Cerita My Pearls
Tuesday, July 09, 2013
Siapa Yang Sekolah Ni??
Assalamualaikum!~
Petang balik terussss depa bukak beg kuarkan buku dan buat homework.Nampak gaya lesson pertama aku berjaya iaitu depa buat homework tanpa disuruh ekekekeke. Dah siap menulis, time mewarna. Patutla depa suka betoi wat homework heeee.
Pe'el Miratora ni, kalu time menulis rasa-rasanya 80% tenaga dia pasti kehabisan ekekeke. Bila time nak mewarna mulala tangan lenguh la, perut lapo la, nak berak la, susu tak habis lagi la...huh.
Kerana tak tahan dengor dia merintih dalam kegedikan, aku pun tolongla sikit...alaaa kaler je pun bukan susah sangat huhu. Tetiba.....
"hobi saya ngunyah". Ngguunnnyahhhhh je budak Miratora ni. |