Breaking

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, July 16, 2019

Tuesday, July 16, 2019

Restock Produk Kecantikan Di Althea!


Assalamualaikum! Time for beauty shoppingggggg. Bestnye dapat shopping kan, lebih-lebih lagi kalau shopping tak guna duit, tebus point je hehe. Nak lagi best kena shopping kat Althea sebab lengkap segala barangan penjagaan dan kecantikan kita boleh kita dapat kat website dia.

So hari tu aku dapat tebus point Althea, dah tentu aku ada plan nak beli apa ngan point tu. Barang yang aku nak memang dah pernah guna dan aku pun dah pernah share kat blog ni, so kalau aku restock tu maksudnya memang baguih la barangan tu untuk aku.



Tuesday, February 26, 2019

Tuesday, February 26, 2019

[VIDEO] Simple Makeup Tutorial By #AltheaMakeup With Me!


Assalamualaikum!

Simple makeup is always my #mission. Since seluruh hidupku banyak invlove dengan kerja, family dan sedikit keseronokan maka aku perlu makeup yang simple dan kemas. Jujur, sebelum ni kalau pergi opis aku prefer #bareface. Hanya pakai bedak biasa dan siap!

But since #Althea hadir dalam hidupku, semuanya berubah! haha ecececeh. Tapi itulah yang sebetulnya. Sejak guna produk penjagaan kulit dan alat solek dari #Althea, aku rasa senang sekali untuk mengenakan makeup ke pejabat.


Wednesday, November 21, 2018

Wednesday, November 21, 2018

Video - Unboxing My Althea Milk Peel Cream Mask


Assalamualaikum! Haloooooo ... it's unboxing time! Since kotak pink kita ni dah sampai sejak dari minggu lepas, baru sekarang la kita boleh share the video with you here. Sorrrrryyyyyy .....!


Anyway, memang saya ternanti-nanti sebab kali ni saya berpeluang cuba Milk Peel Cream Mask dari Althea! Biasa pakai mask kannnn. Tapi kali ni, Althea bagi cuba cream mask yang diperkayakan dengan AHA, BHA & susu yang bergabung untuk memberikan tekstur kelembapan disamping membuang sel-sel kulit mati dan mengecilkan liang pori di wajah.



Friday, October 19, 2018

Friday, October 19, 2018

[VIDEO] Best pulak guna SpeedyMando ni!


Assalamualaikum! Barang-barang Tupperware dari dulu sampai sekarang memang selalu menggugat iman. Makin lama makin hebat rekabentuk dan coraknya. Yang terbaru kita dapat tengok demo guna SpeedyMando oleh kak Mah tukang jual Tupperware kat opis ni hehe.

Barang Tupperware ni kaum hawa memang cukup suka kumpul kan. Sampai jadi bahan lawak kat media sosial kalau mak-mak beli Tupperware orang lain tak boleh usik atau guna.

Tapi SpeedyMando ni kalau dah beli tak guna, rugi sangat wak! Sebab ia banyak membantu kerja-kerja memasak kita di dapur. Lebih-lebih lagi yang suka masak banyak-banyak atau suka jamu orang. Haaa SpeedyMando ni akan memudahkan kerja-kerja menghiris segala jenis bawang, kentang, timun dan lain-lain.

Jom layan video kita!



Thursday, September 13, 2018

Thursday, September 13, 2018

[VIDEO] Pencarian Juara Masterchef Puspanita Met 2018


Assalamualaikum! Minggu lepas kami main masak-masak. Tapi bukan aku masak, orang lain masak, aku tukang ambik video je hehe. Tu pun video syok sendiri sebagai tanda kenang-kenangan.

Ada 5 kumpulan yang mengambil bahagian kali ni, demi merebut gelaran Juara Masterchef Puspanita Met! Alaa bukan nak menang sangat pun, kami bertanding sekadar untuk suka-suka dan memeriahkan suasana. Kalau menang bonus la kan. Kalau tak menang still dapat makan hehe.

Melihatkan kemahiran dan bakat yang ada pada peserta yang bertanding kali ini membuatkan aku sujud syukur kerana tak masuk bertanding sama. Bukan level konfiden tu tak tinggi, tapi masalahnya ... tu la konfiden level tak berapa nak tinggi. Ehh ...sama ke tu?? haha!


Thursday, August 17, 2017

Thursday, August 17, 2017

Cegah sebelum parah!


Assalamualaikum!


Zaman sekarang ni, budak-budak dan gajet seperti kawan baik dah. Ibubapa yang tak bagi anak-anak main gajet ni berapa kerat je. Samada yang bagi atau tak bagi langsung, mesti ada alasan dan sebab mereka sendiri kan.

Kami sendiri pun dedahkan anak-anak pada gajet. Cuma diaorang takda la taksub main gajet atau mengadap game sampai teruk nak mengamuk tetak orang tua macam dalam video yang viral baru-baru ni. Seriau aku tengok video dia ... dah macam orang gila budak tu pegang parang kiri kanan nak katok atok dia. Tak ke giler namanya tu?? 

Yang pasti bukan salah budak tu semata-mata. Ianya bermula dari tangan yang memberi. Ibubapa dan penjagalah yang kena mainkan peranan penting. Kadang niat nak senangkan anak tu berhubung ngan kita melalui handphone dah betul, tapi bila kemudahan disalahguna dan bertukar menjadi 'kegilaan' ... beginilah pengakhirannya! Budak kalau dah leka bermain, memang dia takkan berhenti selagi puas!





Ya... mungkin gajet boleh menyenangkan hidup kita. Tapi ia juga boleh memecahbelahkan keluarga, memisahkan suami isteri, menjauhkan ibubapa dengan anak, kawan menjadi lawan, kejujuran bertukar menjadi kepura-puraan seandainya ia DISALAHGUNA. Dan sekarang ... kerana gajet, cucu nak katok atok pulak?? Allahuakbar ...




Terlalu mengikut kehendak anak-anak dan kebebasan melampau bukan tiket untuk kita menyatakan rasa sayang pada anak. Sebagai ibubapa, mungkin kisah ini boleh jadi satu pengajaran buat kita supaya cepat sedar dan berbuat sesuatu sebelum ia jadi lebih parah!



Wednesday, November 09, 2016

Wednesday, November 09, 2016

Melukis ikut video di Youtube


Assalamualaikum!


Antara cara untuk kakak dan adik release tension di rumah ialah dengan melukis. Bermula dengan kakak yang dari kecik lagi memang suka melukis dan akhirnya menjadi ikutan si adik. Bermula dengan 'orang lidi' sekarang dah jadi 'orang berisi' hehe.

Kakak sekarang tengah praktis lukis mata anime. Rupanya dia tengok cara orang melukis di YouTube! Patutlah kejap-kejap pinjam handphone ibu ..rupanya selain tengok kartun dia gi tengok cara orang melukis kartun huhu.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.