Breaking

Monday, April 14, 2014

Monday, April 14, 2014

Sibuk Shooting!


Assalamualaikum!

Hari Ahad tak sempat nak update apa2 kat blog kesayanganku ni. Sibuk ngan kenduri dan shooting! Penat dik non! Hari Sabtu tu je la aku sempat update REVIEW EPHYRA seperti yang telah dijanjikan. Dah baca lum? Kalau belum, baik korang pi baca sekarang hehe.

Pengalaman kali pertama menjalani penggambaran memang takkan ku lupakan. Harap-harap kalau sempat aku jadi nenek dan tengok cucu-cucu aku sok, bolehlah aku tunjukkan hasil kerjaku pada mereka kan ekekeke.


Haihh...


Saturday, April 12, 2014

Saturday, April 12, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Assalamualaikum!


Alhamdulillah berakhir sudah cabaran 30 hari kenit bersama produk minuman EPHYRA. Jujur kenit katakan, kenit sebenarnya tidak pernah mencuba sebarang produk kecantikan & kesihatan sebelum ini kerana kenit mempunyai kondisi kulit yang sensitif. Kalau salah cuba produk, pasti akan timbul lebih banyak masalah pada kulit nanti. 

Pertama sekali, kenit ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada team Denaihati & team EPHYRA yang menjadikan impian kenit suatu realiti. Di majlis perjumpaan blogger  SBB2014 yang lalu, kenit berpeluang membawa pulang sekotak EPHYRA hasil penyertaan entri kenit dalam kontes EPHYRA PILIHANKU. Dalam kotak EPHYRA ni mengandungi 30 sachet untuk diminum selama 30 hari. 



Cabaran bermula di SINI, dan selama 30 hari kenit minum dengan konsisten dan penuh displin, seperti minum setiap hari pada waktu pagi sebelum makan dan banyakkan minum air masak. Perubahan yang dialami selama 30 hari ini adalah dari pengalaman kenit sendiri.

Apabila pengasas EPHYRA menghubungi kenit minggu lepas, beliau sempat bertanyakan perkembangan diri kenit bersama EPHYRA. Maka, inilah hasil yang dapat kenit kongsikan bersama korang tentang keberkesanan EPHYRA pada diri kenit.

Antara masalah yang kenit hadapi :-
  • kulit berminyak, jerawat dan kesan jerawat, masalah resdung, cepat lapar, kurang bertenaga dan mudah mengantuk serta rambut gugur. 



SEBELUM

A) Kulit muka berminyak menjadikan kulit 'berkilat' walaupun duduk dalam suhu sejuk (aircond). 

B) Kesan jerawat tegar memang susah nak hilangkan! Bila tumbuh jerawat baru lagi kacau jiwa ni! 

C) Kenit dah lama ada masalah resdung, cuma mungkin orang tak perasan. Hidung kenit sangat sensitif terhadap habuk dan hama. Kerap kali kenit mengalami hidung tersumbat di tengah malam sehingga menganggu tidur kenit. Dan, bila pagi menjelang hidung akan menjadi gatal dan kenit akan mudah bersin. Sehinggakan dalam solat, bila hidung terkena sejadah kenit pasti akan bersin! 

D) Tugas sebagai wanita berkerjaya dan menjadi ibu merupakan dua tugas yang sangat mencabar! Dengan tugas di pejabat, ditambah dengan menguruskan anak-anak dan keperluan mereka, menjadikan kenit mudah penat dan tak bertenaga sebelum ni. Kenit tak mengambil apa-apa supplemen sebelum ni. 

E) Kenit memang kuat makan! Sarapan pagi, lunch dan kudap-kudapan memang tak lepas dari tangan. Bekerja dalam suasana sejuk air-cond memang boleh membuatkan kenit cepat lapar dan akhirnya kena juga makan sesuatu untuk mengisi perut yang kosong. 

F) Sebelum ni, kenit memang mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk. Sehinggakan kenit terpaksa potong rambut pendek untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak. 




SELEPAS

A) Kenit minum EPHYRA setiap hari secara konsisten selama 30 hari menjadikan kulit muka kenit menjadi kurang berminyak dan lebih bermaya dari sebelumnya. Wajah tak lagi 'berkilat' tapi yang bestnya kulit yang dulunya kesat dan kasar, kini dah jadi halus dan lembap.

B) Terutama di bahagian yang teruk terjejas, kesan jerawat lama semakin menyusut dan jerawat baru cepat kecut! Seperti yang disyorkan, kenit banyakkan minum air masak dan ini membantu proses penyembuhan dan penghasilan sel-sel baru kulit.

C) Alhamdulillah, kenit mula perasan kenit tak lagi bangun pagi dengan hidung tersumbat, kurang sangat dah bersin dan tidak lagi bersin dalam solat.

D) Kenit rasa semacam ada tenaga extra dalam badan! Kenit tidak penat walau sehari suntuk melakukan kerja dan tidak tidur langsung di siang harinya. Perubahan ini kenit perasan ketika pulang ke kampung, kenit boleh berjaga sehingga pukul 3 pagi walhal, kenit tak tidur langsung siangnya! Dan keesokannya paginya, kenit tetap mampu bangun awal untuk solat Subuh tanpa rasa sakit-sakit badan atau mengantuk.

E) Alhamdulillah, kenit cepat rasa kenyang. Tak perlu standby makanan lebih, kadang-kadang makanan sarapan pagi kenit simpan untuk lunch sebab minum EPHYRA pun dah rasa kenyang! Cun kan! (^_^)

F) Alhamdulillah, rambut kenit dah kurang gugur, dan paling penting rambut yang jatuh ke lantai dah takda lagi! yeayyy!





Istimewanya EPHYRA di mata kenit :-
  • Tersedia dalam paket comel yang berkualiti dan terpelihara kesuciannya!

  • EPHYRA disahkan HALAL oleh JAKIM dan SELAMAT digunakan oleh KKM. Status halal produk memang sangat penting sebab sebagai orang Islam kita wajib mencari yang halal. Jadi, kenit tak perlu rasa ragu dan sangsi dengan EPHYRA! (^_^)



  • Mudah dibawa kemana saja, boleh selit-selit dalam beg atau letakkan dalam bekas kecil untuk kegunaan di pejabat.


  • Kandungan selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada diri kenit. Hanya perubahan positif dialami sepanjang mengambil minuman EPHYRA ni. 



  • Hanya perlu tuangkan serbuk EPHYRA ke dalam shaker yang disediakan dan sedia untuk menggoncang. Shake! shake! shake!


  • Rasa oren sensasi dengan kombinasi 9 bahan semulajadi yang membantu meningkatkan kesihatan dari dalam. Truly speaking, kenit even cakap ngan Pn Amiza dalam phone hari tu, kenit rasa macam tak puas minum sekali sehari. Rasa macam nak minum EPHYRA sambil cicah biskut pulak! LOL.

Kena tunjuk muka serius,
sebab kat ofis kan
ekekekeke :D

Alhamdulillah kerana EPHYRA telah mengubah kehidupan dan tahap keyakinan kenit sedikit demi sedikit. Sebelum ni, kenit susah nak percaya akan mana-mana keberkesanan produk terutama berkaitan kesihatan dan kecantikan kerana bimbang tiada kesan positif ke atas kulit. 




Overall, kenit sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi dari EPHYRA. Jika diberi peluang dan rezeki lebih, kenit nak mencuba minum EPHYRA 2 kali sehari (pagi & malam) pula lepas ni.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi:

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Friday, April 11, 2014

Friday, April 11, 2014

Ukuran Kejayaan Seseorang Blogger.


Assalamualaikum!

Servis terbaik setakat ini yang aku terima! BUKAN SEMUA blogger yang suka melengah-lengahkan masa dalam bab pos hadiah ni, tapi SIFAT SUKA BERTANGGUH ni memang boleh menyusahkan semua pihak.

Kelmarin aku terpilih sebagai pengomen ke 20 di entri blog Denaihati.com, jadi hadiahnya adalah sebuah buku dari Denaihati. So, macam biasa aku hantarkan butiran melalui inbox di Facebook blogger +Hisyamudin Fadzil untuk urusan hadiah, dan hari ni ...


Friday, April 11, 2014

Tanggungjawab Anda Sebagai Sponsor GA


Assalamualaikum!

Kalau ikutkan nafsu dan amarah, nak aje aku letak tajuk 'Aku Bukan Peminta Sedekah!'. Tapi, bila difikirkan balik, aku kena rasional dan bersifat umum agar entri ini kena pada semua 'batang hidung' blogger yang rajin buat Giveaway

Bukan niat nak cari gaduh tapi sekadar aku nak cuba BERTOLERANSI dengan semua orang dan nak menerangkan beberapa perkara yang aku dok perhati je selama ni! 

Thursday, April 10, 2014

Thursday, April 10, 2014

Menang iPad Dari Yeo's Malaysia!


Assalamualaikum!



Sapa yang ada pergi perjumpaan blogger SBB2014 hari tu, pasti dah tahu kan wakil Yeo's ada buat pengumuman tentang kontes minum Yeo's dan menang wang tunai yang bermula pada 13bh Mac - 31 Mei 2014.
Thursday, April 10, 2014

Jangan Cakap TAK BOLEH!


Assalamualaikum!

Dulu aku pun biasa cakap 'tak boleh buat'. Dan, akhirnya tabiat tu terbiasa dalam diri ini. Bila orang offer buat tu, offer buat ni aku tak berani nak mencuba apatah lagi nak cakap 'ya, saya boleh buat!'. Mungkin sebab aku tak yakin dengan diri sendiri ....??

Now bila dah ada anak kecil baru aku sedar, perangai 'TAK BOLEH' aku tu tak berapa nak molek dan tak bagus untuk dijadikan contoh untuk anak-anak. Baru aku sedar, sebenarnya selagi kita tak beri peluang pada diri sendiri untuk CUBA buat, selagi tu kita tak tahu samada kita MAMPU buat atau tidak. Umur dah 30 tahun baru nak sedar ke Pn Hanim??? LOL. 

Takpela, better late than never!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.