Breaking

Monday, December 17, 2012

Monday, December 17, 2012

Wajah Comel Mangsa Serangan Di Connecticut

Polisi penggunaan senjata api yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat telah meragut banyak nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Berikut adalah antara foto wajah anak-anak comel yang menjadi mangsa tembakan rambang di Sekolah Sandy Hook, Connecticut;
Grace Audrey McDonnell, 7 years.

Charlotte Bacon, 6 years.

Emilie Parker, 6 years.

Olivia Engel, 6 years.

Noah Pozner, 6 years.

Jessica Rekos, 6 years.

Dylan Hockley, 6 years.

Daniel Barden, 7 years.

Ana Marquez-Greene, 6 years.

Josephine Gay, 7 years.
Caroline Previdi, 6 years.

Sunday, December 16, 2012

Sunday, December 16, 2012

5 Ciptaan Manusia Yang Pelik Tapi Hebat


Pelik tapi hebat, guaner tu? Tak tahulah...sebab kat Malaysia belum ader lagi ciptaan seumpama itu. Tapi, di tempat lain kiter boleh tengok ciptaan yang pelik dicipta manusia. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu nikmat yang tiada pada makhluk lain selain manusia, iaitu akal dan kebolehan mencipta! Jom kiter terjah 5 ciptaan manusia yang dikatakan pelik~

1. 
THE MILLAU VIADUCT- jambatan yang tertinggi di dunia;
menghubungkan antara Perancis dan Barcelona.


2.
Tempat parking konsep baru di Jerman

3.

Halte bus berhawa dingin pertama di dunia, di Dubai.

4.

Lif terlaju di dunia,di bangunan di Taipei 101 tingkat. Lifnya
boleh naik dari tingkat 5 menuju tingkat 89 dalam masa 39 saat.

5.
Restoran bawah laut yang boleh dilihat dari dalam , dibuka di
New Zealand.


P/S: Walaupun ciptaan manusia hebat , namun mana dapat menandingi ciptaan Pencipta kepada semua makhluk. Nak tengok hebat ke tidak...tengoklah pada diri anda. Itulah tanda Allah Maha Hebat!Allahuakbar~



Sunday, December 16, 2012

A Letter To Santa Claus from A Muslim Kid


Setiap agama mempunyai perayaan khusus untuk diraikan oleh penganut-penganutnya. Begitu juga dengan penganut agama Kristian yang meraikan Krismas tanggal 25hb Disember setiap tahun. Tapi, kiter sebagai orang Islam HARAM meraikannya dalam apa jua keadaan, mahupun dengan ucapan kerana dalam Islam tidak pernah mengatakan bahawa Nabi Isa a.s yang mereka panggil Jesus Christ lahir pada 25hb Disember.

Sebab tu, biler mereka kata "Merry Christmas", kiter hanya boleh menjawab dengan jawapan, "Happy Holiday" sebab kalu kiter turut sama menjawab Merry Christmas, maka kiter juga mengakui Nabi Ia a.s dilahirkan pada hari tersebut...which is wrong! Walau dengan niat perpaduan sekali pun kiter tak boleh wish yang sama dengan mereka, kerana agama kiter lebih utama, ingat ye anak2 hehehe~

Tapi, sebagai menghormati perayaan mereka, maka kiter boleh mengucapkan Happy Holiday, tidak menjadi kesalahan kalu ucap begitu kerana memey ari tu pun Public Holiday kan hehehe. Di sini, salah satu contoh budaya atau nilai menghormati yang ditonjolkan oleh seorang kanak-kanak Islam.


foto mynewshub

P/S: If Santa happens to read this in my blog, hope he can spread some answer hehehe~







Sunday, December 16, 2012

Galaxy Note III: Sebab Utama Aku Main Kutu

Afternoon everyoneee!~Baru jer cadang nak manja-manja ngan Galaxy Note II biler kami singgah di kedai Seng Heng Pandan Jaya minggu lepas.Mula-mula akak usha laptop Toshiba Windows 8 tu jer, tapi biler terjeling pada Galaxy Note II, mata akak dah tak pandang lain..even incik somi wahahaha~*gelak jahat*



Dan tetiba, biler akak godek2 info untuk tahu aper lagi kelebihan Galaxy Note II ni, ader plak version terbaru yang akan dikeluarkan oleh pihak Samsung awal tahun depan. Walaupun ia belum dipastikan sendiri oleh Samsung, namun akhbar Korean Times memberitahu, Samsung sedang membangunkan Galaxy Note III  dengan skrin bersaiz 6.3 inci OLED padanya. Tak pasti samada skrin bersaiz besar ini praktikal untuk Galaxy Note III, tapi pada pengamatan akak, ramai juga yang suka gunakan Tab 7.0 yang berskrin besar tu. Sesuai untuk tangkap gambar dan juga boleh buat panggilan telefon!

Selain daripada Galaxy Note III, Samsung turut akan memperkenalkan telefon pintar mereka, Galaxy S4 sekitar bulan Mac atau April 2013 depan. 

Urrghhh!Teruk la macam ni...akak dah berbelah bagii plak hehehe. Kedua-dua pun tempting! Tinggal lagi ongkosnya jugak mesti tempting kan~hehehehehe. Takper, start bulan 1 ni akak mula men kutu, boleh la kot dapatkan salah satu......atau dua-dua......uurghhhhh!Nafsu...nafsu.....

Sunday, December 16, 2012

Suka Pakai Lipstick?Mai Baca Ni!~



Wanita dan lipstick memang tak boleh dipisahkan, lebih kurang macam 'kembar'. Di mana ader wanita, di situ ader lisptick (i mean dalam handbag diaorg). Except me....i dont have lipstick (true dik nonnn, last time i had it on my lips about....7 years ago, on my wedding!). Kalu ader perompak gincu di sini, dan handbag akak kene ragut masa tu i'm sure he will dissapointed..big time! Coz dalam handbag akak memey takde gincu..even bedak make-up pun! Uollsss takka jumper satu alat make-up pun dalam beg akak hehehe, dunno y~ When most of women LOVE to spend money on this beauty 'tool', akak pilih untuk look natural with my natural lip color hehehe. Even mak & kakak pun pakai jugak masa pegi keje dulu, tak tahula naper akak tak ikut diaorg yek~

Kiter sumer tahu, perbagai variasi lipstick & lip balm yang ada di pasaran sekarang. Pelbagai jenama, jenama mewah, jenama 'cokia' sumer pun senang nak dapat. Tapi, walau semahal mana pun lipstick yang korang gunakan ia memang boleh membahayakan kesihatan korang *apatah lagi yang cap ayam kan*. Nak tahu kenapa & bagaimana ia merbahaya kepada ktier? Jom kiter terjah!~

Satu kajian telah dibuat ke atas 22 jenama gincu dan mendapati 55% daripadanya mengandungi surih plumbum. Underwriter Laboratories mendedahkan bahawa 12 sampel produk bibir diuji positif bagi bahan toksik dengan tahap tertinggi 3.22 bahagian per juta.

Mengulas mengenai penemuan Dr. Sean Palfrey, pengarah perubatan untuk Program Pencegahan Keracuan Utama Boston, beliau memberi amaran bahawa walaupun tahap pendedahan kepada plumbum adalah rendah, namun ia mampu menimbulkan risiko kesihatan yang serius dan boleh menjejaskan kesihatan mental.

Beliau memberitahu, Good Morning America (GMA) yang ditugaskan untuk kajian tersebut,  berkata, "Apa yang kita tahu sekarang adalah bahawa walaupun tahap kandungan plumbum adalah terendah namun, ia oleh memudaratkan IQ anda, tingkah laku anda, keupayaan anda untuk belajar."

Ramai aktivis anti-plumbum juga menekankan keperluan untuk melindungi kanak-kanak dan wanita hamil. Dr. Halyna Breslawec, Ketua Saintis Majlis untuk Produk Penjagaan Peribadi menambah, "Jika anda serius mengenai aspek-aspek kesihatan berkenaan dengan keracuan plumbum, anda tidak akan melihat gincu"

Satu kajian yang dijalankan oleh FDA mendapati, tahap plumbum yang tertinggi dlam gincu adalah 7 bahagian per juta. Dan satu lagi kajian yang dijalankan awal tahun ini mendedahkan bahawa 400 warna gincu popular mengandungi jumla surih plmbum.

Jenama gincu seperti L'oreal, Maybelline, Cover Girl, NARS, dan Stargazer termasuk dalam senarai 10 teratas, menyebabkan FDA membuat penilaian samada ia patut direkomen sebagai melampaui had sedia ada.



Sunday, December 16, 2012

Apa Kelebihan Kondom Wanita?

Pernah dengan tentang kondom wanita?? Serius, ini kali pertama akak dengar hahaha. Kalu dulu, orang perempuan kalu takut dirogol, mereka akan mengenakan cawat besi dan hanya suami mereka saja yang ader kunci untuk membukanya.

Tapi, zaman sekarang mungkin kaedah tu dah tak sesuai kot..jadi, sekumpulan penyelidik dari London ni pun mencipta kondom untuk wanita.

Kondom wanita

Sekumpulan pakar telah mencipta kondom wanita yang boleh mencegah kehamilan dan melindungi mereka dari penyakit kelamin (STD) bawaan seksual, dan mampu larut secara beransur-ansur. 

Penyelidik di Unversiti Washington (UW) menghasilkan kondom istimewa ini daripada mikrofiber kecil melalui kaedah yang dipanggil 'electrospinning'. Ia direka dari gentian seperti kain ditenun dan jaringan yang sangat halus yang akan 'hilang' dengan sendiri selepas digunakan sama ada dalam masa beberapa minit atau beberapa hari.

Kondom ini bukan sahaja akan menghalang sperma masuk, malah ia boleh melepaskan campuran kuat ubat anti-HIV dan kontraseptif hormon. (pencegahan kehamilan)

Penolong Professor Biokejuruteraan di UW, Kim Woodrow berkata,"Impian kami adalah untuk mewujudkan produk wanita yang boleh digunakan untuk melindungi diri mereka dari jangkitan HIV dan kehamilan yang tidak diingini.

"Kami mempunyai cara untuk berbuat demikian. Ia benar-benar berkesan dan membolehkan seseorang wanita menggunakannya."

Woodrow turut bekerjasama dengan Emily Krogstad dan Cameron Ball, kedua-duanya adalah pelajar tahun akhir yang terbabit dalam projek berkenaan.

Ball menmbah," Kaedah ini membolehkan pelepasan terkawal beberapa sebatian kandungan. Kami mampu mengubah gentian tersebut untuk tujuan kegunaan lain."

Walaupun penyelidik bersetuju teknologi bahan ini adalah dilindungi, namun mereka mengakui orang ramai mungkin akan meraguinya.

"Pada masa seks, adakah orang akan benar-benar menggunakannya? Disitulah ia mula mempunya beberapa pilihan yang sedang bermain dalam fikiran," kata Krogstad kepada University Washington.

Sumber:dailymail.co.uk
Sunday, December 16, 2012

Teksi Oh Teksi!


Morning glory everyoneee!~Sepatutnya arini kami sekeluarga sudah berada di suatu tempat di Taman Metropolitan Kepong sempena hari Family Day yang dianjurkan oleh TUDM. Tapi, perancangan Allah Maha Hebat, disebabkan kami juga kene balik kampung arini, maka kami mengambil keputusan untuk berehat sajer di rumah, Kesian juga kat anak2 kene bangun awal pagi setiap hari, so arini akak bagi diaorg kelonggaran skek!~

Kat maner2 kiter pergi pun, mesti terserempak dengan teksi, kan? Pengalaman akak dengan pemandu teksi ni kebanyakkannya lebih kepada negatif dari positif. Suka akak menyatakan di sini bahawa rata2 pemandu teksi tak kira di mana jua yang akak terserempak, sumernyer KUANG AJO belaka! Tak tahulah sebab aper yer? Badi teksi tu ke yang menyebabkan diaorg bersikap kuang ajo atau memang dah perangai macam tu?

Malam tadi, 3 kejadian berasingan berlaku depan mata, sangat merbahaya malah menyakitkan hati jer.

Insiden Pertama: Sebuah teksi melalui di lorong kanan tapi kelajuannya macam siput babi, bila bagi 'high-beam' dia buat dekkkkkk jer. Bila dihon pun dia buat pekakkkkk je. Dah orang belakang hon kat dia bagai nak tercabut stereng dibuatnyer *bukan akak, akak lorong tengah*

Insiden Kedua: Selepas trafik light, ader plak sebuah teksi berhenti betul2 belakang trafik light yang berhadapan dengan jalan semata2 untuk ambil penumpang yang menahannya di atas tebing hitam putih tu. Dalam kes ini, akak masukkan sekali penumpang dan pemandu teksi tu sama2 'low-class', sebab tak fikir ker, ader kete belakang yang cukup2 ruang je untuk lalu di lorong tu dan ko plak pergi berhentikan teksi ko di situ.

Insiden Ketiga: Yang ni hangin jugak ler, dari trafik light di simpang, kiter ingatkan dia nak drive terus di jalan besar, rupanya dia hanya nak amik 'side' untuk berhentikan teksinya di tepi divider jalan untuk turunkan penumpang! Dengan takda bagi signal arah, dah tu berhenti di tempat yang sah2 bukan tempat yang selamat, memang pemandu teksi ni nak kene balik spanar laju2!

Dalam satu malam 3 insiden berbeza membabitkan teksi, itu menunjukkan kualiti pemanduan di Malaysia ni masih dalam kategori SAMPAH!Akak tak kata semua, tapi memang ada....

So, kalu ada ahli keluarga korang yang memandu teksi, please jangan marah yer. Insiden ini benar2 berlaku dan sangatlah merbahaya, sebab melibatkan nyawa orang lain. Kalu dia sorang yang tanggung sakit takperla..nak buat wheelie pun boleh. Sentiasalah berhemah biler bawak kereta tu, ringan2kanlah jari tuk petik lampu signal, bukan kene bayar pun! Dan jangan berhenti ikut suker suki jer semata2 nak kejar penumpang. Ajo skek penumpang tu suruh berhenti di tempat yang sepatutnya.

Penat dah akak menceceh pagi ni, tapi puas hehe..



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.