Breaking

Tuesday, December 11, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Perlu Tunggu Giliran.


klik untuk tumbesaran


Perlu tunggu giliran???? Wanita yang sarat mengandung, bile2 masa jer boleh melahirkan. Ditambah suami yang juga sakit sawan kini tiada tempat tinggal, dan mereka hanya menumpang tido di surau...masih perlu tunggu giliran??? Tiada pertimbangan langsung ker?? Tiada istilah budi bicara atau timbangrasa ker??

Mudahnya kami dipinggirkan. Just one question man...Do you have a heart??

Tuesday, December 11, 2012

RM40,000 Untuk Ubat Maut.



KUALA LUMPUR: Seorang warga emas kecewa selepas mendapati ubat tradisional yang dibeli daripada seorang jurujual dengan hara RM40,000 untuk merawat kanser hati dihidap isterinya yang didakwa mampu mengubati penyakit itu ternyata ubat palsu selepas kematian wanita kesayangannya itu di rumah mereka di Sentul, September lalu.

Aduhaiiii..sudah jatuh ditimpa tangga uncle ni. Dah la kene tipu, RM40,000 lesap, kematian isteri pula. Sabar ye Uncle. Pengaruh ubat tradisional memey kuat dan kebanyakan masyarakat kiter masih bergantung harap penggunaan ubat tradisional ini. Tapi, yang menjadi masalahnyer ialah kiter tidak pasti adakah ubat yang dikatakan berkesan itu mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Dan, natijahnyer apabila ditipu, bukan takat duit yang lesap. Yang tu lesap takper boleh dicari. Tapi, nyawa pula yang menjadi taruhannya. Lambakan ubat 'tradisional' di pasaran memey membimbangkan. Kadang2, akak nak beli madu lebah kat tepi jalan kaki lim @ di pasar2 pun takut. Dia kata tu madu lebah tualang, tapi biler kita terbalikkan botolnyer laju pulak madu tu jatuh (macam air). 

Aperpun, diharap kiter sumer mendapat pengajaran la dari uncle ni. Jangan terlalu percayakan orang yang takda tauliah dalam ubat-ubatan tradisional. Dan, selidik dahulu keberkesanan ubat tersebut sebelum diberi pada pesakit.

Nak baca lebih2?BACA SINI..
Tuesday, December 11, 2012

Belum Jalan Dah Pandai Berenang!


Seperti itik di dalam air....William (Kiri) dan Ellenita.

GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk erjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.*Ya Allah, comeeiiiiiiiiiiiii budak2 ni!*

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan keduan-duanya dilahirkan secara ceaserian enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat keetika bercuti bersama keluarga di Cyprus, Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.


William meniru kakaknya, Ellenita.

Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 35, membawa kembar berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang.

"Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sejauh 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.

Sumber: HM


P/S: Akak dulu umur 9 bulan berenang gak. Tapi berenang dalam air liur sendiri la dok meleleh gitu wakakaka~



Tuesday, December 11, 2012

Laptop Terbesar Di Dunia!Fuhhhh




Siap boleh posing maut mamat tu! Kalu la screen laptop tu rebah
mati tersepit gamaknyer dia yer~

Hah! hamik ko laptop besar gedabak ni hehehe. Bapak besar giler! Pameran lCeBIT ini telah diadakan di Hannover, Jerman oleh syarikat Fujitsu-Siemens. Nampaknyer mereka suke 'membesarkan' sesuatu yang kecil hehehe. Rasa-rasanya laptop sebesar ini mampu membunuh manusia, pecah kepala dibuatnyer kalu tetiba screen laptop tu jatuh. Laptop maksudnyer komputer riba kan? So, memey sesuai la ia diletak atas riba kite ye dak? Dah kalu besar gedabak macam ni, nak panggil aper??(^_^)




Monday, December 10, 2012

Monday, December 10, 2012

Ribuan Askar Israel Bunuh Diri Kerana Trauma.



Trauma akibat perang sememangnya biasa bagi mangsa-mangsa perang di mana-mana negara hatta di Palestin. Tapi, pelik sikit dalam hal perang di Gaza ni. Si pemangsa pulak yang TRAUMA! Tentera zionis laknatullah ini pun tidak terkecuali dari cengkaman trauma psikologi yang menimpa anggot-anggota  mereka, sehinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri!

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang,yang diketuai oleh Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel menghadapi tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.


"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dengan operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hari, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada di pihak yang benar.

"Selepas menemubual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya merasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah  manakala 17.4% menyedari tingkah laku mereka memalukan.

"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan al-Qassam.

"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur 8 tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya." kata Bleich.


Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi. 

"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri.", katanya.

Sumber : mynewshub

P/S:Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Monday, December 10, 2012

Genap 9 Tahun Mendongak Ke Langit



Wahhhh! tak sangka dah genap usia akak 9 tahun...eh eh...umur perkhidmatan akak 9 tahun ehehehehe. Kalu akak umur 9 tahun la ni, memey akak tak hadap la blog ni gamaknyer. Waktu tu sibuk menggelinjang kat tengah padang men galah panjang @ 'rounders'.

Mesti ader yang bertanya, naper akak cakap 'mendongak ke langit'? yek? *kalu takda yang bertanya, takper biar akak tanyakan wakakakaka*~ Ader aper kat langit tu? Emas ker? Artis K-Pop ker?hikhikhikhik~

Profession akak ni kalu tak mendongak ke langit takleh buat keje hehehe. Tapi, untuk bahagian2 tertentu je la. Kalu dulu akak mendongak ke langit, sekarang ni akak memandang ke pc jer uruskan data2. Itulah antara perjalanan kerjaya seorang yang bergelar Meteorologists.

Pengalaman Semasa Diinterbiu

Pada tarikh ini, 9 tahun yang lalu, aku memulakan langkah kerjayaku di sini. Tiada perasaan khusus yang dapatku gambarkan ketika itu, melainkan takut, gugup, 'blur' dan rasa "cepatla habisss, aku nak blah la camni!". Seriously, apa2 pasai jabatan ni akak memey ZERO waktu tu! Yang akak harap cuma akak boleh dapat keje jer heeeee~

Dah la pagi tu gugup tak habis, kene plak no.1 dipanggil interbiu! Mau gugup kuasa tiga aku kat situ! Dengan berbekalkan muker skema yang melampau, aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik interbiu oleh seorang pegawai. Korang tau, waktu interview akak masa tu, interviewer tu ada tanya satu soalan berkaitan dengan jenis-jenis awan.

Pegawai: "Boleh berikan saya satu jenis awan yang awak tahu?"
Aku: "Errrrr....errmmmm...saya tak tahu tuan"

Makkkkkkk! Aku raser nak menjerit jer waktu! Macam maner aku boleh tak tahu jenis-jenis awan ni???Masa tu terasa sangat diri ini kebengongan sebab tak baca buku pasal awan dulu sebelum gi interbiu hehehehe.

Tapi, memey nak jadi rezeki la kan, akhirnya aku diterima jugak bekerja di sini. Tapi, dik nonnn jangan la korang buat macam akak buat tadi...memey kene wat reasearch dulu sebelum kiter dipanggil interbiu hahaha.

Setelah habis training 6 bulan di HQ akak mintak transfer keluar dari KL. Sebab akak nak carik angin baru, kawan baru & boyfriend baru waktu tu wakakakaka~Haiittt! 

Kini, selepas 7 tahun merantau akak kembali ke KL untuk meneruskan tugas akak di sini. Perrghhh! seronok giler duk merantau ni dik nonnnn...kalu ditakdirkan korang kene berpindah keluar dari tempat korang dibesarkan, maka ambillah peluang ini! Tambah2, yang masih single tu, ambillah peluang ini untuk kenal tempat baru, orang baru dan environment baru.

So, kalu korang apply job samada untuk government @ swasta, pastikan korang bersedia untuk menghadapi interbiu tu..jangan jadik cam akak! Kes akak ni cuma ada 1 dalam 10,000 jer hehehe.

P/S: Soalan paling femes dulu waktu kene ngorat,"Awak, arini ujan tak?" 


Monday, December 10, 2012

Dan Bila Cemburu Giler Memakan Diri!




Fuhhhhh! Dah baca paper pagi ni? Lum lagi?? Takper, korang baca entri akak ni dulu k. Cemburu...sifat yang secara fitrahnya ader pada sumer orang, terutama pada suami isteri. Kata banyak orang, "Cemburu tandanya sayang". Tapi dik nonnn...kalu gini ghupernyer cemburu sayang, sampai tangan kaki naik ke badan isteri, yang menjadi pelengkap tulang rusuk kiri kaum suami, ini bukan cemburu sayang yer anak-anak..ini CEMBURU GILER! 

Ye la, akak maklum dan faham mungkin si suami 'darah panas' umur pun baru 22 tahun. Akak kawen dulu pun umur 22 tahun jugak..samala ngan somi akak. Jadi, kematangan dalam mula2 nak melayari  bahtera tu dulu memey kadang2 agak mencabar. Dalam hal ini, akak tidak mahu menuding jari mengatakan si suami tu salah atau si isteri tu yang menjadi puncanya. Namun, kayu pengukur kebahagiaan sesebuah rumah tangga bukan bergantung semata-mata kepada rasa cemburu pada pasangan. 

Yang isteri kene menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak menjadi fitnah yang boleh mencetuskan rasa curiga suaminya. Terutama, bagi wanita berkerjaya..kadang2 bercampur berborak sesama rakan sekerja lelaki, itu juga boleh mengundang fitnah tanpa kiter sedari.. Tambah2, ader pulak mulut longkang kat opis tu yang ternampak 'kemesraan' si isteri dengan rakan sekerja lelaki lain, memey sampai la 'bau busuk' tu pada si suami.

Si suami juga perlulah selidiki dahulu, tanya dulu, pastikan betul2 adakah itu hanya fitnah atau tidak. Jangan main terajang jer isteri mung!*hah, kan dah kuar loghat ganu*. Tu isteri mung bukan bola. Sayangilah pasangan kamu, dan sekiranya ader antara kamu yang membuat salah maka berbincanglah, bercakaplah dan bermuhasabahlah dengan baik. 

Nak baca lagi pasai berita di atas?? 



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.