Jom Tambah Ilmu
Saturday, July 06, 2013
Mari Mengenali Dajjal Al-Masih - Part 3
Assalamualaikum!~
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL
(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)
1- Membawa syurga dan neraka
Huzaifah berkata Rasulullah saw bersabda "Ada bersamanya (dajjal) syurga dan neraka. Sesungguhnya nerakanya adalah syurga, dan syurganya adalah neraka"
[HR Muslim dalam kitab Al-Fitan. no 2937]
Maksudnya: Dajjal akan memberi kenikmatan dan kemewahan kepada orang yang mahu mengikutnya, namun pengikutnya itulah akan diazab di neraka pada hari kiamat nanti. Dan orang yang tak mahu mengikutnya pula diseksa dan diperlaku kejam, namun di akhirat akan mendapat syurga. InsyaAllah.