Palestin
Saturday, January 11, 2014
Ariel Sharon Disahkan Mati Setelah Koma 8 Tahun
Assalamualaikum!
Sejak seminggu lalu, kesihatan Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel dilaporkan berada dalam keadaan yang amat membimbangkan. Pasukan petugas perubatan yang bertanggungjawab merawat Sharon melaporkan kondisi kesihatan Sharon menunjukkan penyusutan yang berterusan dan kritikal.
Terdahulu, kenit pernah kongsikan perkembangan kesihatan Ariel Sharon di {SINI}.
Setelah 8 tahun berada dalam koma, bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lepas dalam usia 85 tahun. Anak Sharon, Gilad mengumumkan berita kematiannya itu di Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv, tempat di mana Sharon dirawat.
"Dia telah tiada. Dia telah memutuskan untuk 'pergi' meninggalkan kita."
Pakar perubatan telah menjangkakan ia (kematian) akan berlaku selepas rekod kesihatan Sharon sejak seminggu lalu mengalami kemorosotan yang amat ketara.
Jurucakap hospital, Dr Shlomo Noy berkata, "Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer dengan ini mengumumkan bahawa En. Ariel Sharon telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya sejam yang lalu." - irishtime.com
Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.
Terdahulu, Sharon dimasukkan ke hospital 8 tahun lalu akibat diserang angin ahmar. Kemudian, dia yang mengalami kegagalan fungsi organ tidak lagi dilihat di khalayak ramai selepas itu.
Untuk rekod, dia digelar sebagai penyembelih umat Islam di Palestin berikutan tragedi berdarah Sabra & Shatila pada tahun 1982 dan beberapa siri peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel.
P/S: Nak mati pun susah ... dah mati? Lu fikirla sendiri!