Breaking

Monday, December 03, 2012

Monday, December 03, 2012

5 Blog Dengan PendapatanTertinggi Di Dunia



Sambil2 baca tu ,Klik SINI..SINI..SINI & SINI yer (^_^)


Waahhhhhh! Banyak betul income diaorg dapat dengan blogging ni yer! Beribu ribu ribu lemonnnn...hehehe. Memey gempak punyer income, akak pun nak pencen awal kalu camni hehe. Tapi, baru 3 bulan jagung berblogging maner nak capai income setinggi tu ye dak...tapi tak mustahil kan? hehehe...jom kiter countdown 5 blog berpendapatan tetinggi  di dunia.

1. TechCrunch.Com

Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Micheal Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek, Ketika ini, TechCrunch dikendalikan  oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi. Pendapatan yang diperolehi TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM600,000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000 (atau lebih kurang RM30,000).

2. Mashable.Com


Blog ini ditubuhkan oleh Pete Cashmore (patutla kaya, nama tok moyang dia pun 'Cashmore', memey dapat more cash sokmo la hehe), seorang konsultan Web berasal dari Scotland dan ketika ini diuruskan oleh 10 orang editor tetap. Blog dengan tag line  "The Social Media Guide" ini menggunakan rangkaian sosial media sebagai sasarannya. Berdiri sejak tahun 2005, Mashable kini telah menghasilkan pendapatan sekitar $180,000 (atau RM540,000) sebulan. Sumber penghasilan utama blog ini adalah dari iklan banner.

3. PerezHilton.Com


PerezHilton adalah blog berita selebriti yang dibuat dan dikendalikan oleh Mario Lavandeira. Namanya diambil sempena nama selebriti terkenal Paris Hilton. Blog ini bertema hiburan dan mengusung tag line "Celebrity Juice, Not From Concentrate". Ia berjaya memperoleh pendapatan sekitar $140,000 (RM420,000) setiap bulan. Sumber pendapatan utamanya juga berasal dai iklan banner.

4. Gothamist.Com



Gothamist adalah blog yang memaparkan pelbagai sisi lain kota New York. Dibuat  dan dikendalikan oleh Jake Dobkin, blog dengan tag line "New York City News, Foods, Arts and Events" ini banyak memperoleh keuntungan dari iklan PPC. Setiap bulan, pendapatannya mencapai angka $80,000 (RM240,000).

5. TimothySykes.Com



Blog ini, sempena nama peminilnya dikendalikan secara peribadi oleh Timothy Sykes, seorang usahawan dan pengurus hedge fund berasal dari Amerika Syarikat. Mengutarakan topik tentang dunia kewangan dan pelaburan, blog ini banyak mendapat keuntungan dari penjualan produk-produk affiliate pasaran kewangan. Blog ini membawa tag line "Short Selling Penny Stocks", membawa balik pendapatan sebanyak $80,000 (atau RM 240,000) sebulan.

P/S: Mungkinkah MBC di tempat ke-6 suatu hari nanti?hurmmm..kene letak wishlist ni hehehe~


Monday, December 03, 2012

Bad News+Good News=Monday Bluezzzzz~



Morning glory everyoneeeeee~*wat muker seposen*. Biasanya pagi Isnin ni ceria jer diri ini, tapi disebabkan 'kecelakaan' semalam terus jadi bluezz Monday..Tuesday..Wednesday...bla bla bla. Hurrmmmm, tu la tak mo dengar cakap incik somi ni la jadiknyer anim oiiiiii...!~

Dah berkali incik somi bagi warning order jangan dimasukkan bende2 merepek dalam bende empat segi tu..ko masukkan jugak! Dasar budak ketegaq ni la pesennyer!~Huwaaaaaa.....kini duniaku gulap gulita. HP Compaq CQ40 aku telah 'mati otak' @ atau istilah lainnya...da koma!

Tahula laptop aku tu old model, tapi tu la 'cinta hati' pertamaku..dan kini telah koma akibat perbuatanku sendiri...oh my laptop! *huh*

So, pagi ni akak pegi ofis dengan sugul sekali..korang mesti dapat rasakan kedukaan akak ni kan? Biler 'kotak hikmat' tidak berfungsi seperti dulu..tentu jiwa menjadi gelora, hati berkecamuk, perasaan tidak tenang..huhu.

However, life must go on right? At least ader satu berita gembira pagi ni yang akak terima...i won! heehehe bukan la menang kete Alphard ker atau iPhone5 tu kan, tapi menang GA dari Cik Kina huhu. So, muker ader senyum skit la pagi ni ahakzzzz~





P/S: Habis la CQ40 aku kene re-format balik! Ganti ngan nyawa baru..

Sunday, December 02, 2012

Sunday, December 02, 2012

Wahai 195 Member Sempoiku Jangan Tinggalkan Daku.


~Hehehehehehe~
korang tau dak ader widget terbaru 
iaitu Google+Followers.



Lama dah blogwalking terjumpa plak entri pasal mende ni.
Tapi baru arini nak buat mende alah ni.
Terima kasih kak mia liana yang beri info pasai ni (^_^)
Ya Allah, susah giler nak letak bende alah ni!
*pada akak susah ler hehe*
Sekarang akak dah pasang widget ni.
Harap2 korang dapat add akak yer (^_^).
Cara nak pasang widget ni senang jer
korang boleh tengok kat SINI

Jangan lupa akak yer (^_^)
Akak punya masih "kosong..kosong..kosong"
(ala2 Najwa Latif)
~Sekian wassalam~

Sunday, December 02, 2012

Segmen : Nak Banner + Doodle Dari Haziati Atiey


Tarikh Tutup : 2/12/2012 - 3/12/2012 2.30pm


Seriusss! Akak terpesona dengan kebulatan mata doodle kat atas ni! I know i have to get it..!Sumpah banner ni memey cute & simple. Kombinasi warna dengan rekaan doodle cumilssss sangat mempesonakan 2 biji mata akak. So, gegurls n bobois jom join segmen menarik ni ok. Akak memey tak tahu wat doodle ni, so i really depend on segmen yang macam ni huhu *kesiannnnn*.Simply klik banner di atas untuk join wokeh!~



Tema Banner + Doodle: Pink color tu gantikan dengan code warna : F689BC. Blue color tu gantikan dengan code warna : CC33FF. Love shape tu gantikan dengan code warna : FF0033 


Ayat : Hani Razhani (baris atas)
         http://rusukiri.blogspot.com(baris bawah)
        


Sunday, December 02, 2012

Padang Maut Kami


Morning glory everyoneeeeee!~Hamboi hamboi bangun lambat korang yer arini, mentang-mentang Harimau Malaya berjaya menewaskan  Indonesia 2-0 malam tadi. Tapi, gembira jugak perasaan ni dapat jugak Harimau Malaya meneruskan ngauman selepas ini. Garuda dah jadi 'Angry bird' hehehe, jangan marah garuda, cuba lagi wokeh!~


So, pagi ni akak bukan nak berceloteh pasai kemenangan semalam, ramai dah yang wat entri begitu so takyah la akak ulang bende yang sama ye dak, Tapi, akak nak citer pasai bende yang ada kaitan dengan bola iaitu padang bola. Bertuahnya kiter kan, ada stadium sendiri, padang bola sendiri untuk bermain walaupun rumput karpet tak berapa nak cantik heeeee. Even, hampir semua sekolah ader padang sendiri untuk pelajar melakukan aktiviti sukan & riadah.
Gambar: HM


Tapi, berlainan pula citernya tentang saudara kita di sana,,,di mana??Takkan luper dah kot sayammmmmmm~ Di Gaza la sayammmmmmmm...padang bola mereka sangat berbeza. Sangat berlainan dari segi struktur & kemudahan. Sangat berlainan dari segi keselesaan & keselamatan. Padang mereka tiada rumput hijau malah beralaskan runtuhan batu dan besi. Ditambah pula dengan peluru berpandu dari Israel & peluru hendap yang sentiasa disasarkan ke arah mereka. Ya Allah, kalu kiter la di tempat diaorg, boleh lagi ka kiter bermain bola? Boleh lagi ker kiter bersorak gumbira?


Kesan serangan Israel di kawasan sempadan pinggi Khuza'a yang
dikenali sebagai zon maut.


Namun, bagi kanak-kanak Gaza, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk melakukan aktiviti sukan @ bermain dengan rakan2 Mereka tetap bermain walau diancam peluru hendap oleh pihak musuh  setiap masa. Itulah yang dikenali sebagai Zon Maut. Cekal sungguh hati mereka kan..semoga Allah merahmati mereka selalu.

P/S: Tahniah pada Harimau Malaya (^_^). Auuummmmm! Ngauman semangat dari saya heeeeee~

Saturday, December 01, 2012

Saturday, December 01, 2012

Bongkah Ais Di Lautan Artik Mencair


Pemandangan dari atas; ais mencair di Nanavut, Utara Kanada

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi cuaca, World Meteorological Organization (WMO) di bawah PBB, bongkah ais di Lautan Artik yang sebesar saiz Amerika Syarikat sedang mencair dengan mendadak! Menurut Setiausaha Agung WMO, Michel Jarraud memberitahu bahawa peningkatan suhu global sepanjang tahun ini telah menyumbang kepada bongkah air itu mencair dengan cepat sekali.


foto tidak bertarikh menunjukkan bongkah ais mencair
di Laut Artik
Korang risau tak? Akak risau..sampai terbayang2 apakah akan jadi kalu habis bongkah ais tu cair?? Apakah aku akan mati kelemasan? huhu..dunia akhir zaman, banyak yang manusia telah lakukan atas muka bumi ini. Kerakusan manusia dalam merobek setiap inci keindahan alam semulajadi telah menukar ketenangan dengan pemanasan global yang akhirnya menyebabkan bongkah air sebesar AS tu boleh cair dengan cepat!

Hebat manusia ni kan...hebat merosakkan!

Saturday, December 01, 2012

Masjid Untuk Golongan Gay Bakal Dibuka??


Astaghifirullahalazim!Astaghifirullahalazim!Astaghifirullahalazim. Mengucap panjang akak biler terbaca artikel ni..!Patutlah Allah timpakan bala saban tahun pada kiter, rupanya manusia yang spesis begini la yang merosakkan kesucian agama Islam. Ya Allah, ternyata ini sumer memang menjelikkan, menyakitkan hati & rasa macam nak hempuk je mamat ni ke dinding!

Allah telah berfirman, yang bermaksud;

"Dan Allah (hendak membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubatmu, sedangkan (orang-orang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran), dengan penyelewangan yang besar bahayanya."

                                                                  (Surah An-Nisa' : Ayat 27)


Ludovic-Mohamed Zahed


Mamat mana yang akak maksudkan ni,korang nak tahu? Mamat ni mengaku muslim...dan juga gay! Ludovic-Mohamed Zahed memang tidak asing lagi bagi warga Gay di Paris. Rancangannya untuk menubuhkan sebuah masjid 'mesra-gay' dalam sebuah ruang kecil di rumah sami Buddha, kononnya untuk memberi kemudahan kepada orang muslim-gay untuk solat bersama & boleh bercampur lelaki dan perempuan (lesbian). Masjid ini juga membolehkan wanita menjadi imam untuk solat Jumaat! Ruang solat pula dibina dari cermin & menghadap sebuah taman yang dihiasai pelbagai simbol Buddha. Nauzubillahiminzalik!~


Masjid mesra-gay muslim di Paris

Namun, penubuhan masjid mesra-gay ini telah mendapat tentangan dari semua  insitusi Islam di sana.*Memang wajib pun ditentang!*. Astaghifurllahalazim, mohon janganlah benda begini berlaku di Malaysia. Tak sanggup rasanya duduk dalam komuniti sebegini, dah la amalan hidup tu salah..boleh plak ditubuhkan masjid untuk golongan yang dikutuk Allah & Nabi s.a.w.




Ingatlah, kiter sembahyang bukan ikut cara yang bagaimana kiter suka..tapi mesti mengikut aturan yang telah ditentukan Allah. Kalu dah begini jadiknya...dah tentu terpesong jauh!
Sesungguhnya, 'pemandangan jijik' ini telah melanggar fitrah Islam, dan mereka juga tergamak mempermainkan hukum Allah yang jelas & terang melarang hubungan sejenis, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

Dan Kami juga telah mengutus Luth kepada kaumnya, ingatlah tatkala dia berkata kepada mereka, "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah ituyang belum pernah dikerjakan oleh seseorang (di dunia ini) sebelummu?? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas"
                                                                                      ( Surah al-Araaf : Ayat 80-81)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.