Breaking

Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Info Terkini Apple Di Malaysia

Ianya baru diumumkan semalam, bermula 14 Disember ini, harga iPad mini di Malaysia akan bermula dari RM999 sahaja untuk wifi 16GB, jauh lebih murah berbanding harga di US dan Singapore, juga lebih murah dari iPod Touch, menarik! 

Kepada penggemar iPad mini jangan lepaskan peluang ini!

iPhone 5 official RRP in Malaysia : 16GB RM2199, 32GB RM2499, 64GB RM2799. Pembelian online boleh dilakukan jika anda malas menunggu Telko di Malaysia.



Pelan & Harga iPhone 5 daripada Maxis
bermula 14 Disember ini.



Sumber info : Oh Geekz!

Saturday, December 08, 2012

Wanita Menangis Di Mahkamah Kerana Disaman AES.





Seorang wanita yang disaman di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menangis di mahkamah Kuala Lumpur semalam, tetapi pulang dengan tersenyum lebar selepas majistret menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana kesilapan teknikal.

Soon Chooi Mee diperintahkan ke mahkamah majistret pagi semalam atas tuduhan tidak berhenti di lampu isyarat di Jalan Klang Lama di ibunegara.

Soon, 53, yang mengalami masalah pendegaran, hilang alat bantuan pendengarannya dalam satu rompakan dua hari lalu dan dia hampir tidak dapat mendengar soalan dari majistret Noorasyikin Sahat.

Apabila jurubahasa membaca kertas pertuduhan yang menyatakan Soon tidak berhenti di lampu isyarat ketika lampu merah sekitar jam 12 tengah malam, Soon berkata mengikut saman yang diterimanya, waktunya ialah sekitar jam 12 tengahari.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes itu untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

Bagaimanapun, mungkin kerana tekanan akibat rompakan pada malam Rabu, dan terpaksa pula hadir di mahkamah pada keesokannya, Soon kelihatan menangis.

Seorang peguam dan wartawan yang duduk berhampiran dengan Soon di mahkamah cuba menenangkannya. 

Tuduhan digugurkan

Apabila kes itu disambung semula kemudiannya, majistret Noorasyikin menggugurkan pertuduhan terhadap Soon kerana dua masa berlainan bagi tuduhan tersebut dalam saman dan kertas pertuduhan.

Soon kemudiannya berhenti menangis beredar dari mahkamah, sambil tersenyum.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sesak semalam dengan lebih daripada 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di mahkamah, menjadikannya bilangan terbesar yang hadir sejak beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, termasuk Soon, yang hadir untuk kes mereka didengar di mahkamah. Daripada jumlah itu, 13 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah.

Sumber : my.new.yahoo.com



Saturday, December 08, 2012

Gempa Bumi Kuat Melanda Jepun

Orang ramai berkumpul di stesen keretapi Sendai,selepas operasi
 keretapi dihentikan akibat gempa bumi kuat yang melanda
timur laut Jepun pada 7 Disember.

Satu gempa bumi kuat yang berpusat di timur laut Jepun menggegarkan bangunan sejauh Tokyo dan mencetuskan tsunami setinggi satu meter di kawasan yang dilanda bencana iaitu Fukushima, tetapi tiada laporan kehilangan jiwa atau kerosakan yang serius.

Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat telah menyebabkan beribu-ribu penduduk dari persisiran pantai diarahkan berpindah serta merta ke kawasan yang lebih tinggi, namun amaran tsunami kemudian ditarik balik dua jam selepas gegaran melanda kawasan itu. 

Berikutan itu, terdapat gegaran susulan bermagnitud 6.2 selepas gempa bumi pertama, diikuti gegaran bermagnitud 5.5 pada skala Richter.

Beberapa kejadian tsunami kecil juga dicatatkan, termasuk ombak setinggi 45sentimeter di Bandar Soma, yang terletak hanya di luar zon pemindahan sekitar Fukushima, tempat berlakunya kebocoran radiasi, tahun lepas.

Pada Mac 2011, gempa bumi dan tsunami telah meragut nyawa hampir 20,000 orang dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun, apabila loji nuklear Fukushima-Daiichi telah musnah dan membebaskan radiasi ke dalam udara dan air laut.

Jepun merupakan negara yang paling kerap dilanda gempa bumi dengan gegaran berlaku sekurang-kurangnya setiap 5 minit .

Sumber: www.yahoo.com

Friday, December 07, 2012

Friday, December 07, 2012

Kalau Anda Benci Birokrasi..Baca Ini!


Boleh dikatakan malam ni sesi luahan jiwa kacau..kacau kerana birokrasi. Birokrasi...sangat sinonim dengan agensi kerajaan. Satu perkataan yang sangat dibenci oleh manusia sejagat! Kat maner2 kalu korang pegi mesti ader birokrasi. Birokrasi yang menyusahkan ...dan menjengkelkan! 

Ader yang cakap itu bukan birokrasi tetapi peraturan khusus yang perlu dipatuhi oleh kiter untuk berurusan dengan kerajaan atau agensi. Namun, bukan sumer peraturan itu memudahkan urusan kiter..malah kasi hati panassss lagi ader la!

Tak pernah dibuat orang, biler minta pengesahan butir2 peribadi, kene email request plak pada CC (chief clerk). Mazhab maner ko pakai? Nak confirm pun kene pakai email ker? Takleh bgtau kat tepon ker? Bukan ko yang kene siasat samada orang tu wujud atau tak, bukan nak kene spend time sampai setengah jam untuk bercakap di tepon...haisshhhh! Yang senang dah jadik susah..gara-gara birokrasi yang peliks dan jeliks ni!

Tak tahu la plak kalu jabatan lain pun gunapakai peraturan yang sama, kene email bagai baru nak layan..kalu tepon je tak layan. Apekejadahnyer ni?? Macam mana nak orang ramai nk berurusan dengan mudah kalu perkara gini pun perlu birokrasi.

Kalu urusan confirmation butir2 peribadi pun dah kene request guna email bagai, apatah lagi urusan lain..Oh please la! Be easy..not messy!


Friday, December 07, 2012

CQ40 Compaq...Goodbye My Love!~




Officially, CQ40 Compaq ku kini telah berkubur untuk selama-lamanya..huwaaaaa!huwaaa!Luluh hati dibuatnya rasa cam nak potong tangan ni gatai sangat! Dialah laptop pertamaku..yang menghubungkan aku dengan dunia maya. Pakai tak sampai 5 tahun lagi...tu laaaaa gara-gara bisikan syaitonirrrraajimmmm yang menghasutku untuk download GIMP, akhirnya padam terussssssssss CQ40 ku!

Sedih bukan kepalang, nyesal bukan jembalang aku dibuatnya! Mula-mula ingatkan rosak hardisk jer..check punyer check, alih-alih 'motherboard' plak troubleeeeeee! Terus incik somi cakap, " kalu dah motherboard rosak, tukar seketui je la terusss". Haaaaaa...hamik ko anim tu la tak mo dengar cakap somi ni la jadiknya! Daulat tinggi tul...!

Menggagau la aku nak carik laptop baru..kene tunggu bonus la nampaknya baru leh godek2 wallet ni. Hadoooowwww! Dugaan tul...! Mujur laptop incik somi ader, memey aku conquer la dulu wat masa ni hehehe.

P/S: Terpikat pulak pada Sony Windows 8 dengan processor i5 tu(^_^)


Friday, December 07, 2012

Yang Terbaik Hanya Sekali!


Sebelum balik ni, sempat lagi kot akak nak menceceh hehe. Maklum la..giler blogging! So, memey yang terbaik tu hanya datang sekali jer ye dak! Akak sedang bercakap dalam konteks perfileman tempatan. Seriously, dik nonnnn akak dah lama tak masuk pawagam sejak akak mengandungkan anak pertama hingga ke saat ini.(7 tahun dah)

So, korang jangan tanyala akak pasai "Istanbul Aku Datang Lagi" ker " Budak Pailang" ke " Sepah The Movie" ker...sumer tu akak tak amik 'port'. Still, akak dapat tengok biler incik somi download di pc hehehe.

So, biler akak baca mstar tadi, ader plak filem lama yang buat 'comeback'. Saper pernah tengok filem "Adik Manja"?? Picit jerawat laju-laju! hehehehe. So, kini telah ader plak "Adik Manja The Returns" versi 2012 yang bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi.

So, aper yang bestnyer citer ni?? Kalu dah kuar nanti pun, akak tak tengok dik nonnn. Akak tengok versi lama..tu pun kat tv jer huhu. Generasi X macam akak ni memey dah kenal sangat dengan filem ni, dari kecik sampai tua citer ni memey 'ever green' huhu.

Walaupun akak bukan lagi kaki wayang tegar seperti dahulu (which is good actually), namun dari pemerhatian peribadi akak, semua filem lama yang best atau terbaik biler dibuat 'comeback' atau versi baru, pasti melingkup!

Tengok sajalah filem2 seperti Azura 2012 & Sembilu 2005 dan beberapa filem lagi yang akak dah lupa (versi baru) tak berapa nak meletops berbanding filem asalnya. Tapi, mungkin juga telahan akak kali ini salah kan. Mungkin juga filem ini akan mendapat kutipan yang beribu-ribu lemon dari peminat di luar sana. 

Dah, siap sedia dah ni nak racing kat Federal..kiter sambung balik nanti plak yer! Ader citer bikin panasssssss~



Friday, December 07, 2012

M'sians Die Younger Than People in Conflict Zones: CIA



Huh! what's that all about with the title?? Is that a fact or what? Well, according to the research apparently  conducted by the CIA (Central Intelligence Agency) World Factbook, shows that Malaysians have a lower life expectancy than citizen in conflict zones like the Gaza Strip, Syria, Israel & Libya.

Ok, ok sudah2la speaking omputih tu, berbelit jari runcing akak ni nak menaip dik nonnnn hehehe. So, korang faham bunyi di atas? Wajibla fahammmm...korang sumer banyak yang lulusan U, pasti faham mudah kan. Malaysia telah jatuh 4 anak tangga tahun lepas untuk berada di kedudukan 112 daripada 222 negara, dengan anggaran jangka hayat 74.04 tahun(hmmm, macam carta lagu ERA plak dah)

Menurut kajian itu juga, jangka hayat bagi wanita Malaysia adalah pada anggaran 76.99 tahun , manakala lelaki pula mempunyai jangka hayat sehingga 71.28 tahun

"Jangka hayat ketika lahir adalah ukuran kualiti hidup secara keseluruhan dalam sesebuah negara dan ia dapat merumuskan index kematian untuk semua peringkat umur.

"Ia juga boleh diterjemahkan sebagai potensi dalam pelaburan membentuk modal insan dan sangat penting untuk mengira tahap variasi pengukuran sebenar.", kata CIA dalam penerbitannya.

Kajian CIA juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-58 dalam perbelanjaan kesihatan, di mana ia amat membimbangkan berbanding dengan negara ASEAN yang lain.(Yeah, thanks to KFC, McD and bla bla bla)

Berada di ranking pertama untuk life expectancy ialah Monaco (83.75 tahun), diikuti Macau (84.43 tahun), dan Jepun di tempat ke-3 dengan jangka hayat (83.91 tahun).

Singapore pula di ranking ke-4 (83.75 tahun), Britain pula di ranking ke-30 (80.17 tahun), Amerika di ranking ke-51 (78.49 tahun), Libya di kedudukan 61 dengan jangka hayat (77.83 tahun), dan Brunei di tempat ke-77 (76.37 tahun).

Source: CIA.gov

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.