Cerita My Pearls
Saturday, March 15, 2014
Anak Ibu
Assalamualaikum!
Dah hampir 3 bulan kakak menempuh alam persekolahan 2 sesi. Pagi petang sibuk dengan aktiviti di sekolah, tapi alhamdulillah perkembangan positif dapat ibu perhatikan dalam diri kakak.
Sejak bersekolah pagi dan petang ini juga, kakak kelihatan sedikit penat dari biasa. Kalau ibu ayah amik kakak dari sekolah agama, pasti kakak akan ketiduran dalam kereta sampaila ke rumah. Siap senget-senget lagi kepala tu hehe. Ye la .. dulu belajar satu sekolah je. Di situlah tadika, di situlah taska, disitulah kakak makan dan tidur dan bermain bersama kawan-kawan. Tak berapa nak penat la gitu kan hehe.