Breaking

Friday, April 19, 2013

Friday, April 19, 2013

Dunia Magika - Part 2

Assalamualaikum!~

Semalam giliran Mira pulak pegi Pusat Sains Negara. Macam biasalah, dalam kete kakaknya yang terlebih kecoh bercerita berbanding adiknya. Tapi, kenapa Mira macam takda perasaan je yek?

"seronok adik gi Pusat Sains Negara arini?"

"seronokkkkk....." Pastu dia buat muka gini


Friday, April 19, 2013

Bayi Anda Boleh Berenang.

Assalamualaikum!~

Alololo cute je tengok baby di atas terapung2 di atas air kan? Cam relax je dia kan. Mak duduk kat tepi kolam dok perhati ja baby dia berenang keriangan dalam ayaq. Sikit pun takda rasa panik.


Cer bayangkan kalu baby kita plak yang terapung2 dalam kolam tu? haaaaaa konpom haru mak pak jerit mintak tolong, tak pun jadi bidan terjun dalam kolam pi selamatkan anak hehehe. 


gambar hiasan - tapi cute kan?

Thursday, April 18, 2013

Thursday, April 18, 2013

Dunia Magika - Part 1


Assalamualaikum!~

Terujanya anak dara sulungku menceritakan pengalaman pertamanya mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara semalam. Inilah kali pertama dia ikut rombongan sekolah buat lawatan. Dulu masa umur 5 tahun, sekolah tadika lama tu tak buat lawatan, tu yang dia ter'jakun' sesangat tu hehe...kesian anak ibu.

Punyelah excitednya dia cerita apa yang dia jumpa dan tengok kat sana.
Thursday, April 18, 2013

Cerita Kak Wan - Citra Pesona Seorang Wanita Kini Dijual!

Assalamualaikum!~

Ingat lagi tak Kenit pernah tulis pasai penulisan buku Birografi Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah) minggu lepas? Pada yang belum berkesempatan baca, bolehlah terjah SINI. Masa tu buku ini belum lagi available di mana-mana kedai atau secara online.


Cerita Kak Wan ditulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidin 
Thursday, April 18, 2013

10 Corak Bendera Untuk Bendera Politik Malaysia.

Assalamualaikum!~

Sekarang ni kat mana2 pun 'perang' bendera dah semakin sengit Kenit tengok. Atas tembok, pagar, tebing, tiang letrik, bumbung flat, tangki air dan ampaian baju pun jadi 'mangsa' politik mereka! hahaha. Takpa takpa...semangat masing-masing ye dop?

Mungkinkah 10 corak bendera ini boleh juga digunakan untuk memeriahkan 'perang' bendera antara mereka? hehehe. Jom kita terjah!~


Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Mengapa Kita Mengigau?

Assalamualaikum!~

Bila kali terakhir anda mengigau? hehe. Kenit jarang mengigau tapi mak cakap masa Kenit kecik2 dulu Kenit  kerap gak mengigau. Tu pasal la tiap kali nak tido mak cakap, "Nim, nak tido gi basuh kaki tu dulu...kang mengigau kang". Dengan penuh kemalasan dek kemengantukan Kenit pun 'merangkak' la gi basuh kaki hehe. Tapi, kadang2.....alaaaaaaa ngantukkkkkk! gedebush krohhhh krohhhhh muahaha~



gambar hiasan


So, mengigau ni banyak caranya kan. Ada yang bangun berjalan, mulut terkumat kamit, meracau-racau macam dikejar anjing, yang gelak ketawa dalam tido pun ada! Anak2 Kenit tidak terlepas dari fenomena mengigau ni haha. Walaupun dah basuh kaki, tangan dan muka, still diaorg mengigau. Bila dah diajar baca doa sebelum tido alhamdulillah kurangla sikit mengigaunya. Tapi, kadang2 kalau siangnya diaorg bantai main kaw-kaw punyer, malam mengigau pun kaw-kaw la hehehe.


Apa itu mengigau?

  • Mengigau dikategorikan sebagai parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Keadaan itu amat biasa berlaku dan tidak dianggap sebagai masalah perubatan. Punca orang mengigau biasanya dikaitkan dengan ubat-ubatan tertentu, emosi, tekanan, demam, gangguan kesihatan mental, dan penyalahgunaan zat. 

Mengapa kita mengigau?
  • mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam. 
  • tekanan dan trauma juga boleh menyebabkan kita mengigau. Terutama trauma yang berkait langsung dengan diri kita (macam baru kene samun dsbgnya). Secara tak langsung trauma yang kita alami itu akan dipindahkan ketika dalam tidur dan kita mengigau. Selain itu, demam yang tinggi, kurang tidur dan pengambilan kafein dan alkohol turut menyumbang kepada mengigau.
  • mengigau tidak berbahaya kerana ia hanyalah mainan tidur. Setakat ini, belum ada cara untuk menghentikan kebiasaan itu. Tapi, bagi yang sudah biasa mengigau, mungkin ini akan memudaratkan anda sooner or later. Cuba bayangkan kalau anda mengigau berjalan di luar rumah waktu malam dengan kenderaan lalu lalang...sudah tentu ia akan mengundang bahaya kan.

Adakah mengigau akan memberi kesan buruk kepada kita?
  • Ya, sekiranya ia tidak dicegah dan dirawat. Mengigau bukanlah suatu penyakit tetapi ia lebih kepada pola tidur yang tidak betul. Maka, sebelum tidur kita disarankan bertenang. Bagi yang mengalami igauan yang serius, mungkin anda ingin berjumpa doktor psikologi dan mendapatkan ubat.
  • Mengigau bukan hanya terkesan kepada yang mengalaminya. Orang (suami/isteri) di sebelah juga akan mendapat kesannya. Mungkin ada yang tidak kisah dan lali namun, tak kurang juga yang merungut kerana tak lena tidur hehehe.


Bagaimana Untuk Elakkan Dari Mengigau?

Sesungguhnya Islam itu syumul dan penuh dengan adab disetiap perbuatannya, sampaikan nak tidur pun punya adab tersendiri yang boleh kita gunakan sebagai panduan. Apatah lagi ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

  • tidur awal dan mengambil wuduk
  • bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud
  • membaca doa sebelum tidur
  • membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan
  • tidur atas lambung sebelah kanan dan 
  • mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.


Jadi, pada sesiapa yang mengalami fenomena mengigau ni mungkin anda perlu mencari jalan untuk merawatnya. Bolehlah amalkan sunnah Rasulullah s.a.w seperti di atas, dan jangan lupa doa banyak2 kat Allah minta dijauhkan dari tabiat yang tak baik. Wallahualam~

P/S: Semoga malam ni jangan ada yang mengigau!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.