Video
Friday, April 25, 2014
Tak Wajib Pakai Telekung Dalam Solat.
Assalamualaikum!
sumber : google |
Ramai muslimat sudah maklum bahawa pemakaian telekung dalam solat BUKAN PAKAIAN WAJIB. Yang diwajibkan dalam solat adalah memakai pakaian yang baik dan menutup aurat dengan sempurna.
Apa itu pakaian yang baik?
- Pakaian yang bersih
- Suci dari najis
- Bukan pakaian makruh & haram (eg. gambar tengkorak, salib, syaitan)
- Tidak ketat dan menampakkan bentuk badan
- Tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit
- Menjaga aurat sepenuhnya bagi lelaki dan perempuan
- Berwangi-wangian