Breaking

Showing posts with label UAI. Show all posts
Showing posts with label UAI. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Thursday, January 14, 2016

Anak perempuan saya nak jadi imam, boleh dop ustaz?


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak permintaan dia tahun lepas, yang satu ni yang aku masih tak dapat nak bagi even dah masuk tahun baru. Memang berhajat sungguh dia ... orang kata hajat bukan sebarang hajat tau! 

So, satu hari dia tanya, "buuu... boleh tak kakak nak jadi imam untuk ayah, ibu dan adik?"

Opkos di waktu usia begini aku tak menjangkakan soalan begitu dari seorang anak perempuan yang baru berusia 8 tahun (tahun lepas), sebab tak terfikir pula dia berminat nak jadi imam hehe! Tapi dah kakak tanya, kena la ibu jawab kan kan kan :D

Lagipun, masa tu aku cuma terangkan fadilat dan kelebihan solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala berbanding solat sendirian. Tak cerita pulak yang dia tak boleh jadi imam untuk ayah dia ... huhu



Ni gambar kakak masa baru-baru belajar solat dulu. Comei sangat kakak .... pakai terlekung terbalik (penutup dagu dok atas kepala) pun masih tampak comel dan inesen hehehe ...

Monday, November 11, 2013

Monday, November 11, 2013

Mentahnik Bayi


Assalamualaikum!~

Terpanggilnya kenit untuk berkongsi ilmu bab mentahnik bayi dengan anda semua. Truthfully, kenit tidak amalkannya sebelum ini pada kedua-dua puteri kenit. Dan, ada sesetengah kita yang agak-agak kabur pasal bab mentahnik ni. So, jom kita belajar!


 gambar hiasan

Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 26, 2013

Barakallah Big Boh!

Assalamualaikum!~

Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.

Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.

Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.


TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
 (^_^)

UAI bersama isteri ke-3nya, Izyan di meja makan beradab.

Wednesday, April 24, 2013

Wednesday, April 24, 2013

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Di Desa Pandan.

Assalamualaikum!~

Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat! Sungguh tak sangka tatkala bila kita mendambakan sesuatu (yang baik) maka Allah segera memakbulkannya. Syukur alhamdulillah.....

Patutla kelmarin terasa ringan je tulang ni menyiapkan keje umah, gosok baju, kemas dapur dan kemas umah. Rupanya Allah nak bagi 'hadiah' bertemu dengan UAI. Dekat ngan umah plak tu! Memang Kenit takkan lupakan....

Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Ustaz Azhar Idrus Muncul Di Set Filem Terbaru Pierre Andre.

Assalamualaikum!~

MasyaAllah! bestnyaaaa......! Andai benar bagai dikata maka tentu penampilan sulung Ustaz Azhar Idrus ini akan menjadi penantian penuh pengharapan buat semua peminat2 UAI di luar sana. Bukan populariti yang dikejar kerana UAI memang sudah dikenali ramai sebelum ini. Kenit juga pernah menghadiri ceramah agama beliau bersama keluarga di SINI.

Monday, January 14, 2013

Monday, January 14, 2013

45 Minit Bersama UAI.

Alhamdulillah tercapai jugak impian Kenit nak pi ceramah UAI. Memang lama dah berhajat nak pi dengar ceramah beliau dari masa Kenit kat Kuantan lagi. Kadang2 biler beliau ader buat ceramah di surau2 berdekatan dengan opis, tapi Kenit tidak berkesempatan untuk pergi sebab keje syif malam. 

Jadi, biler Kenit check kt FB jadual ceramah beliau ader dekat2 dengan area rumah Kenit, aper lagi terus ajak incik somi pi la hehe.

Malam tadi tajuk ceramah beliau ialah Maulidur Rasul. Ternyata, memang ramai sungguh muslimin dan muslimat membanjiri padang AU2 Keramat ini. Kenit dan family siap2 'booking' angle yang sesuai untuk mendengar UAI hehe. Ni je la yang termampu pun, sebab terlampau ramai mengalahkan konsert menyanyi!~


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.