Breaking

Friday, January 04, 2013

Friday, January 04, 2013

Popia Otak-Otak

Penat badan masih tak ilang lagi dek tersangkut dalam 'jam' dekat Sg. Besi membawak sampai ke susur keluar ke Kg. Pandan. Letih kakiku dok tekan 'clutch'..minyak..'clutch'..minyak. Tapi, tu citer selepasnya..ni akak nak habak kat hang pa suma pasai iter sebelumnya hehehe.

Hang pa suma tau kan ayaq takda di kebanyakan kawasan di KL, Gombak & Cheras. Akak plak duduk tingkat 2 jenuh la akak ngan incik somi angkut ayaq tau. Nak basuh baju punya la susah, nak antaq laundry pun, laundry bukan ada ayaq. So, akak tumpang basuh baju kat umah kawan akak di Loke Yew.

Sebenaqnya, arini dah masuk 2 hari akak tumpang basuh baju kat umah kawan akak tu. Mujuq dia ada membantu huhu. So, petang tadi dalam kelebatan hujan yang teramat sangat kami selamat sampai la kat umah dia. Tengah akak dok nunggu baju siap, kawan akak pun pelawa hidangan yang istimewa ni. Akak belum pernah lagi jumpa ni...korang pernah makan tak?


Inilah popia otak-otak. Actually, akak baru kenal, tengok dan rasa arini haha. Memey akak ni agak ketinggalan jugak dalam bab makan2 ni. Tengok je la, pagi tadi baru sempat merasa duyan crepe, padahal orang lain dah lama kenyang menghadap bende tu haha. Hey, better late than never kan hehehe.

Popia otak-otak ni kawan akak beli dari kawan di opis yang beli dari IKS. Pada akak, memey kreatif la bila otak-otak digabungkan dengan kulit popia. Biasanya, kiter makan otak-otak yang dibalut dalam daun nyok tu je kan...tapi yang ni memey terbaik!



Cer tengok isi dia..perrghhhh padat dengan isi otak-otak tau. Memey sedap sangat, kulit rasa rangup, isi dalam rasa perfect! Sempat jugak la akak rembat 3 @ 4 keping hehe..konon nak cover kesopanan dan kesusilaan padahal dalam hati "Sodappppp la pulak, nak lagi nak lagi!" hehehe.


So, biler dah tekak dan perut dah terpikat dengan rasa popia otak-otak ni memey wajibla akak nak order plak kan hehehe. Oh yer, sebelum tu otak-otak yang biasa akak makan di warung tu paling mahal 70 sen sebiji *or sekeping*. Tapi, popia otak-otak ni hanya RM13 untuk lebih kurang 30 biji...berbaloi baloi dik nonnnnn!~ (^_^)

Friday, January 04, 2013

Orang Tua Tak Masuk Syurga.

Nabi Muhammad s.a.w sangat terkenal dengan keperibadian yang mulia. Baginda sangat dihormati dan disayangi oleh orang-orang muda, belia dan juga warga emas. Keperibadian baginda yang mulia serta budi pekerti yang tinggi menjadikan Rasulullah senang didampingi oleh sesiapapun.


Malah, baginda suka berjenaka dan menyenangkan hati orang-orang tua. 

Pernah pada suatu ketika, seorang wanita tua bertanya kepada baginda," Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t supaya aku dapat masuk syurga." 

Lalu baginda bersabda," Orang-orang tua tidak masuk syurga".

Maka, wanita tua itu menangis. Melihatkan wajahnya yang sedih dan sugul itu, Rasulullah s.a.w senyum dan menyambung," Kamu tidak tua pada hari itu" (Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa seseorang memasuk syurga, dia tidak akan memasukinya dalam keadaan tua, tetapi dalam keadaan muda dan cantik)

Mendengarkan penjelasan baginda itu, wanita tua tadi kembali menguntum senyuman.

Allah telah berfirman yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang menyenangkan dan  sebaya(yang tidak pernah disentuh). Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya."
                                                            (Surah al-Waqiah: Ayat 35-37)

Jelas bahawa bergurau dan berjenaka adalah fitrah bagi manusia termasuk baginda sediri. Selagi ia tidak mengaibkan dan menyakiti hati orang lain.


Friday, January 04, 2013

Baru Ku Tahu....


Morning glory everyoneeeee!~Sekejap jer dah nak hujung minggu kan? Lega hati akak biler anak2 senang nak gi sekolah dan mereka pun enjoy dengan sekolah baru mereka. Maka, dengan serta mertanya selera makan akak kembali membuak2 hehehe.

Pagi tadi lepas anto anak2 ke sekolah, akak singgah la kat Mahkamah nak beli bekpes walhal dah tahu kat opis arini ader buat jamuan makan lagi. Kuat makan betul akak ni! Tak padan dengan kurusnya! Aperpun, kurus ker berisi ker yang penting sihat kan kan kan kan....hehehe.

So, masa dok skodeng2 makanan aper yang nak dimasukkan dalam tempolok kosong ni, akak terjeling la plak pada suatu jenis makanan yang ramai sangat dok giler makan sekarang ni. Korang pun ramai jugak yang buat entri pasai makanan ni...ader yang kata sedap..ader yang kata lazat...ader yang "mmmmm....yummeyyyy!".

Jadi, dah alang2 ader jual akak pun 'grab' la satu kan...RM10 hengget! Tapi, akak dah tahu dah pasai akak dok baca entri korang hehehe so, RM10 tuk 5 ketui tu ok la kot. Tapi, belum rasa lagi tau...kiter amik bau dulu...Jom!


Haaaaa dah amik bau?? Naper cam pelik jer durian crepe ni yek? Haaa kalu nak tahu naper nampak macam terbelah kat tengah tu sebab akak nak bagi skek pada opismate akak. Tak molekla kalu kiter makan sorang2 kan, rezeki yang baik elok kiter kongsi bersama kan...terutama makanan hehehe. So, beginilah ghupernyer durian crepe yang orang dok giler makan sangat tuuuuuuu....."Oooohhhhhh, camni durian crepe yeeeee", akak cakap dalam hati hehe.

Bila dah rasa....PERRRGGHHHHHH!Memey hok ni sedapppppppp! Giler menyengat sedap dia! Patutla korang dok kata durian crepe sedap..durian crepe lazat..memey sodappp! Opismate akak pun kata sodappp hehehe. Wah wah wah wah! kayo la hok sek2 yang rajin wat duyan (durian) crepe ni. Urrghhhhh tak cukup laaaaaaa (^_^)


Wednesday, January 02, 2013

Wednesday, January 02, 2013

Fatin Natasha Airin


Lama dah kenit tak jumpa minah sorang ni, masa kecik2 dulu kerap jugak dia datang Desa Pandan. Waktu tu pun kenit masih bersekolah lagi. Kenit memey berahi dengan babies, so dia merupakan anak buah kesayangan, dan cucu pertama dalam keluarga mak & abah. 

Dah beso dah anak dara yang sorang ni, padahal masa baby dulu kenit suka timang-timang dia, bawak gi jenjalan di taman. Cucu sulung la katakan, memang manja ngan sumer orang. Sekarang dah beso panjang, ikut gen kenit. Gen apa? gen TINGGI. Atin lebih tinggi dari mamanya. Hah! nampak sangat mama tu 'rendang' kan mihmihmih. 

Dan kenit baru perasan yang kenit tak pernah ada gambar bersamanya, tapi masa babies dulu ada la. Tapi, takleh lotak sini pasai masa tu kenit 'free hair' lagi huhu. Bila dah meningkat remaja ni, takda satu pun gambar dia ngan kenit. So, ari tu memey kenit niat nak abadikan gambar dia dan kenit bersama. Itu pun nak kono bopakso baru dio nakkkk!Botuah punyo budak..!




Habih tudung mama dio dipakainyo. Dengan den2 sekali pun sobat tudung mama dio hehehe. Atin dah darjah 6 tahun, bererti tahun ni dia akan menghadapi UPSR. Sekejap jer masa berlalu kan..dulu dia kecik besar tapak tangan jer, skrg nak pegang tangan dia manja2 pun taknak dah huhu. Memey budak ni pinterrrrrrr, tapi dia macam papa dia jugak MINAT BOLA. Sampai dia pun ado baju bola...haisshhhh!Jangan tak tahu, walaupun dia minat tengok bola, tapi masih punya ramai peminat lelaki di sekolah hahaha. But i love her though i don't show it to her. Moga Atin jadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup wokeh!~(^_^)

P/S: Macam adik beradik je kan kami dalam gambar ni wakakakaka~
Wednesday, January 02, 2013

My Pearls Dah Sekolah!

Afternoon adik2 comelsss!~ Selamat bersekolah pada yang dah mula bersekolah hari ini. Dan selamat memulakan sem. anda pada yang belajar di universiti/kolej. Hari ini juga merupakan hari bersejarah buat akak dan incik somi, sebab dua2 my Pearls dah sekolah!Woweeeeee....!~

Memang akak excited, sampai pukul 12 tghari tadi pun, akak belum jamah satu aper pun! Rekod kan???Kalu tak pagi2 lagi akak dan menyantap mee goreng ker, nasi lemak ker hehehe. Tapi, arini takde selera betul sebab excited bercampur sebak bercampur risau bercampur tawakal...sumer ader la~

Kali ni akak pulak yang TERover excited mengalahkan anak2 sendiri hehehe. Dari malam tadi, dok packing barang2 tuk nursery diaorg sampai la ke pagi ni, akak je la yang banyak cakap dari dalam kete sampai la ke sekolah. 

Dan, dari semalam jugak akak dok 'tarbiyah' diaorg pasal sekolah baru, terutama pada Mira yang baru nak belajar menyesuaikan diri di sekolah baru. Maklumla, dia kan baru 4 tahun, asyik cakap,"Mira kan kecik lagi buuu...Mira taknak sekolah Mira nak ibuuuu." Adehhhh, penat akak pujuk dia tau suruh gi sekolah, siap kasi 'rasuah' stokin baru, baju jalan2 baru, kasut baru,seluar kecik pun ibu belikan baru, semata2 nak bagi Mira rasa 'fun' pegi sekolah.

Alhamdulillah, senang jugak diaorg bangkit pagi tadi walaupun semalam dok layan citer Karate Kid tu sampai tak sedor dah tghmalam hehee~


My Precious Pearls- Ready nak gi sekolah~
Seperti yang dijangka pagi tadi memey jam agak teruk la, tapi kami kuar awal so sampai awal hou yeaaaaa!~(^_^). Pastu, kami bawak Wani & Mira gi makan dulu, kasi 'cool down' dulu la kononnya, tapi diaorg taknak makan pulokkkkk!~





Beginilah ghuper diaorg pagi tadi waktu bekpes, itupun ibu & ayah jela yang bekpes hehehe. Wani & Mira terlampau excited sampai tak lalu makan ehehehehehe~

So, biler dah sampai depan sekolah, muker masing2 dah 'kelam' macam awan di langit, rasa2 nak 'mendung' rasa2 nak 'ujan' tapi belum nak 'ujan' hehehehe.

Sebelum masuk sekolah-Wani dah monyok,
Mira maintain senyum lagi hehe.

Termenung jauh nampak cik kak?hehehe
She tried to senyum, tapi macam nak nangis pun ader
hehehee
Monyok je kan?hehehe tapi akak tabik sprinngggggg pada my Pearls, memang diaorg tahan air mata waktu akak anto diaorg masuk ke kelas masing2. Kalu tahun lepas siap, nangis peluk mintak balik, tahun ni especially Mira dah boleh 'control' nangis walaupun masa akak nak balik tu dia dah buat muker bajet nak teriak hehehe *jahat ibu banyak kali ketawa dah ni!*

Mira tak gatal tengkuk pun, tp tgh nak control
jangan nangis~hehe

Mira dalam kelas baru.

Have fun sayang, jangan nangis2 yer (^_^)

So, basically everything went well for both of them. Tak tahulah lepas akak balik tu diaorg bantai teriak dalam kelas kan. But, i know they are strong and brave young girls...Ibu proud of you My Pearls! And, still tika saat ini pun akak tak lalu nak MAKANNNNNNNN!~Macam ini boleh kasi tambah kurus maaa hehehe.

P/S: Can't wait to see them again!(^_^)


Tuesday, January 01, 2013

Tuesday, January 01, 2013

Macam Mana Kalendar Dicipta?


Kalendar atau takwim telah menjadi rujukan utama manusia sejak pertama kali ia wujud. Tanpa kalendar, kita tak mungkin mengetahui hari ini hari apa, atau bulan depan bulan yang ke berapa. Dengan adanya kalendar atau takwim ini, kita juga dapat merancang sebarang aktiviti bagi memudahkan urusan seharian selama bertahun-tahun.

Namun, bukan semua yang mengetahui sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan seharian.

Sebelum kita memahami mengenai kalendar atau takwim, perlulah kita mengetahui definisi kalendar itu sendiri. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.

Tarikh sesuatu hari itu ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan & matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contoh jenis kalendar yang menggunakan sistem ini alah Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.

Kalendar Lunar @ Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contoh kalendar yang menggunakan sistem ini ialah Takwim Hijrah. Manakala, bagi Kalendar Lunisolar pula, mengikut kedua2 bulan dan matahari. Kalendar Cina menggunakan sistem ini.

Direkodkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala, minggu bagi setiap bulan adalah 3 minggu 10 hari.


Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 365 ¼ hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (seperti dalam kalendar Gregorian). Mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.

Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap 4 tahun sekali.

Dalam sistem kalendar kini, hampur semua negara mengikut kaedah yang sama iaitu merujuk kepada Kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan Kalendar Julian yang 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada bulan Februari.

Jika ditanya kaedah atau kalendar mana yang paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.

Kalendar Islam

Kalendar Islam atau lebih dikenali sebagai takwim Hijrah atau takwim Islam adalah Kalendar Lunar, digunakan dikebanyakkan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.


Kalendar ini berdasarkan fasa bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Setiap bulan mengandungi 29 hari atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setipa bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, maka hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Penerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan bulan ini ialah Kab Ibn Murrah, datuk ke-5 Rasulullah s.a.w. Perisitiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim Hirah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat Ali Ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan  Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi, hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Kalendar Cina

Kalendar Cina menggunakan sistem kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan Kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.


Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.

Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pemubukaan bangunan baru.

Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai 'kalendar pertanian' manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai 'kalendar umum' atau 'kalendar Barat'.

Kalendar Julian

Kalendar Julian diperkenalkan pada tahun 46 Sebelum Masihi oleh Julius Ceasar dan mula digunakan pada tahun 45 Sebelum Masihi. Kalendar ini dipilih selepas rundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparhus lagi.




Tahun Julian merangkumi 365 hari dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap 4 tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.

Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih digunakan oleh kebanyakan Gereja Ortodoks hingga ke hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.

sumber: berita harian, google,billyinfo.blogspot.com
Tuesday, January 01, 2013

BRIM 2.0: Apa Dah Jadi?



"Apa nak jadi...apa nak jadi...janji Januari, dapat Februari."(ala2 S.M.Salim gituuu). Haaaa apa dah jadik ni???Janji Januari, alih2 kuarnyer Februari pulakkkk. Adeehhhh, kesian kat orang2 yang berkenaan dok tunggu la BRIM 2.0 ni. 

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BRIM 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah-Malaysiakini.com

Hmmmm tunggu je la labuuuuuuuuu...jangan jadi janji dicapati sudah la labuuuuuuu.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.