Breaking

Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Faizal Tahir Ikut Jejak Cristiano Ronaldo





Anda tentu kenal dengan penyanyi popular tanah air ni kan? Saper tak kenal Faizal Tahir yang telah banyak merangkul anugerah dalam industri muzik negara dengan memenangi banyak trofi penghargaan. Tiada persamaan yang ketara dapat diberika antara beliau dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, namun mereka berdua mempunyai satu persamaan yang ohsome!~

Mereka punya sifat sayangkan kemanusiaan dan kasihkan kedamaian, dan maka sebab itu Faizal Tahir telah pun mengambil pendekatan yang sama kali ini untuk membantu rakyat yang teraniya ini.

Menerusi kenyataannya di twitter, beliau membuat pengumuman untuk melelong semua trofi anugerah yang dimenanginya sebelum ini. Malah, dia juga menyuruh peminat untuk tidak mengundinya di anugerah Shot Awards 2012 , sebaliknya menggunakan masa mengundi itu untuk berdoa buat rakyat Palestin.

P/S: Kalau tak mampu untuk menderma wang & harta benda, maka berdoalah kepada Yang Maha Kaya kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.








Sumber info: Rotikaya
Wednesday, November 21, 2012

Bunga Bangkai Mekar Lagi


Pengunjung asanggup melihat dari dekat bunga gergasi ini
walaupun ia mengeluarkan bau yang busuk.

Selalunya, nama bunga sumer nama2 yang indah2 & cantik2 belaka setara dengan haruman bau semulajadi yang datang dari bunga tersebut. Tapi lain pula halnya di Switzerland, di mana terdapat sejenis bunga yang diberi nama Bunga Bangkai @ 'Smelly Flower' yang hidup subur di Taman Botanikal Basel, Switzerland.

Para pengunjung berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia (Bunga Rafflesia bukan lagi bunga terbesar di dunia) keunikan & kelainan yang tidak terdapat pada bunga-bunga lain. Bunga Bangkai (Amorphophallus Titanium) ini mekar buat kali kedua pada 18 November 2012. Ia mekar buat kali pertama pada April lalu selepas 17 tahun ditanam.
Pengunjung melihat keunikan  Bunga Bangkai

Bunga yang setinggi 2.5meter yang berwarna kuning & merah gelap ini mengeluarkan bau seperti daging mereput dan mampu menarik serangga untuk mendekatinya. Malangnya, bagi manusia bunga ini terlalu mustahil untuk dijadikan sebagai bunga hiasan di laman rumah kerana baunya yang tidak menyenangkan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana bunga ini tidak boleh mekar untuk lebih lama, ia akan segera menutup setelah proses pendebungaan selesai.



Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 20, 2012

RotiKaya vs RotiFace


Yup, dia memey obses dengan rotikaya...
bolehla kiter kata dia 'antu rotikaya'..
takda nasi pun takpa asal ada rotikaya...
hari-hari mesti makan 3 @ 4 keping rotikaya...
kalu dah habis, tunggu 'bhai' roti datang depan rumah..
dan dia akan suruh kiter kuar duit warna merah...
~wahahahaha~

Haiiiiii....inilah antara kesukaan Mira,
tengok je la muker dia biler dapat rotikaya...
v
v
v
v
v
~sedap sehingga memejam mata~
v
v

see...dia pejam lagi~

v
v

Makan ngan kakak..baru nampak matanya hehe~


Tuesday, November 20, 2012

Kisah Limau & Rasulullah






Satu hari Rasulullah didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerima dengan hati yang gembira.

Buah limau itu dimakan Rasulullah seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya, Rasulullah s.aw. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan.. setiap kali dengan senyuman. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah kesayangan mereka itu. Lalu mereka bertanya, Rasulullah s.a.w tersenyum dan menjelaskan;

"Tahukah kamu sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda tak baik, dan dari bukan orang Islam pula. Wanita tadi pulang dengan hati yang kecewa. MENGAPA? Sebenarnya dia bertujuan untuk mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya, tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w~ 



Tuesday, November 20, 2012

Azhar Sulaiman Mengaku Murtad?


Ini bukan politik, Ini sekadar pengajaran bagi kita agar sentiasa menjaga tutur kata 
baik melalui lidah, tulisan, cetusan hati & perbuatan
agar akidah tidak tergelincir dari landasan .
Bak kata orang-orang lama,
'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"
Mengikut artikel di suratkhabo yang mengatakan
Dato' Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan
kenyataan bahawa UMNO murtad telah mengundang kontroversi 
di kalangan kita terutamanya seorang artis....
Azhar Sulaiman.
Nak tahu aper kater dia??

Kenyataan beliau di Facebook miliknya baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat untuk sengaja memerli Dato' Nik Aziz Nik Mat
yang dilaporkan kononnya menuduh UMNO murtad. Namun,
Dato' Nik Aziz telah mengambil keputusan untuk menyaman suratkhabo 
tersebut atas tuduhan memfitnah beliau.~
Hebat penangan suratkhabo ni, sampai boleh buat orang mengaku murtad!~
BERAT NANANG!~


So, biler niat asal untuk memerli orang TANPA USUL PERIKSA & TERPENGARUH dengan laporan akhbar yang pegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan isu politik. Akhirnya, biler dah tersilap tuduh baru nak tarik balik kenyataannya.

P/S: Mungkin AS kene rujuk balik pada ustaz tentang pengakuan terbukanya mengaku murtad. Kene baca syahadah balik dan solat taubat nasuha ...!~


Tuesday, November 20, 2012

Hooked on You..Gotta See This!



Morning glory everyoneeeee!
Fuh! macam romantik jer tajuk entri pagi ni kan?
takda maknanyer romantik dik nonnnn!~
Tapi lain orang lain selera ye dak,
kot kot korang kata ni memey romantik..tak tahu lah~
~heeeeeeee (^_^)~
Amaran: Kalu ada yang sakit jantung @ lemah semangat
dinasihatkan JANGAN TENGOK. Kalu korang nak tengok gak,
baca bismilillahirramanirrahim dan tarik nafas panjang2 wokeh!~

Fuh! Fuh! Fuh!
Ini antara suasana yang berlaku di Konvensyen Tahunan Tattoo Antarabangsa Ketiga,
yang rancak diadakan pada 17 November 2012 di Medellin, Cloumbia.
Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia telah berkumpul di sana 
untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau mereka.
...........................................................
Tak tahu nak taip aper lagi dah!~
Korang lihatlah sendiri hasil 'seni' yang mereka
telah hasilkan.
Seni melampau tahap kronik ini dilakukan demi
"IN THE NAME OF ART"..kata mereka.
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Kiri: seorang wanita dicangkuk pada besi di belakang badannya 
dan terapung.
Kanan: Seorang lelaki digantung dengan cangkuk besi 
tertusuk menembusi kulitnya.
V
V
V
V
V
V
Lelaki ini hanya tersenyum bila cangkuk besi dicucuk
menembusi kulitnya, NGERI!~
V
V
V
V
V
V

Wanita ini tergantung dan besi cangkuk dibelakangnya mampu menampung
berat badan wanita tersebut.Yaikkkkkk!~

 Ini adalah antara koleksi gambar yang dapat dilihat, selain itu, konvensyen ini turut mengadakan pameran membuat tatu dan menindik. Jadi, takyah la upload gambar tatu diaorg tu...tak sanggup teman bagi korang nengok!~

Sakit mata, sakit jiwa & sakit KULIT!~Yet they say "In the name of art..."

DILARANG MENIRU AKSI GILER & MELAMPAU INI!~

Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Sebarkan HALUAN Palestin





Pernah dengar HALUAN Palestin? HALUAN Palestin merupakan antara NGO yang aktif menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis ke atas bumi Palestin. Ketua Biro HALUAN Palestin Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan bersama dua lagi wakil NGO yang lain telah menghantar memorandum bantahan kepada wakil Duta Amerika di atas pembunuhuan beramai-ramai yang sedang rancak dijalankan oleh tentera Zionis laknatullah. 

Kalu korang ada FB, boleh LIKE halaman HALUAN Palestin untuk mengetahui tentang info serangan tentera Zionis dan perkembangan terbaru suasana di Palestin. Korang juga boleh menghubungi mereka melalui HALUAN Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Mohon disebarkan HALUAN Palestin dan berilah sokongan anda kepada mereka untuk terus bersama-sama rakyat Malaysia memperjuangkan hak dan kebebasan di Palestin, bumi para syuhada'.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.