Fakta Sihat
Friday, October 18, 2013
Batu Karang & Cara Mengatasinya.
Assalamualaikum!~
source : google |
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan dan selalu mengambil makanan dan minuman yang tinggi kandungan sodium & oxalates, maka anda mempunyai risiko tinggi untuk membentuk batu karang, terutamanya jika tubuh badan anda tidak hidrat dengan betul.
Batu karang adalah sejenis bahan buangan keras dan kecil yang terbentuk dalam sistem perkumuhan yang dijalankan oleh buah pinggang. Ia terjadi apabila garam mineral seperti Kalsium, Oxalate, Asid Urik, Fosfat bergabung lalu membentuk seperti kristal halus dalam air kencing.
"Batu karang adalah sejenis penyakit biasa yang dialami manusia seluruh dunia. Ia menjejaskan sehingga 2 hingga 3 peratus dari populasi umum secara anggarannya. Negara maju seperti Singapore selalu dikaitkan dengan obesiti dan pengambilan makanan yang tinggi garam, protein dan kaya-oxalate," kata Dr Nor Azhari Bin Mohd Zam, konsultan yang pakar dalam bidang diagnosis, rawatan dan pencegahan batu karang di Bahagian Urologi, Hospital Besar Singapore (SGH).
Apakah simptom-simptom terkena penyakit batu karang?
Pada peringkat awal, simptom batu karang tidak dapat dikesan. Sakit dan simptom lain mungkin akan terjadi apabila batu karang itu membesar dan bergerak di dalam salur kencing (ureter), salur yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing.
"Pada peringkat ini, batu karang boleh menyebabkan kekejangan dan tersekat dalam buah pinggang. Kesakitan menjadi semakin kronik sehingga pesakit terpaksa berguling di atas lantai," kata Dr Nor Azhari.
Simptom batu karang termasuk :
- Sakit perut, yang bermula dari pinggang ke pangkal paha
- Darah dalam air kencing (hematuria)
- Jangkitan salur air kencing yang berulang (UTI)
Faktor & penyebab kepada kejadian batu karang
Terdapat banyak jenis batu karang seperti batu kalsium (yang paling biasa), batu asid urik, batu struvite dan batu cystine.
Secara umumnya, batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi mineral yang mana sepatutnya ia boleh dicairkan sendiri. Ditambah pula, air kencing mungkin kekurangan bahan-bahan tertentu yang menghalang mineral-mineral ini dari melekat bersama.
Faktor utama yang boleh meningkatkan risiko terkena batu karang dimasukkan ke dalam 5 kategori.
1. Faktor Persekitaran
- Cuaca panas
"Faktor utama persekitaran adalah tinggal di kawasan yang beriklim panas, di mana kita kurang minum air dan mengeluarkan peluh yang berlebihan akan mengurangkan kadar penghasilan air kencing dan meningkatkan konsentrasi mineral dalam air kencing, " kata Dr. Nor Azhari.
2. Faktor Pemakanan
- Kurang minum air
- Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (sodium)
- Pengambilan makanan yang tinggi purin dan oxalate.
a) Contoh makanan yang kaya oxalate: kekacang, badam, coklat, strawberry, blueberri, asparagus, bayam.
b) Contoh minuman yang kaya oxalate: teh, kopi, beer (arak), minuman soya.
c) Contoh makanan yang kaya purin: organ dalaman haiwan, kekerang, sardin.
3. Faktor Keturunan
- Sejarah keluarga yang menghidapi batu karang
"Individu yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi batu karang mempunyai risiko 2-3 kali ganda untuk membentuk batu karang berbanding individu yang lain," kata Dr Nor Azhari.
4. Faktor Perubatan
- Faktor perubatan seperti hypercalcemia (peingkatan tahap kalsium dalam darah), gout, asidosis salur buah pinggang, cirit birit kronik dan gangguan usus.
Individiu yang mempunyai keadaan seperti di atas, mempunyai risiko untuk membentuk batu karang.
5. Faktor Anatomi
- Keabnormalan struktur buah pinggang dan sisteri urinasi yang membawa kepada sekatan atau stasis air kencing.
Pesakit yang mempunyai keadaan buah pinggang seperti kuda, buah pinggang berspan, renal calyceal diverticulum dan pelviureteric junction obstruction adalah berpotensi tinggi untuk membentuk batu karang. - sumber : yahoo.
Moral of the story : Drink lot's of plain water according to you body weight and maintain healthy lifestyle (^_^)