Pasal Blog
Friday, April 04, 2014
Income Pertama Dari Nuffnang
Assalamualaikum!
Hampir 2 tahun aku mengumpulnya, barulah sekarang aku dapat merasa pendapatan hasil dari berblogging. Walaupun lama aku nunggu, baru leh capai 3 angka, tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang datang. Semangat ni! semangat ni! ekekeke.
Emel pengesahan dah dapat pagi tadi, tunggu je la cek tu sampai ke petisurat rumahku hehe. Kalau dikenang kembali perjalananku bersama Nuffie, memang penuh ranjau onak dan duri ececececeh! Ada masa aku buat hal, ada masa Nuffie buat hal hahaha. Tapi, hubungan kami masih utuh sehingga kini!
Biasala, adat bergaduh pastu berbaik semula kan kan kan! Memula aku merajuk, pastu Nuffie pulak merajuk. Bila dah merajuk tu, barulah satu satu CPUV masuk kat blog ni, pandai pulak si Nuffie tu memujuk! haha. Gitu leeeeee....
Syukur alhamdulillah, atas sokongan Pak Jelan dan anak-anak yang banyak bersabar dengan komtimen aku terhadap blog ni. Ececececeh! hehe. Syukur alhamdulillah juga pada korang yang tak jemu2 menerjah dan kirimkan komen serta klik kat iklan2 di blog aku ni.
Dari korangla aku belajar teknik bagaimana nak pikat Nuffnang. Memula tu aku pun konfius, nak tanya apa kat Nuffie? kena update survey ke dan sebagainya. Tanpa tunjuk ajar korang, tentu aku pun tak berapa nak faham sampai sekarang hehe.
Kini, aku lebih yakin untuk bermonolog dalam blog sendiri. Bukan hanya sebab boleh dapat income pasif je, tapi aku yakin komuniti blogger ni boleh pergi lebih jauh dan menyumbangkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan untuk masyarakat, boleh gitu? (^_^)
#pray4MH370
Kini, aku lebih yakin untuk bermonolog dalam blog sendiri. Bukan hanya sebab boleh dapat income pasif je, tapi aku yakin komuniti blogger ni boleh pergi lebih jauh dan menyumbangkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan untuk masyarakat, boleh gitu? (^_^)
#pray4MH370