Tips sihat
Tuesday, June 03, 2014
PITYRIASIS ROSEA
Assalamualaikum!
Rabu lepas aku bawa kakak berjumpa doktor di klinik kerajaan untuk mengetahui apa yang menyebabkan kondisi kulit kakak berubah menjadi ruam yang 'luar biasa'.
Mau tak risau! sampaikan aku offer doktor untuk amik darah kakak dan buat ujian lebih terperinci agar rawatan awal dapat diberikan sekiranya ianya penyakit serius!
Bila kali pertama doktor tu sebut nama penyakit kulit tu, terbelit jugak lidah ni nak menyebutnya hehe. Yang aku dengar hujung-hujungnya ..... Rose?? Rosie?? muehehehe.
Harap nama je lawa macam bunga rose, tapi rupanya penyakit kulit!
Tapi, mujurlah doktor muda tu pandai menenangkan hati seorang ibu huhu. Dia cakap aku tak perlu risau, kerana apa yang kakak hadapi sekarang adalah penyakit kulit yang biasa menyerang dan ia tidak merbahaya.
Dan, semestinya aku membuat rujukan tentang penyakit kulit ni, PITYRIASIS ROSEA.
sumber : google |
Kondisi kulit kakak tak seteruk ni ok. Ni kulit mat saleh mana ntah aku pinjam kejap buat contoh hehehe. Ngeri kan??? tapi ianya tak seteruk yang korang sangka, cuma gatalnya boleh tahan teruk la hehehe.