Breaking

Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Gempa Bumi Kuat Melanda Jepun

Orang ramai berkumpul di stesen keretapi Sendai,selepas operasi
 keretapi dihentikan akibat gempa bumi kuat yang melanda
timur laut Jepun pada 7 Disember.

Satu gempa bumi kuat yang berpusat di timur laut Jepun menggegarkan bangunan sejauh Tokyo dan mencetuskan tsunami setinggi satu meter di kawasan yang dilanda bencana iaitu Fukushima, tetapi tiada laporan kehilangan jiwa atau kerosakan yang serius.

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat telah menyebabkan beribu-ribu penduduk dari persisiran pantai diarahkan berpindah serta merta ke kawasan yang lebih tinggi, namun amaran tsunami kemudian ditarik balik dua jam selepas gegaran melanda kawasan itu. 

Berikutan itu, terdapat gegaran susulan bermagnitud 6.2 selepas gempa bumi pertama, diikuti gegaran bermagnitud 5.5 pada skala Richter.

Beberapa kejadian tsunami kecil juga dicatatkan, termasuk ombak setinggi 45sentimeter di Bandar Soma, yang terletak hanya di luar zon pemindahan sekitar Fukushima, tempat berlakunya kebocoran radiasi, tahun lepas.

Pada Mac 2011, gempa bumi dan tsunami telah meragut nyawa hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun, apabila loji nuklear Fukushima-Daiichi telah musnah dan membebaskan radiasi ke dalam udara dan air laut.

Jepun merupakan negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 minit .

Sumber: www.yahoo.com

Friday, December 07, 2012

Friday, December 07, 2012

Kalau Anda Benci Birokrasi..Baca Ini!


Boleh dikatakan malam ni sesi luahan jiwa kacau..kacau kerana birokrasi. Birokrasi...sangat sinonim dengan agensi kerajaan. Satu perkataan yang sangat dibenci oleh manusia sejagat! Kat maner2 kalu korang pegi mesti ader birokrasi. Birokrasi yang menyusahkan ...dan menjengkelkan! 

Ader yang cakap itu bukan birokrasi tetapi peraturan khusus yang perlu dipatuhi oleh kiter untuk berurusan dengan kerajaan atau agensi. Namun, bukan sumer peraturan itu memudahkan urusan kiter..malah kasi hati panassss lagi ader la!

Tak pernah dibuat orang, biler minta pengesahan butir2 peribadi, kene email request plak pada CC (chief clerk). Mazhab maner ko pakai? Nak confirm pun kene pakai email ker? Takleh bgtau kat tepon ker? Bukan ko yang kene siasat samada orang tu wujud atau tak, bukan nak kene spend time sampai setengah jam untuk bercakap di tepon...haisshhhh! Yang senang dah jadik susah..gara-gara birokrasi yang peliks dan jeliks ni!

Tak tahu la plak kalu jabatan lain pun gunapakai peraturan yang sama, kene email bagai baru nak layan..kalu tepon je tak layan. Apekejadahnyer ni?? Macam mana nak orang ramai nk berurusan dengan mudah kalu perkara gini pun perlu birokrasi.

Kalu urusan confirmation butir2 peribadi pun dah kene request guna email bagai, apatah lagi urusan lain..Oh please la! Be easy..not messy!


Friday, December 07, 2012

CQ40 Compaq...Goodbye My Love!~




Officially, CQ40 Compaq ku kini telah berkubur untuk selama-lamanya..huwaaaaa!huwaaa!Luluh hati dibuatnya rasa cam nak potong tangan ni gatai sangat! Dialah laptop pertamaku..yang menghubungkan aku dengan dunia maya. Pakai tak sampai 5 tahun lagi...tu laaaaa gara-gara bisikan syaitonirrrraajimmmm yang menghasutku untuk download GIMP, akhirnya padam terussssssssss CQ40 ku!

Sedih bukan kepalang, nyesal bukan jembalang aku dibuatnya! Mula-mula ingatkan rosak hardisk jer..check punyer check, alih-alih 'motherboard' plak troubleeeeeee! Terus incik somi cakap, " kalu dah motherboard rosak, tukar seketui je la terusss". Haaaaaa...hamik ko anim tu la tak mo dengar cakap somi ni la jadiknya! Daulat tinggi tul...!

Menggagau la aku nak carik laptop baru..kene tunggu bonus la nampaknya baru leh godek2 wallet ni. Hadoooowwww! Dugaan tul...! Mujur laptop incik somi ader, memey aku conquer la dulu wat masa ni hehehe.

P/S: Terpikat pulak pada Sony Windows 8 dengan processor i5 tu(^_^)


Friday, December 07, 2012

Yang Terbaik Hanya Sekali!


Sebelum balik ni, sempat lagi kot akak nak menceceh hehe. Maklum la..giler blogging! So, memey yang terbaik tu hanya datang sekali jer ye dak! Akak sedang bercakap dalam konteks perfileman tempatan. Seriously, dik nonnnn akak dah lama tak masuk pawagam sejak akak mengandungkan anak pertama hingga ke saat ini.(7 tahun dah)

So, korang jangan tanyala akak pasai "Istanbul Aku Datang Lagi" ker " Budak Pailang" ke " Sepah The Movie" ker...sumer tu akak tak amik 'port'. Still, akak dapat tengok biler incik somi download di pc hehehe.

So, biler akak baca mstar tadi, ader plak filem lama yang buat 'comeback'. Saper pernah tengok filem "Adik Manja"?? Picit jerawat laju-laju! hehehehe. So, kini telah ader plak "Adik Manja The Returns" versi 2012 yang bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi.

So, aper yang bestnyer citer ni?? Kalu dah kuar nanti pun, akak tak tengok dik nonnn. Akak tengok versi lama..tu pun kat tv jer huhu. Generasi X macam akak ni memey dah kenal sangat dengan filem ni, dari kecik sampai tua citer ni memey 'ever green' huhu.

Walaupun akak bukan lagi kaki wayang tegar seperti dahulu (which is good actually), namun dari pemerhatian peribadi akak, semua filem lama yang best atau terbaik biler dibuat 'comeback' atau versi baru, pasti melingkup!

Tengok sajalah filem2 seperti Azura 2012 & Sembilu 2005 dan beberapa filem lagi yang akak dah lupa (versi baru) tak berapa nak meletops berbanding filem asalnya. Tapi, mungkin juga telahan akak kali ini salah kan. Mungkin juga filem ini akan mendapat kutipan yang beribu-ribu lemon dari peminat di luar sana. 

Dah, siap sedia dah ni nak racing kat Federal..kiter sambung balik nanti plak yer! Ader citer bikin panasssssss~



Friday, December 07, 2012

M'sians Die Younger Than People in Conflict Zones: CIA



Huh! what's that all about with the title?? Is that a fact or what? Well, according to the research apparently  conducted by the CIA (Central Intelligence Agency) World Factbook, shows that Malaysians have a lower life expectancy than citizen in conflict zones like the Gaza Strip, Syria, Israel & Libya.

Ok, ok sudah2la speaking omputih tu, berbelit jari runcing akak ni nak menaip dik nonnnn hehehe. So, korang faham bunyi di atas? Wajibla fahammmm...korang sumer banyak yang lulusan U, pasti faham mudah kan. Malaysia telah jatuh 4 anak tangga tahun lepas untuk berada di kedudukan 112 daripada 222 negara, dengan anggaran jangka hayat 74.04 tahun(hmmm, macam carta lagu ERA plak dah)

Menurut kajian itu juga, jangka hayat bagi wanita Malaysia adalah pada anggaran 76.99 tahun , manakala lelaki pula mempunyai jangka hayat sehingga 71.28 tahun

"Jangka hayat ketika lahir adalah ukuran kualiti hidup secara keseluruhan dalam sesebuah negara dan ia dapat merumuskan index kematian untuk semua peringkat umur.

"Ia juga boleh diterjemahkan sebagai potensi dalam pelaburan membentuk modal insan dan sangat penting untuk mengira tahap variasi pengukuran sebenar.", kata CIA dalam penerbitannya.

Kajian CIA juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-58 dalam perbelanjaan kesihatan, di mana ia amat membimbangkan berbanding dengan negara ASEAN yang lain.(Yeah, thanks to KFC, McD and bla bla bla)

Berada di ranking pertama untuk life expectancy ialah Monaco (83.75 tahun), diikuti Macau (84.43 tahun), dan Jepun di tempat ke-3 dengan jangka hayat (83.91 tahun).

Singapore pula di ranking ke-4 (83.75 tahun), Britain pula di ranking ke-30 (80.17 tahun), Amerika di ranking ke-51 (78.49 tahun), Libya di kedudukan 61 dengan jangka hayat (77.83 tahun), dan Brunei di tempat ke-77 (76.37 tahun).

Source: CIA.gov
Friday, December 07, 2012

10 Tempat Aneh Tapi Ajaib!( Wajib Tengok)


Korang pernah terfikir untuk pergi ke tempat-tempat yang aneh tapi ajaib? Sesungguhnya, setiap sesuatu yang diciptakan Allah itu mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Dan kita sebagai hamba-hambaNya perlu rasa bersyukur di atas nikmat kurniaanNya. 

Jom kiter terjah 10 tempat aneh tapi ajaib *actually, akak more to amazed and terbeliak biji mata melihat keindahan yang Allah ciptakan untuk manusia ini*

                           Sambil2 baca tu ,Klik SINI..SINI..SINI & SINI yer (^_^)

1. Eisriesenwelt Ice Caves -Austria


Gua ais ini berbeza sekali dengan gua-gua biasa. Pencahayaan yang ada akan membuatkan anda merasa seperti berada di tempat yang jauh dari bumi, seperti sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan mecnapai panjang 40km.

2. The Richat Structure - Mauritania



Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) boleh dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada pula masih menjadi mister untuk dijelaskan oleh para saintis hingga ke hari ini.

3. The Stone Forest - China



Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya, Shilin, adalah batuan yang dibentuk dari air yang terus menerus menerpa permukaan dan mengikis batuan yang ada lalu meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang. Daerah ini dikenali semenjak zaman Dinasti Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'.

4. Blood Pond Hot Spring - Jepun



Kolam Air Panas atau Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas yang muncul di tempat ini sungguh indah. Namun, anda mungkin tidak mahu mandi di dalamnya kerana kolam ini mengandungi air yang berwarna merah akibat kandungan zat besi di dalamnya.

5. Vale da Lua - Brazil




Terjemahan bagi nama tempat ini adalah Bulan, yang merupakan lembat batu yang terhakis dari air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

6. Salar de Uyuni - Bolovia



Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dataran geyser dengan berbagai fantamorgana yang unik membuatkan anda merasa seperti tinggal di planet lain.

7. Kliku, The Spotted Lake - Kanada



Pada saat musim panas, air di danau ini akan menguap dan meniggalkan mineral yang ada mengkristal dan membentuk banyak kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada di dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangkan rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat merawat anggota mereka yang luka.

8. Rio Tinto - Sepanyol



Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah dan aneh, sehingga mirip bulan. pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan semua penduduk desa berhampiran lombong tersebut harus dipindahkan ke tempat lain. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

9. Socotra Island - Lautan Hindia



Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh mengatakan yang anda baru saja diculik oleh 'alien'. Pemandangan Pulau Socotra yang sudah terisolasi dari benua terdekat, benua Afrika elama 6 @ 7 tahun ini sangat unik. Apatah lagi terdapat 700  spesis flora dan fauna paling jarang di dunia.

Tapi ia bukanlah tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat tinggal atau bermastautin, kerana suhu di pulau in sangat panas dan kering. Terdapat juga gua-gua di sini, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525meter. Malah, ader juga tumbuhan di sini yang sudah menjangkau usia 20 juta tahun.

10. Dry Valleys - Antartika



Lembah kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan ini tidak jauh bezanya dengan pemandangan di Planet Marikh. Tempat ini sama sekali tidak mempunyai salji sekaligus, merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Di dasar lembah ini, terdapat danau ais yang tebalnya beberapa meter. Dan dibawah danau ini terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih aneh lagi, ternyata di dalam air yang sangat masin tersebut ada makhluk yang boleh hidup!

Friday, December 07, 2012

Bertungku: Tradisional @ Moden?



Bertungku sememeynyer amat sinonim dengan berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak. Dulu-dulu, orang berpantang guna batu sungai, atau pun batu bata yang warna merah tu. Kini, di zaman canggih manggih ni muncul pulak tungku elektrik yang lebih senang dapat dan mudah diguna.*senang ker??*

Masa akak berpantang dulu, akak guna batu bata merah dan batu sungai untuk bertungku. Ader lagi dulu, jiran akak pernah menceritakan pengalamannya 'disalai' atas katil ketika dalam pantang. Alahaiiii...leih kurang macam salai daging tu la dik nonnnnn..letak bara api bawah katil, pastu kiter baring la atas katil cam biasa. Bahang dan kepanasan tu sebenarnya membantu pengaliran darah kiter lancar...tapi jangan panas sangat dik nonnnnn...kang korang jadi 'full cook' pulak hehehehee~*nak cantik dan sihat punyer pasai*

So, back to tungku elektrik ni ader juga pro n kontranya, baik dan buruknya. Baiknya, memey mudah dibawa kemana saja, nak panaskan masukkan soket, tekan suis on dan walllah! dah panasssssss.....Tapi, biler tang dia meletup tu yang tak best tu! Boleh jadi mudarat plak pada diri dan harta benda...macam artikel di atas tu.

Biler terleka sedikit, tungku tu akan meletupla sebab panas sangat. Kalu letak kat perut bukan takat lebur, terus terburai isi perut gamaknyer. 

Bertungku memey penting untuk menjaga kesihatan wanita, sebab urat yang kembang dan sejuk tak elok untuk ibu. Jadi, penggunaan tungku ni harus dititikberatkan dan buatlah pilihan yang bijak. 


P/S: Akak prefer batu sungai, walaupun kene tunggu lama tuk panaskannya, tapi syiookkkk biler dipijak dan ditepek kat perut...huhu. Rindu nak berpantang hehehe~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.