Breaking

Monday, April 15, 2013

Monday, April 15, 2013

Undi Pos.


Assalamualaikum!~

Sekarang ni kat tv dah kuar banyak iklan berbentuk nyanyian yang mengajak orang ramai untuk kuar mengundi 5 Mei nanti. Di mana-mana saja Kenit tengok 'kemeriahan' pacakan bendera parti-parti tertentu mengalahkan lampu tanglung ketupat yang biasa digantung bila menjelang hari raya hehe.


Monday, April 15, 2013

Biografi Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah)

Assalamualaikum!~

Kehangatan PRU13 kali ini bakal terserlah lagi dengan kemunculan buku biografi Kak WanCerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita bakal menemui anda di seluruh negara tidak lama lagi. Ini telah disahkan oleh penulisnya sendiri, Ustaz Zahiruddin Zabidi di halaman Facebooknya. 


sumber: fb
Monday, April 15, 2013

10 Laptop Paling Laris Di Dunia.

Assalamualaikum!~

Tak dinafikan laptop menjadi gajet pilihan untuk semua peringkat umur masa kini. Bentuknya yang menarik, portable dan dilengkapi dengan bateri yang mampu bertahan lama menjadikan ia gajet wajib dimiliki setiap orang yang ingin merasai kecanggihan teknologi perkomputeran.

Dari komputer di atas meja sehingga menjadi komputer riba (laptop), gajet pilihan ini telah melalui proses revolusinya yang tersendiri dan semakin berkembang setiap saat bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Jom kiter terjah laptop mana paling laris! Mungkin laptop anda salah satu darinya...! Kita countdown yek!

Sunday, April 14, 2013

Sunday, April 14, 2013

6 Jenis Bahan Makanan Yang Anda Tidak Sedar Ada Dalam Makanan Anda.

Assalamualaikum!~

Tahukah anda makanan yang anda makan sekarang mungkin mengandungi kandungan bahan yang terlarang tanpa anda sedari? Tekstur, bau dan rasanya yang sedap tidak langsung menimbulkan persoalan apa yang membuatkannya sedap dan tahan lama? Namun, realitinya bahan-bahan asing ini banyak terdapat dalam makanan kita seharian terutama makanan mentah yang diimport dari luar negara. Eeewwwww!






Ammonia

Anda mungkin pernah dengar "pink slime", bahan yang meragukan, dicampurkan bersama daging dan ammonia yang telah menjadi kebanggaan di setiap restoran dan pasaraya. Menu burger pasti menjadi pujaan ramai selama berdekad lamanya. Maklum balas mengenai penggunaan "slime" (lendir) - juga dikenali lemak daging lembu atau LFTB) awal tahun ini menyaksikan pemberhentian penghasilan produk daging oleh Beef Products Inc., salah satu pengeluar terbesar produk di US.


Kelenjar Memerang (Beaver Glands)


Anda akan menemui castoreum, kelenjar kering perineal daripada memerang, digunakan sebagai perasa strawberry, raspberry atau vanilla dalam sesetengah gula-gula, gula-gula getah, gelatin dan puding.


Rambut manusia, bulu babi atau bulu itik



Apabila anda menemui perkataan L-Cysteine pada label kandungan roti atau bagels, ketahuilah ia adalah asid amino yang diperolehi dari rambut atau bulu.


Semburan Virus (Sprayed-on Viruses)


Untuk memerangi ancaman ListeriaFood and Drug Administration (FDA) membenarkan pengeluar makanan menyembur produk daging mereka dengan Bacteriophages, yang mana ia turut digunakan di hospital-hospital untuk membunuh kuman.


Anggota Serangga (Insect Parts)


Kumbang betina Lac memberikan bahan shellac - juga dipanggil sebagai "confectioner's glaze" - digunakan dalam pembuatan gula-gula dan buah-buahan (dan perabot ) berkilat. Carmine, biasa digunakan sebagai pewarna makanan (merah) untuk jus buah-buahan dan gula-gula, adalah diambil dari kulit kumbang padang pasir.


Pulpa Kayu (Wood Pulp)


Kepingan kecil serat tumbuh-tumbuhan dan kayu yang dipanggil tepung selulosa digunakan dalam pembuatan ice-cream lemak rendah yang penuh berkrim. Ia juga digunakan untuk mencegah pembungkusan materi pada keju yang dikisar.


Kesimpulannya, pastikan kita tahu barang yang hendak kita gunakan itu tidak mempunyai mana2 bahan-bahan seperti di atas. Pengguna perlu bijak memastikan bahawa tiada kandungan yang membahayakan atau menjijikkan pada produk tersebut sebelum diguna. Sila periksa label kandungan dalam produk terutama produk yang datang dari luar negara. 

Terjah yang ni jugak:

Friday, April 12, 2013

Friday, April 12, 2013

Kufur Yang Membinasakan!

Assalamualaikum!~

Menggeleng kepala Kenit membaca sebuah artikel dari paper berbahasa Melayu tentang ramalan fengshui yang mengatakan kemenangan buat BN. Apa dah jadi ni?? Kenit mengandaikan penulis ini mungkin seorang Melayu yang beragama Islam.

Bagi segelintir pembaca, mungkin penulisan sebegini dipandang biasa atau remeh. Tiada apa yang perlu dipertikaikan atau diragukan. Tidak banyak pula yang mempersoalkannya. Namun, bagi Kenit secara peribadi artikel sebegini boleh 'membinasakan'....


Friday, April 12, 2013

Pengumuman: Gangguan Bekalan Air Di Wilayah Gombak & Kuala Lumpur.

Assalamualaikum!~




Rumah Kenit turut terjejas dengan gangguan air ni. Start dari malam tadi dah takda air. Namun, notis gangguan air ni ramai yang tahu lagi kan? Bagi yang takda tangki air simpanan atau tempayan, bolehla sediakan lebih dari satu mulai sekarang sebab dijangkakan gangguan bekalan air ini akan berlarutan sehingga 4 atau 5 hari bermula hari ini.

Gangguan ini berlaku berikutan kejadian paip (jenis mild steel) dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves. Jom kita tengok kawasan mana yang terjejas.
Friday, April 12, 2013

My Pearls & Perfume.

Assalamualaikum!~

Don't know what to think, don't know how to describe but i guess the title says it all lol. Lately, Kenit tengok memang dua budak kicik ni suke melaram. Dulu mintak gincu, now dia mintak perfume. Eh, ada pulak sponsor yang generous pi bagi perfume kat diaorg pulakkkkkk (Pak Jelannnnnn.....). Dan, sekarang setiap pagi pas mandi pakai baju sekolah, mesti celet perfume kat baju...owhhhhh overrrrrrrrr!

Kenit pun tak macam ni masa kecik2 dulu (cerita benar tau). Jangankan kata perfume, gincu pun Kenit tak berani mintak ngan mak dulu. Maklumla, budak tengah lasak, pakai tshirt ngan suar pendek, pi panjat bukit pastu meluncur turun naik kotak! Apekejadahnya pulak Kenit nak pakai gincu kan? hehe. So gincu.....eeewwwwww!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.