Video
Sunday, May 26, 2013
Barakallah Big Boh!
Assalamualaikum!~
Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.
Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.
Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.
TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
(^_^)