Something in my head
Thursday, December 13, 2012
Jangan Ganggu Aku!~
Afternoon everyoneeee!~ Dah lunch sumer? Akak on diet today hehehe *diet la sangatttttt!*. Terasa bengang tahap gaban arini. Puas dah ngelak tak tahu nak tepis camner lagi dah!~
Semalam dia call, arini dia call lagi..apekejadahnyer ni???! Macam orang giler talak dah plak! Dah aku cakap aku taknak...aku taknak la!~ Tiap-tiap hari call ayat mesti nak 'bunga-bunga'. Bukan gini caranya. Waktu bercinta dulu pun takda lagu ni. Mengapa mesti kacau akuuuuuuuuuu????
Huhu, oh tadi tu adalah luahan seorang gadis pemalu *ye, perasan saje ni*...antara yang menjadi mangsa 'panggilan' dari MBSB untuk menarik minat buat loan dengan mereka.
Wahahahaha~korang ingat haper haaa?? Drama petang Jumaat??
Haaa yang ni memey drama la, tapi drama 5 minit jer..malas nak layan lama2. Jadi tensi plak kang. Ughhhhh! bengang giler! Bagi adik2 manis yang masih belajar, belum keje lagi..takper korang selamat buat masa ni. Nanti korang dah keje especially ngan gomen, dan biler korang ader buat loan ngan bank baru diaorg ni akan mula mengganggugugat keamanan korang hehehe~
Dah semalam dia call..pempuan. Arini sambung plak...lelaki. Aku tunggu call lain, lain plak yang dapat. Takkan mereka takda buku rekod panggilan?? Menawarkan 'bunga' yang rendah untuk hapuskan segala hutang piutangku..... Maaf En./Cik Anon, saya tak berminat nak berurusan dengan company awak buat masa ni.*minta dijauhkan dari segala beban hutang *
MBSB: "Assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan Cik Hanim?"
Aku: " Yeee...saya bercakap".*korang tau, dari tone dia tu akak dah tahu dah dia dari mana. So, jawab malas2 la hehe*
MBSB: "Saya dari MBSB, cik ader buat pinjaman dengan maner2 bank?" *ayat sopan konon2 tak tahu la tu..kalu aku takda buat pinjaman camner ko boleh dapat butiran aku..sam dol!*~
Aku: "Oh...semalam ada orang call saya dah." *hee kejam tak aku?? terus aku caras peluang dia nak 'pancing' aku*
MBSB: "Oh...yang interest 3.7% tu yer?" *tone kesian*
Aku: "Iyerrrr....."
MBSB: "So, aper keputusan cik?" *eh eh dia nih....nak 'melawan' lagi ni!*
Aku: "Takpela...saya tak berminat lagi la" *direct..harap dia faham la*
MBSB: "Ohhh..belum berminat lagi la ni yer" *cissss, ko suker suki jer tukar ayat aku kan!*
Aku: "A'ah..."
MBSB: "Ok la cik, terima kasih yer"
Fuhhhh! jenuh nak layan..cakap kaso kang tak baik plak. Aku bukan jenis suka cakap kaso2 tambah2 ngan orang tak kenal ni. dia cakap baik, aku jawab baik la. Tapi, mana leh tepon ari2 derrrr...orang nak keje ni derrr. Ko tepon sekali dah la derrr..nanti ko buat orang bengang je derrr...!~