Breaking

Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Tips Mengekalkan Kecergasan Semasa Berpuasa.

Assalamualaikum!~

Selalu sangat kita tengok, orang kita kalau bulan puasa mesti rasa ngantuk, lemah, mata kuyu, bibir kering dan sebagainya. Adakah disebabkan oleh ibadah puasa? Sudah tentu tidak. Banyak kajian sains telah membuktikan betapa ibadah puasa mampu mengekalkan kecergasan dan kesihatan kepada seseorang itu.




Tapi, kenapa masih ramai lagi yang merasa tidak bermaya di siang hari? Rasa mengantuk menguap sampai doploh tigoploh kali sehari?hehehe. Ia adalah kerana faktor pemakanan kita yang mungkin tidak teratur atau tidak berkhasiat, maka ia menjadikan tubuh kita tidak hadam lalu melambatkan proses metabolisme dalam tubuh.

Untuk mengelakkan ini terjadi, jom kita ikuti beberapa tips untuk mengekalkan kecergasan ketika berpuasa. Tips ini pun boleh digunapakai bila kita nak niat puasa sunat atau ganti puasa juga.


  • Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa. 

  • Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut: 
  1. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
  3. Ikan, ayam, daging dan kekacang.
  4. Susu dan produk tenusu
  5. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam.

  • Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. 

  • Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan,
    boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa. 

  • Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda. 

  • Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman. 
sumber : KKM

Semoga tips di atas dapat membantu anda untuk kekal cergas dan sihat dalam bulan Ramadhan ini. Apa yang penting pola pemakanan yang betul dan pengambilan air masak yang cukup untuk mengekalkan bendalir dalam tubuh. 

Bulan Ramadhan bulan mulia, bulan sihat.

Wednesday, July 24, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Sebelum Ada Internet.

Assalamualaikum!~

Kenangan lalu mengusik jiwa. Hatta, dalam bermain pun ada kenangan indah. Kadang-kadang, Kenit kasihan dengan bebudak sekarang. Hak mereka untuk bermain telah 'dirampas'. 

Tiada lagi keseronokan...
Tiada lagi gelak tawa di padang...
Tiada lagi gaduh kemudian kembali bersalaman...
Tiada lagi wajah berpandangan, mengerat hubungan tali persahabatan....

Lalu, siapa yang 'rampas'??......TEKNOLOGI secara umumnya. INTERNET secara khususnya.

Dulu, kami tiada internet. Kami tak mampu beli Playstation dan tentu sekali kami tiada laptop. Tapi, kami bahagia...bahagia dengan permainan warisan nenek moyang kami. 
Wednesday, July 24, 2013

Persediaan Raya.

Assalamualaikum!~

Ada ke takda? Ala kadar atau ala diva? Simple atau bling-bling? Semua tu dok berlegar dalam paler otakku. Apapun takda lagi. 

sumber : fb
Wednesday, July 24, 2013

Amalan Cukur Jambul - Pandangan Ustaz Hassan Din.

Assalamualaikum!~

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

sumber : fb
Wednesday, July 24, 2013

Isu Semalam.

Assalamualaikum!~



Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut. 

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul. 

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Pindah Cyberjaya?

Assalamualaikum!~

Kecoh!kecohhhhh lagi pasal nak pindah. Tapi, masing-masing tak mo berharap sangat sebab dah banyak kali jadi kata nak pindah tapi akhirnya sonyap. Tapi, kali ni macam sure je akan pindah. Dah tak nampak 'jerebu' macam last time.

Dulu, bila kata nak pindah amik masa 2/3 tahun tuk bina bangunan baru atas tapak tanah baru. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah teknikal ia tak dapat diteruskan. Tapi kali ni, 'bulan' terang sungguh...macam malam tadi hehehe.

Monday, July 22, 2013

Monday, July 22, 2013

Menakutkan!!! Pengikut Syiah Di Malaysia Mungkin Cecah Sejuta.

Assalamualaikum!~

Allahurobbi...! Kebejatan semakin meruncing. Situasi yang kita alami sekarang ini mungkin tiada yang ambil peduli. Akibatnya...ajaran sesat ini telah menular perlahan-lahan di dalam jiwa masyarakat kita. 

Kalian mungkin obses dengan k-pop, terkejar-kejar dengan muzik Barat, gaya dan cara hidup mereka. Hakikatnya, kita tidak tahu 'duri' sedang cuba untuk masuk menusuk ke dalam tubuh kita. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.