tuto ni. Maaf ye dik, kenit pun dok study mendalah ni sebab memula tu memey tak faham sangat! hehe.

Frankly speaking, 'silibus' ChurpChurp yang baru ni agak mengelirukan sikit sebab layoutnya dah lain, jenis rewards pun dah banyak dan perkongsiannya agak lain sikit. Kalau korang perasan, kenit memang tak letak dah iklan ChurpChurp ni di blog, sebab rasanya takda sapa nak klik kot iklan2 tu. Sebab tu incomenya tak lebih dari RM10 sejak dari mula lagi hehehehe. Takpela, mana tau satu hari nanti terbuka hati kenit nak letak balik kan :)


Wednesday, December 25, 2013

Wednesday, December 25, 2013

Fungsi Crosspost Networkedblogs Di Blog.


Assalamualaikum!~

First time bila kenit register networkedblogs, kenit dah perasan tag crosspost ni di blog kenit. Apa itu crosspost? Ntah, kenit tak tahu hehehe. Malas nak amik tahu mulanya, sebab ia sebahagian dari networkedblogs jugak kan, dan 'kehadirannya' tak mengganggu post dalam blog kenit setakat ni. 


Monday, December 23, 2013

Monday, December 23, 2013

Cara Letak Iklan Di Bawah Post.


Assalamualaikum!~

Alhamdulillah semalam tuto kenit yang {INI} berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda blogger +Yumida Huda di {SINI}. It's a good feeling kalau kita dapat tolong orang lain kan. Dan, lebih penting bila orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan hehe. Kalau tak faham, kita pun jadi tak senang hati kan.


Sunday, December 22, 2013

Sunday, December 22, 2013

Cara Linkkan Tab Menu Dengan Labels.


Assalamualaikum!~

Cuaca mendung je ari ni. Baru plan nak bawak bebudak ni gi taman permainan, nampaknya kena postpone petang sikit la ye. Nak umpan senang je, kasi susu coklat sebotol dan citer kartun UPIN IPIN di youtube ekekeke. Bolehla ibunya melangok depan laptop ni kejap heeeee :D.

Hurmm rasa nervous plak nak kasi tuto ni hehe. Seriously, kenit sendiri pun ikut tuto blogger otai lain. Banyak lagi yang kenit tak tau pasal selok belok coding dan penggunaan aplikasi dalam blog ni. Tapi, since sahabat kite +Yumida Huda menghadapi sedikit masalah, maka kenit kongsikan apa yang kenit tau sikit-sikit. Harap tuto ni dapat bantu you dear dan semua newbie di luar sana (^_^).

Monday, December 16, 2013

Monday, December 16, 2013

Letak Button SEND, SHARE & LIKE Di Blog.


Assalamualaikum!~

Malam tadi kenit belajar bukan satu tapi dua tutorial yang ohsem dari seorang blogger otai mengenai cara-cara nak letak buttondi Nukilan Kenit. Sebelum tu, kenit singgah BW di blog sis +Yumida Huda dan memang 'langkah kanan' betul bila sis kongsikan ilmu terbaru ni! hehehe. Thank you dear (^_^).

1st Tutorial bagaimana nak letak button. Tutorial ohsem ini kenit pelajari dari blogger Faiz di {SINI}. Memang senang dan mudah caranya, hanya perlukan sedikit usaha untuk berjaya hehehe. Pentingnya button  ini adalah untuk memudahkan anda para pembaca yang kenit kasihi sekelian meng-like dan mengongsikannya terusssssss ke laman FB anda. Takyah susah payah copy paste url entri yang anda suka, just klik 'share' dan ia akan connect terus ke wall FB anda. OHSEM GILE kan???! hehehehe.

Wednesday, February 06, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Cara Aku: Letak Iklan Churp-Churp Di Blog.

Assalamualaikum sumer!~

Sengkak perutku. Dari lunch, makan plak cream puff. Haddowwww! peberet den tuuuuu! 10 biji aku beli buat bekal ngunyah waktu petang tadi hahaha. Tadi, singgah plak kat Sany Char Kuey Tiow Subang Perdana. Pas ujan2 ni memang sedap mentekedarah kan hehehe.

Aperpun, terkezut aku bila ada sahabat request tuto gimana letak iklan di blog. Tak pernah lagi orang request tuto kat aku, maklumla aku kan 'junior' hehehehe!~*gediks!*

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.