Breaking

Friday, December 07, 2012

Friday, December 07, 2012

10 Tempat Aneh Tapi Ajaib!( Wajib Tengok)


Korang pernah terfikir untuk pergi ke tempat-tempat yang aneh tapi ajaib? Sesungguhnya, setiap sesuatu yang diciptakan Allah itu mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Dan kita sebagai hamba-hambaNya perlu rasa bersyukur di atas nikmat kurniaanNya. 

Jom kiter terjah 10 tempat aneh tapi ajaib *actually, akak more to amazed and terbeliak biji mata melihat keindahan yang Allah ciptakan untuk manusia ini*

                           Sambil2 baca tu ,Klik SINI..SINI..SINI & SINI yer (^_^)

1. Eisriesenwelt Ice Caves -Austria


Gua ais ini berbeza sekali dengan gua-gua biasa. Pencahayaan yang ada akan membuatkan anda merasa seperti berada di tempat yang jauh dari bumi, seperti sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan mecnapai panjang 40km.

2. The Richat Structure - Mauritania



Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) boleh dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada pula masih menjadi mister untuk dijelaskan oleh para saintis hingga ke hari ini.

3. The Stone Forest - China



Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya, Shilin, adalah batuan yang dibentuk dari air yang terus menerus menerpa permukaan dan mengikis batuan yang ada lalu meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang. Daerah ini dikenali semenjak zaman Dinasti Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'.

4. Blood Pond Hot Spring - Jepun



Kolam Air Panas atau Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas yang muncul di tempat ini sungguh indah. Namun, anda mungkin tidak mahu mandi di dalamnya kerana kolam ini mengandungi air yang berwarna merah akibat kandungan zat besi di dalamnya.

5. Vale da Lua - Brazil




Terjemahan bagi nama tempat ini adalah Bulan, yang merupakan lembat batu yang terhakis dari air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

6. Salar de Uyuni - Bolovia



Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dataran geyser dengan berbagai fantamorgana yang unik membuatkan anda merasa seperti tinggal di planet lain.

7. Kliku, The Spotted Lake - Kanada



Pada saat musim panas, air di danau ini akan menguap dan meniggalkan mineral yang ada mengkristal dan membentuk banyak kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada di dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangkan rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat merawat anggota mereka yang luka.

8. Rio Tinto - Sepanyol



Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh, sehingga mirip bulan. pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan semua penduduk desa berhampiran lombong tersebut harus dipindahkan ke tempat lain. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

9. Socotra Island - Lautan Hindia



Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh mengatakan yang anda baru saja diculik oleh 'alien'. Pemandangan Pulau Socotra yang sudah terisolasi dari benua terdekat, benua Afrika elama 6 @ 7 tahun ini sangat unik. Apatah lagi terdapat 700  spesis flora dan fauna paling jarang di dunia.

Tapi ia bukanlah tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat tinggal atau bermastautin, kerana suhu di pulau in sangat panas dan kering. Terdapat juga gua-gua di sini, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525meter. Malah, ader juga tumbuhan di sini yang sudah menjangkau usia 20 juta tahun.

10. Dry Valleys - Antartika



Lembah kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan ini tidak jauh bezanya dengan pemandangan di Planet Marikh. Tempat ini sama sekali tidak mempunyai salji sekaligus, merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Di dasar lembah ini, terdapat danau ais yang tebalnya beberapa meter. Dan dibawah danau ini terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih aneh lagi, ternyata di dalam air yang sangat masin tersebut ada makhluk yang boleh hidup!

Friday, December 07, 2012

Bertungku: Tradisional @ Moden?



Bertungku sememeynyer amat sinonim dengan berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Dulu-dulu, orang berpantang guna batu sungai, atau pun batu bata yang warna merah tu. Kini, di zaman canggih manggih ni muncul pulak tungku elektrik yang lebih senang dapat dan mudah diguna.*senang ker??*

Masa akak berpantang dulu, akak guna batu bata merah dan batu sungai untuk bertungku. Ader lagi dulu, jiran akak pernah menceritakan pengalamannya 'disalai' atas katil ketika dalam pantang. Alahaiiii...leih kurang macam salai daging tu la dik nonnnnn..letak bara api bawah katil, pastu kiter baring la atas katil cam biasa. Bahang dan kepanasan tu sebenarnya membantu pengaliran darah kiter lancar...tapi jangan panas sangat dik nonnnnn...kang korang jadi 'full cook' pulak hehehehee~*nak cantik dan sihat punyer pasai*

So, back to tungku elektrik ni ader juga pro n kontranya, baik dan buruknya. Baiknya, memey mudah dibawa kemana saja, nak panaskan masukkan soket, tekan suis on dan walllah! dah panasssssss.....Tapi, biler tang dia meletup tu yang tak best tu! Boleh jadi mudarat plak pada diri dan harta benda...macam artikel di atas tu.

Biler terleka sedikit, tungku tu akan meletupla sebab panas sangat. Kalu letak kat perut bukan takat lebur, terus terburai isi perut gamaknyer. 

Bertungku memey penting untuk menjaga kesihatan wanita, sebab urat yang kembang dan sejuk tak elok untuk ibu. Jadi, penggunaan tungku ni harus dititikberatkan dan buatlah pilihan yang bijak. 


P/S: Akak prefer batu sungai, walaupun kene tunggu lama tuk panaskannya, tapi syiookkkk biler dipijak dan ditepek kat perut...huhu. Rindu nak berpantang hehehe~

Thursday, December 06, 2012

Thursday, December 06, 2012

Taman Bunga "Hitachi Seaside" Di Jepun


Haaaaaaa korang ingat barang letrik jer guna brand Hitachi?? Taman bunga dia pun dibaginya nama Hitachi tau dak.Tapi keunikan dan kecantikan yang terdapat di Taman Bunga "Hitachi Seaside"  ini sangatlah menggamit perasaan sehinga rasa nak terus terbang ke sana dan melihat sendiri keindahan yang telah Allah ciptakan untuk manusia. Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah...

Sambil2 baca tu sudi2la klik iklan2 di atas (^_^)...mekasih~

Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepun disebut 'Hitachi Kaihin' adalah sebuah taman bunga yang  dan salah satu destinasi perlancongan terkenal di Jepun.



Info Ringkas :

  • Taman seluas 153.2 hektar ini terletak di Hitachinaka, Ibaraki berkdekatan dengan Pantai Ajigura.
  • Taman ini terkenal dengan pelbagai jenis bunga yang mekar pada musim-musim tertentu. Koleksi bunga yang terkenal di taman ini adalah bunga Nemophilas Biru. Nemophilas Biru mempunyai ciri-ciri khas kelopak biru lutcahaya.
  • Ketika musim bunga, lebih dari 4.5juta Nemophilas Biru tumbuh mekar di seluruh taman. Tempoh di mana bunga ini  mekar sering disebut dengan istilah "Nemophilia Harmony"
  • Selain terkenal dengan bunga Nemophilas Biru, taman taman Hitachi Seaside juga memiliki koleksi bunga lain yang tidak kurang cantiknya. Daffodils dan Tulips antara yang hidup subur dan mekar pada musim bunga. Nemophilia dan mawar mekar pada musim panas serta Kochia dan Kosmos mekar ketika musim luruh.
  • Taman Hitachi Seaside sebelum ini mempunyai keluasan hanya 3.5hektar, yang kemudiannya diperluaskan sehingga 153.2hektar ketika ini. 
Jom kiter terjah gambarnya pula :












Sumber : www.billyinfo.blogspot.com



P/S: Teringin jugak nak gi Jepun, tapi takut dengan radiasi di sana. Takpela, biar saya duk diam2 di sini jer yek!~(^_^)



Thursday, December 06, 2012

Durian Runtuh Di Bukit Gantang!


Wowwwweeeeeee! Durian kembali runtuh di Bukit Gantang! Saper suker makan durian sila cakap "wowweeeeeeeeeee!" hehehe. Bagi penggemar durian atau istilah yang lebih komersial skek 'HANTU DURIAN', acara makan durian macam ni pastinya ditunggu-tunggu kan kan kan (^_^)

Seperti tahun2 sebelumnya, tahun ini 'Pesta Jom Makan Durian' akan diadakan di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), selama TIGA hari bermula Jumaat(esok la, 7hb dik nonnnn) ini! 

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad, Mohd. Nizam berkata, pesta makan durian ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sebanyak 20 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak akan dibawa bagi mempromosi buah durian kepada pengguna lebuhraya.

So, gegurls n bobois yang maner nak travel ke arah Utara minggu ni bolehlah singgah di Hentian Sebelah Bukit Gantang tu nanti yer! Wowweeeeeee...korang hanya perlu bayar RM8 seorang untuk makan seberapa banyak buah durian yang korang mampu makan! Waahhhhhh! Syiok lerrrrrrr!~

Thursday, December 06, 2012

Adab Berjimak Menurut Islam


Sabda Rasulullah s.a.w, " Wahai Ali!Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s."

Larangan Ketika Ingin Melakukan Jimak 

  1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak. ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
  2. Jangan berjimak antara azan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
  3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan siteri berwuduk.  Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
  4. Jangan berjimak pada pertengahan nisfu syaaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.
  5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang meminta-minta.
  6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat banyak kebinasaan pada manusia.
  7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang munafiq, pelampau yang melampaui batas.
  8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
  9. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
  10. Jangan berjimak dengan istermu pada awal malam (sebelum Isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia melebihi akhirat.

Cara Berjimak Yang Dituntut

  1. Malam Isnin - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t
  2. Malam Selasa - Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Alah tidak akan azabkan (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
  3. Malam Khamis - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan orang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
  4. Sewaktu matahati di tengah langit - Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorangyang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
  5. Malam Jumaat - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
  6. Hari Jumaat selepas asar - Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.
  7. Malam Jumaat selepas Isyak yang terakhir - Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
  8. Bacalah doa berlindung dari syaitan - Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Adab Ketika Berjimak
  • Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara adab-adab bersetubuh , iaitu janganlah mendatangi isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik sahaja kedua-duanya melucutkan pakaian.

Janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu patut lebih-lebih lagi merasa malu. Rasulullah s.a.w di waktu baginda mendatangi isterinya, dia  menutupi kepadanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata "bertenang". Tidak menjadi soal sama ada mereka menghadap kiblat atau tidak.

  • Bercumbu-cumbu
Di antara sunnah Nabi s.a.w ialah sebelum berjimak, dimulakan dengan bercumbu-cumbuan dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w pernah berjenaka dengan isteri-isterinya. 

Sunat dimulakan dengan "Bismillah", kemudian membaca surah al-Ikhlas serta membaca takbir "Allahuakbar" dan tahlil. Kemudian menyebut, 

"Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku."

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas;

Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya ) lalu berdoa : (yang bermaksud)

"Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami."

Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

  • Mengeluarkan mani
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan dalam hati tanpa menggerakkan kedua bibirmu:

"Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain2). Tuhanmu Maha Berkuasa."


Kemudian, dia mengelakkan diri dari menghadap kiblat. Dia tidak menghadap arah kiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati kiblat.

Kemudian, apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncak nikmatnya, kerana inzal atau pancutan air mani isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya.

Sumber : billyinfo.blogspot.com

Thursday, December 06, 2012

Penjara Pudu..Dalam Kenangan.


Uikkksssss...semalam akak  dah citer panjang lebar pasai 10 Penjara Terteruk Di Dunia kan. Belum baca lagi??? Takper-takper korang BACA SINI k. So, per citer dengan Penjara Pudu ni? Memey ramai dah tahu Penjara Pudu ni dah lama 'terbongkang' dan terbiar setelah diruntuhkan beberapa tahun lalu.

Dan sekarang ader plan baru untuk menaiktarafkan kawasan tersebut. Perrrghhhh memey superb design baru yang akan menghiasa Bukit Bintang tu nanti. Tapi, adakah ia akan memberi manfaat kepada warganya? Itu, kiter sama-sama nanti dan saksikan k.

Aperpun, Penjara Pudu yang pernah menempatkan banduan-banduan ini juga pernah dijadikan tempat melawat oleh budak2 sekolah selepas ia ditutup. Tapi, akak seumur hidup tak pernah masuk sini huhu. Yang tinggal kini hanyalah pintu gerbangnya saja..Jom kiter terjah gambarnya.





Sudah 90% struktur bangunan ini yang menyembah bumi untuk memberi ruang kepada projek pembangunan berskala tinggi yang akan dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC). Pembangunan BBCC di kawasan seluas 7.6hektar ini akan membabitkan pembinaan 1,000 kondominium hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 billion!


Projek ini akan dilaksanakan dalam 6 fasa dengan keseluruhan kawasan ruang niaga 540,000 meter persegi dan dijangka siap dalam temph hingga 8 tahun atau pada 2015. 



Kerja-kerja pembinaan dijangka akan selesai sebelum pembinaan Menara Warisan 100 tingkat, Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (IFC) serta pembangunan semula Lapangan Terbang Sungai Besi. 



Sumber Info : mynewshubs

Penjara Pudu...Dalam Kenangan. Antara sejarah dan pembangunan.

Thursday, December 06, 2012

Siti Sarah & Shuib Tiada Persefahaman?


Sumber info : mynewshub
             

Pasangan romantis dan kecil molek ini akhirnya mengaku mereka tiada persefahaman lagi. Pelawak, Shuib dan isterinya, Siti Sarah berkata demikian kerana ketika berlakon bersama mereka berdua jarang menemui kata sepakat. (uikkssss...korang ingat haper tadi ha?hehehe)

Diaorg cuma tak sefahaman dalam lakonan jer..tak baik mikior yang negatip tau (^_^). Selepas ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan mereka bergandingan bersama mereka terpaksa menolak. Tak nak la diaorg ni gaduh pasai keje plak kan.

Tapi, kata Shuib bila bab persembahan bersama atas pentas ader plak sefahaman tu..ader kemistri gitu! Siap boleh buat lawak-lawak laki bini ni hehehe. 

Aperpun, semoga mereka terus ada kesefahaman antara satu sama lain, tak suker la nengok cerai sana cerai sini walaupun bende tak boleh nak elak kadang-kadang.

P/S : Shuib kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membuka kedai dobi Aquanano. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.