Breaking

Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Thursday, December 12, 2019

Thursday, December 12, 2019

Keputusan UPSR Hazwani


Assalamualaikum! Hampir terlupa ibu nak masukkan cerita tentang keputusan UPSR kakak yang diperolehinya bulan lepas huhu. Takpe, hari ini ibu kasi cerita sikit tentang itu ya. Cerita ini adalah perkongsian tentang kegembiraan seorang ibu terhadap keputusan anak dalam UPSR. Satu benda yang semua ibubapa akan lalui bilamana anak mereka telah melepasi ujian UPSR. So, ibu abadikan coretan kegembiraan ini dalam blog ibu. 


Tuesday, November 12, 2019

Tuesday, November 12, 2019

Tarikh Rasmi Semak Keputusan UPSR 2019


Assalamualaikum! Pada ibubapa yang sedang menantikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, tarikh rasmi telah pun dikeluarkan semalam oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan media.

Selain keputusan UPSR 2019, ibubapa juga boleh mendapatkan keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada tarikh yang sama.


Tuesday, October 22, 2019

Tuesday, October 22, 2019

Temankan Kakak Jalani Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019


Assalamualaikum! Selain dari peperiksaan UPSR dan PSRA yang kakak perlu ambil tahun ini, ada satu lagi ujian yang penting iaitu Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019. Ujian ini penting bagi membolehkan kakak layak masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. 

Pusat ujian untuk UKSBP2019, ibu pilih dekat dengan rumah. Yang dekat ada, buat apa nak pergi yang jauh hehe. Lagipun ibu risau mana la tau kot-kot tak sempat sampai ke pusat ujian kalau pilih yang jauh-jauh ni.

Tapi dalam pada kita berjaga-jaga tu, boleh terlambat juga! Perasan dekat kertas tu macam start pukul 2.30pm. Keluar rumah 1.45pm kira sempat la nak mendaftar kan. Sekaliiii .... pandang surat tu balik rupa-rupanya ujian start pukul 2.00pm! Arghhhh...time tu jugak darah ibu memecut dari hujung kaki ke hujung kepala!

Tuesday, September 03, 2019

Tuesday, September 03, 2019

Solat Hajat Untuk Kakak


Assalamualaikum! Dup dap dup dap berasa hati ibu ni. Esok adalah hari penting untuk kakak. Esok akak ada peperiksaan penting iaitu UPSR. Walaupun ia tidak sepenting SPM tapi ia adalah permulaan kepada langkah dimanakah halatuju pembelajaran kakak untuk sekolah menengah.

Tahun lepas kakak cemerlang dalam UPKK. Dalam pada ibu tak sangka kakak boleh dapat 8A, kakak telah buktikan yang kakak boleh! Maka, tahun ini ibu yakin dan berdoa agar kakak diberikan kejayaan cemerlang dalam UPSR dan PSRA. Kedua-duanya sama penting bagi ibu.


Sekolah agama

Thursday, August 29, 2019

Thursday, August 29, 2019

Ibu & Pekerja


Assalamualaikum! Makin kakak nak dekat UPSR ni, makin ibu gementar! Alhamdulillah kakak dah ada peningkatan dalam pencapaian akademik. Tapi depan kakak ibu berlagak cool, wat lek wat pis je hehehe. 

Meskipun ibu ni bekerja, tapi pelajaran kakak dan adik ibu kena hadap juga. Tak boleh 'lepas tangan' biarkan kakak dan adik belajar sendiri walaupun ibu tahu korang boleh buat sendiri. Kalau boleh setiap fasa kakak dan adik, ibu nak turut serta sekali. Sebab itu, ibu akan tolong juga walau macam mana sibuk sekali pun!


Friday, March 01, 2019

Friday, March 01, 2019

Lagi 6 bulan nak UPSR!


Assalamualaikum!

Dah masuk bulan Mac, sedar tak sedar lagi 6 bulan je lagi kakak akan menduduki peperiksaan UPSR! Anak yang amik UPSR, ibu yang nervous ni ... acaner? hehe. Mana-mana ibubapa pun mesti ada perasaan yang sama bila anak-anak ada exam besar kan. Tahun ni kakak akan menduduki peperiksaan UPSR, dan dah tentulah ibu ayah mendoakan kecemerlangan buat kakak.

Memanglah tahun ni jadual kakak agak padat dengan pelbagai aktiviti. Dengan wakil sekolah bola jaringnya, dengan pertandingan kalam jamaie yang tak lama laginya, dengan belajarnya, dengan kelas tusiyennya, dengan kelas tambahan sekolah agama lagi ....haihhh bertabahlah ye kakak. Semua ni akan berakhir pada bulan September nanti insyaAllah.


Friday, September 07, 2018

Friday, September 07, 2018

Soalan Latih Tubi & Set Peperiksaan Percubaan PERCUMA Untuk UPSR, PT3 Dan SPM


Assalamualaikum! Lebih kurang 2 minggu lagi anak-anak kita yang Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Ibubapa pun tentu rasa berdebar untuk anak masing-masing kan. Tahun depan ibu dan ayah pulak akan rasa berdebar untuk kakak huhu.

Pastinya semua pihak sedang rancak melakukan pecutan terakhir meneliti topik-topik dan soalan-soalan bersama cikgu dan rakan. Masih ada masa lagi untuk buat soalan latih tubi atau gerak gempur, insyaAllah korang boleh pecut!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.