Breaking

Wednesday, July 24, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Persediaan Raya.

Assalamualaikum!~

Ada ke takda? Ala kadar atau ala diva? Simple atau bling-bling? Semua tu dok berlegar dalam paler otakku. Apapun takda lagi. 

sumber : fb
Wednesday, July 24, 2013

Amalan Cukur Jambul - Pandangan Ustaz Hassan Din.

Assalamualaikum!~

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

sumber : fb
Wednesday, July 24, 2013

Isu Semalam.

Assalamualaikum!~



Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. 

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. 

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Pindah Cyberjaya?

Assalamualaikum!~

Kecoh!kecohhhhh lagi pasal nak pindah. Tapi, masing-masing tak mo berharap sangat sebab dah banyak kali jadi kata nak pindah tapi akhirnya sonyap. Tapi, kali ni macam sure je akan pindah. Dah tak nampak 'jerebu' macam last time.

Dulu, bila kata nak pindah amik masa 2/3 tahun tuk bina bangunan baru atas tapak tanah baru. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ia tak dapat diteruskan. Tapi kali ni, 'bulan' terang sungguh...macam malam tadi hehehe.

Monday, July 22, 2013

Monday, July 22, 2013

Menakutkan!!! Pengikut Syiah Di Malaysia Mungkin Cecah Sejuta.

Assalamualaikum!~

Allahurobbi...! Kebejatan semakin meruncing. Situasi yang kita alami sekarang ini mungkin tiada yang ambil peduli. Akibatnya...ajaran sesat ini telah menular perlahan-lahan di dalam jiwa masyarakat kita. 

Kalian mungkin obses dengan k-pop, terkejar-kejar dengan muzik Barat, gaya dan cara hidup mereka. Hakikatnya, kita tidak tahu 'duri' sedang cuba untuk masuk menusuk ke dalam tubuh kita. 


Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan - Strike Two!

Assalamualaikum!~

Actually, banyak yang aku ngidam nak makan dalam bulan puasa ni hehehe. Dalam bulan lain tak dapek, cuma dalam bulan puasa je dapek. Apa tu??? BUBUR LAMBUK KG. BARU...Fuh!

So, Pak Jelan call...


"Hani, orang ramai laaaa...panjang giler barisan ni!"

"Alaaa abg tunggu la kejap. Memang beratur panjang tapi dia bagi cepat. Tunggu ar kejappp"

"Nanti balik nak masak lagi...tak sempat ni. Abg balik dulu arrr"

"Alaaaa...dah sampai situ dah tunggu la kejapppp. Dia bagi cepat"

"Abg balik arr....lambat lagi ni, dah la ramai orang. Abg jauh kat belakang beratur ni. Abg balik la ekkk"

Dengan mood sebal....

Saturday, July 20, 2013

Saturday, July 20, 2013

Apa Parasit Boleh Lakukan Pada Anda.

Assalamualaikum!~

Selain penyakit berisiko tinggi seperti kanser, manusia juga terdedah dengan ancaman parasit tanpa disedari. 

Kebanyakan parasit masuk melalui rongga tubuh kita, dan ada juga yang melalui kulit! Punca utama dikesan adalah disebabkan tahap kebersihan yang sangat rendah memungkin parasit ini mudah masuk ke dalam tubuh kita.

Lihat apa yang parasit boleh lakukan pada anda....


The Human Bot-Fly - Lalat akan meninggalkan larvanya pada mana-mana bahagian anggota tubuh manusia tanpa disangka atau disedari.








Hookworm - Parasit berbahaya ini boleh ditemui dalam air tercemar dan ia tidak akan memberikan apa-apa simptom sehingga pada peringkat terakhir jangkitan. Cacing parasit ini akan melekat pada dinding usus dan mula menyedut darah yang boleh mengakibatkan anemia atau kekurangan protein pada mangsa.





Guinea worm - Manusia telah lama cuba untuk mengkaji dan mencari penyelesaian bagi masalah cacing parasit ini. Panjangnya boleh mencecah sehingga beberapa kaki! Cara terbaik mengeluarkan cacing parasit ini adalah dengan menarik perlahan-lahan dari anggota badan, melilitkannya pada ranting kecil  beberapa hari sehingga keseluruhan cacing itu keluar.






Sand fly - Penghisap darah ini adalah berlainan sekali dengan parasit lain kerana ia menyebabkan jangkitan teruk pada kawasan yang digigit yang dipanggil leishmaniasis.






Round worm - Sangat mudah ditemui dalam semua jenis persekitaran yang ada di dunia ini. Mereka mempunyai bentuk parasit yang pelbagai dan jika ia tidak dikeluarkan dari tubuh mangsa, pada peringkat cyptobiosis, cacing parasit ini akan berhibernasi.




Screw worm fly - Lalat ini akan memasuki tubuh mangsa dan meninggalkan larvanya. Ulat dari larva tadi akan mebesar dengan cepat dengan memakan daging mangsa dari dalam tubuh!






Chigoe flea - Parasit jenis ini akan bertindak masuk ke dalam kulit melalui tapak kaki manusia dan seterusnya bertelur dan sedikit demi sedikit akan memakan tisu kaki mangsa.





 

Ascaris - Cacing ini membesar dengan sangat cepat dan sangat panjang! Ia akan mengambil nutrien dari makanan anda. Ia boleh keluar dari salur najis anda seperti spaghetti yang sangat panjang.







Scabies - Parasit ini menembusi kulit dan menyebabkan iritasi atau radang yang teruk pada kulit.




Kesimpulannya, sentiasalah jaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan air dan makanan kita adalah bersih dan bebas dari parasit terutama jenis cacing! 

P/S: Jangan pandang rendah pada benda sekecil (parasit) ini, tengok kesannya.......



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.