Breaking

Monday, November 05, 2012

Monday, November 05, 2012

Errkkkkk....Salah Faham atau Tak Faham??


Adessss mintak maap la pada yang membaca entri Kau Yang Terindah...Abah~ kemudian TERRRRRRRRanggap yang abah akak dah tiada lagi???Oh no no no no no no no NOT LIKE THAT yer. Atau ayat2 akak yang akak luahkan tadi memang tangkap syahdu sangat ker yang membuatkan korang memikirkan begitu?Hmmmm abah akak MASIH ADA lagi yerrrr..alhamdulillah semoga Allah panjangkan umur abah akak. Itu hanyalah nukilan rasa hati akak, nak disampaikan depan abah memang tak tergamak la rasanya...maluuuuuuuuuuuuuuuuuuu:D.

So, mintak maap la pada yang salah faham yek hehehehehe (^_^). Selamat Hari Lahir Abah Yang ke 63!~





Monday, November 05, 2012

Kau Yang Terindah...Abah~


Abah with his beloved children~dalam pangkuannya itulah...aku
Love abah forever~

Sedikit nukilan kukiaskan untuk seorang insan istimewa menjadi kenangan,

Hari ini adalah hari berbahagia untuk seorang insan yang banyak menabur budi dan kasih sayang dalam hidupku. Dia lelaki pertama yang hadir dalam hidupku, menjadi orang terpenting saat aku dilahirkan di dunia dan kasih sayangku padanya takkan berkurangan selagi jasad bernyawa. Setiap solatku sentiasa diringi doa untuknya dan ibuku agar mejadi mendapat keredhaan dan kesejahteraan dunia akhirat. Kegigihan dan kesungguhan dia menempuh pelbagai rintangan dalam hidup ditambah dengan kerenah anak2 yang sentiasa memberi masalah padanya tidak sedikitpun melunturkan kasih sayang dan cintanya terhadap anak2 kesayangan. 

Waktu berlalu begitu pantas, dia yang dahulunya cergas dan tangkas kini semakin perlahan langkahnya semakin kurang kudratnya, namun satu yang tidak pernah berubah, masih ada kasih dalam jiwanya, masih tersemat sayang dalam hatinya.Senyum diukir tanda sayang, mulut menutur bicara tanda keprihatinan..yang mana salah diperbetulkan.

Ketegasan menjadi asas dalam asuhan, namun masih terselit kasih sayang dan kuntuman senyuman. Gelak tawa dan gurauan menjadi hiburan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Walaupun diriku sudah dimiliki, namun ketahuilah diri ini tetap menyayangi dan mengasihimu sepanjang hayat. 

Walaupun tiada ucapan dari diriku atau sebungkus hadiah buat dirimu namun yang pasti doaku pohon pada Yang Maha Esa agar dirimu sentiasa mendapat redhaNya dunia dan akhirat.Selamat Hari Lahir..ABAH (^_^)



Sunday, November 04, 2012

Sunday, November 04, 2012

Tujuh Golongan Insan Contoh.



Selamat Pagi sumerrrrr..dah solat?tentu dah kan..bagus alhamdulillah. Yang belum lagi tu cepat2 gi solat dulu k. Dingin pagi ni tak seperti hari2 biasa, mungkin hujan tak berhenti2 malam tadi kot kan. Di pagi Ahad yang permai ini elok rasanya akak selitkan entri muhasabah diri. Muhasabah diri bukan dibuat sebelum waktu tidur je tau..bila kita duduk sorang2 tu pun kita boleh bermuhasabah jugak.

Fitrah manusia semestinya mahukan sesuatu yang baik dalam kehidupan mereka, samada dari segi sosial, fizikal, material mahupun spiritual. Kita mahukan diri kita menjadi insan contoh atau bahasa omputih 'role model' *(bukan model catwalk yer heee)*kepada orang lain khususnya kepada keluarga sendiri seperti anak2, adik beradik atau saudara mara. Justeru, apakah yang dimaksudkan dengan insan contoh
(modal insan)? Mari kita kupas dari perspektif Islam.

Menurut al Syaibani(1979) yang dipetik dari bukunya Falsafah Pendidikan Islam menyatakan terdapat banyak ayat al-Quran secara jelas menerangkan ciri insan, sumber, hikmah dan rahsia mengapa insan diciptakan, nasib terakhir mengenai hidup mereka di dunia, nasib mereka di akhirat dan lain2.Firman Allah;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"
                                                                                                (Surah al-Tin: ayat 4)

Allah menjadikan manusia dari 2 unsur iaitu rohani dan jasmani, dan untuk menjadikan ianya berfungsi manusia turut dibekalkan dengan akal. Namun akal manusia hanya akan berfungsi jika dipandukan dengan ilmu. Maka, amat sesuailah dengan ayat pertama dalam al-Quran yang menyarankan kita berusaha untuk mencari ilmu. Firman Allah;

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Ia menciptakan dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhamnu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena, dan tulisan. Ia mengajar apa yang tidak diketahuinya."
                                                                              (Surah al-Alaq: ayat 1-5)






Dalam Islam, untuk melahirkan insan contoh yang berkualiti asas ketauhidan dan kerohanian merupakan perkara utama dalam kehidupan manusia. Manakala, elemen2 lain seperti sains, politik, teknologi, bahasa etc. hanyalah sebagai cabang kecil.  Ini amat sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;

"Dan (ingatlah), Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."
                                                                                      (Surah al-Adzaariyat: ayat 56)

Justeru, unsur kerohanian mengukuhkan ciri2 insan contoh dan manusia mendapat kemuliaan dan kebahagian dunia dan akhirat dengan beribadah kepada Allah s.w.t. Ini adalah kerana fitrah semulajadi manusia yang memerlukan hubungan yang baik dengan Penciptanya, sesama manusia dan alam sekitar.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya  selain daripada naungan Allah; diantaranya ialah; Pemerintah yang adilpemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada tuhannyaorang yang sentiasa hatinya terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allahorang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara sembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut dan mengingati Allah dengan keadaan tak ada ingatannya dalam perkara lain, lalu menitis airmatanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."

                                                                ~Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah~

Saturday, November 03, 2012

Saturday, November 03, 2012

Chicken Pox: Fakta Perubatan & Pantang Larang.




Kali terakhir akak kene masa umur akak 13 tahun. 2 minggu baru masuk sekolah menengah tetiba bintik2 merah menyerang seluruh tubuh dan bermulala episod terkena serangan chicken pox. Dalam 2 minggu tu memang akak dapat layanan 'gold' class dari mak dan abah, tapi banyak betul pantang larang yang akak kene ikut waktu tu terutama bab2 makan ni. Ayam dan daging memang wajib TAK BOLEH dimakan apatah lagi makanan yang berminyak. Even nak menumis dalam rumah pun tak boleh waktu tu. Tapi yang bestnyer apa yang akak nak selain dari makanan2 terlarang diatas sumer abah akak belikan. Akak ingat lagi waktu tu akak  mintak 2 barang dengan abah, coklat Cadbury dan permainan video game (SEGA) wahahaha~Ape lagi akak main sakan laaaaa mende alah tu.



16 tahun berlalu dan kini chicken pox datang menerjah lagi, tapi kali ni bukan akak tau tapi anak akak yang sulung. hari pertama semalam asalnyer akak ingatkan bintik menggelembung tu sebab kene minyak panas, pagi tadi bangun ader lagi bintik2 merah kuar so, sah la ni chicken pox...kesian permata hatiku. Kelam kabut  akak tepon atuk dan wan diaorg tanya apa yang patut dibuat..heeee:D.




Macam2 pantang dan larang yang mak akak bagitau, mungkin ada sesetengah orang yang dah tak percaya pasal penjagaan pantang larang ni tapi, even doktor pun sarankan supaya jaga makan dan pantang betul2. So, akak pun godek2 sikit la pasal chicken pox ni, kot2 nanti kalu korang dah ada anak boleh la buat apa yang patut dan tinggalkan apa yang tak patut. Pengalaman berpantang chicken pox bagi setiap orang adalah berbeza so akak harap jangan ader kontolbesi nanti yer (*ayat cantik=kontroversi) heeeee. So, jom kiter terjah pasal CHICKEN POX~




Apekejadahnyer Chicken Pox ni?

Cacar air ataupun lebih dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster . Penyakit ini senang berjangkit samada melalui sentuhan atau sebaran udara dan ditandai oleh ruam yang gatal dan berair di badan. Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan ia tidak berbahaya jika mendapat rawatan awal. Jika kanak-kanak menggarunya, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit (takut berparut je).



Pantang larang semasa terkena Chicken Pox?
Dari segi bidang perubatan, tiada pantang larang dari segi makan atau sebagainya. Cuma,  jangan sekali-kali tidak mandi tau.


Pantang dibuat (maknanya jangan dibuat yer)
a) Jangan kene hujan
b) Jangan makan daging dan ayam
c) Jangan menumis dalam rumah
d) Jangan bergaduh atau memarahi orang yang terkena chicken pox.
e)Jangan makan makanan bergoreng atau berminyak. (KICAP jangan dimakan nanti parut jadi hitam)
f) Jangan menggaru, kalu gatal tahan je la.

Ada ubat tak untuk Chicken Pox?
Doktor biasanya akan memberikan ubat demam dan ubat gatal untuk disapu di badan.



Ada vaksin tak untuk Chicken Pox & kenapa perlu ambil vaksin?
Ya. Sebenarnya ada vaksin dihasilkan bagi mengelakkan jangkitan ini. Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas . Sebanyak dua dos diperlukan. Jarak diantara dos pertama dan kedua adalah dalam masa tiga bulan (latest suggestion). Walaupun penyakit ini tidak berbahaya namun jangkitan ini mengambil masa yang amat lama untuk sembuh.

Kanak2 yang dijangkiti Chicken Pox  memang memerlukan penjagaan rapi dan pemerhatian yang khusus dari ibubapa kerana suhu badan yang tinggi (demam) akan melambatkan proses penyembuhan. So, kakak (Hazwani) cuti sekolah lebih awal dari biasa heeeee :D.




P/S: Ayah dan ibu dah kene, lepas Nurul adakah Mira 'mangsa' seterusnya? 


Thursday, November 01, 2012

Thursday, November 01, 2012

Gaji Mungkin Dinaikkan??Hou Yeaaaaa!~



Haaaaaa tengok title pun dah 'thrill' kan? Ni yang makin bersemangat nak wat kijer ni hehehe. Berita baik ini baru jer disampaikan oleh KSN kesayangan sumer penjawat awam *(sebab dia boleh propose untuk kenaikan gaji ni)* di website rasminya bertarikh semalam.

Ni yang best ni kalu dah nak datang musim ngundi memang banyak yang dapat heeeee. Aperpun, pelarasan gaji sebanyak 5% ini akan dikaji dan pastinya jika terlaksana akan membuatkan lebih 1.2 juta penjawat awam seluruh negara senyum memusing 360° wahahaha~ So, penjawat awam sekelian tingkatkan prestasi kurangkan birokrasi dan permudahkan transformasi diri dan organisasi *perrghhhh ayat tak boleh blah* heeeeee :D.


                                 Informasi lebih lanjut sila klik di bawah,




Thursday, November 01, 2012

Dirinya dalam Dialog.



Ader sesiapa suker tengok rancangan bual bicara? Akak paling loya tengok citer gitu, kalu ader rancangan bual bicara kat tv memang akak sekeluarga tak layan. Tapi malam tadi ada pengecualian sobab ado bondo istimewo dalam rancangan Dialog TV1.Kami bukan faham sangat aper orang tu cakap sobab mata duk melilau cari dirinya dalam tv heeeeee...saper yer? Incik somi laaaaa...memang terbaikkkk maintain serius jer muka tapi orang tu cakap aper tak faham starang *try ganu pulokkk*.

My Pearls sampai gaduh2 nak tido al maklumla dah pukul 10malam maner mata nak tahan lagi sok nak bangun pagi ye dak.Tapi biler bagitau ayah depa dok ada dalam tv terus sonyap hehehehe. 8 pasang mata dok meraba2 *(boleh ker mata meraba?)*  mencari Dirinya...dan akhirnya inilah dia!


Haaaaa Hazwani siap interframe lagi jari dia
kat screen tv tu..serius la sangat Dirinya tuuu heeee :D

Tersenyum simpul incik somi melihat dirinya dalam tv..sukkkkkeeeeeeeela tuuuuuu. Tapi orang lain masuk paper boleh gak kerat paper tu letak dalam frame. Takkan nak kerat tv plak kan?Ahakkkkssssss.....



Thursday, November 01, 2012

Pearls & Art: Part 1

Morning glory everyoneeeeeee...! Dah masuk pun bulan November yang lovely ni kan? Hujung2 tahun macam ni memang syiokkk kalu ader special event @ occassion. Tapi November pun boleh jadi November Rain *(macam Guns N Roses tu laaa)* sebab musim tengkujuh dah mula nak menerjah heeeee.

Aperpun akak bukan nak citer pasal hujan ke haper, cuma nak berkongsi aper yang My Pearl buat untuk akak last night...more to macam gift la. Disebabkan kurang sebulan lagi akak menyambut ulangtahun kelahiran maka inilah yang my Pearl lukiskan....heeeeee~




Siap ader pakai cermin mata bagai, gigi atas tinggal 4 batang gigi bawah tinggal sebatang akibat makan cekelat banyak kot huhu. Baju lawa ader corang bunga2, tak pasti yang tepi baju tu haper wahahaha~ Dan yang paling havoc sekali, ditulisnya "NENEK" dengan nama yang akak rasa bunyi macam Neng Nak tu wikikiki. Nombor 30 pun dia tulis simbol umur akak la tahun depan tu heeeeeee~



P/S: Mungkin inikah ghuper akak biler dah masuk umur 30 atau ghuper akak 30 tahun lagi??Aperpun i love you my Pearls..proud to have both of you~



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.