Breaking

Monday, July 14, 2014

Monday, July 14, 2014

Diari Ramadhan Kenit : Demi Ibu ...


Assalamualaikum!



Kadang-kadang aku sendiri tak paham ngan budak-budak sekarang ni. Ada masa perangai dia boleh bikin kita pening! ada masa pe'el dia boleh buat kita semput! Tapi dalam banyak-banyak pesen perangai dia tu, ada satu jenis pesen yang boleh bikin aku 'cair'!
Monday, July 14, 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


Assalamualaikum!


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Friday, July 11, 2014

Friday, July 11, 2014

Little Scientists Pilihan Tadika & Prasekolah.


Assalamualaikum!




Pendidikan yang baik dan berkesan bermula seawal peringkat kanak-kanak, samada secara formal atau tidak formal. Dan, sebagai ibubapa sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita dalam aspek pendidikan supaya mereka lebih berdaya saing dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif.

Bolehkah anak-anak kita berfikir dan menjadi seperti saintis? Jawapannya sudah tentu ya, boleh! Sebenarnya subjek sains sangat mudah untuk difahami dan menyeronokkan. Namun, kaedah pembelajaran secara teori semata-mata tidak membantu kanak-kanak memahaminya apatah lagi merasa seronok untuk meneroka lebih jauh.


Berfikir Secara Kritis & Kreatif





Little Scientists bukan sahaja berperanan mendidik kanak-kanak mencintai sains, tetapi membantu mereka mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui kaedah hands-on seterusnya merangsang pemikiran kanak-kanak menjadi lebih berdaya saing.

Pernyataan ini dapat digambarkan melalui gambarajah di atas, melalui subjek-subjek sains yang diajar secara eskperimen, merangsang kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan melakukan sesuatu yang baru. 



Kanak-kanak di peringkat prasekolah didedahkan dengan eksperimen
mudah dan menyeronokkan sambil dibantu oleh guru.


Melalui program Little Scientists ini juga, kanak-kanak diajar supaya bekerjasama sebagai satu pasukan dan ini dapat mengembangkan lagi kemahiran sosial dan komunikasi antara mereka. Mereka juga akan lebih seronok bereksperimen bersama-sama dan saling bantu membantu menyelesaikan masalah.

Kaedah hands-on yang diperkenalkan turut membantu merangsang kemahiran motor/pergerakan, di mana kanak-kanak menjadi mahir dalam pergerakan kesan daripada latihan dan menyebabkan perubahan tingkahlaku dalam prestasi kemahiran atau dalam domain psikomotor. Selain itu, ia membantu mereka mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris selain bahasa Melayu.



Sains menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan adanya
panduan dari Program Little Scientists


Little Scientists turut tidak terkecuali menyediakan kanak-kanak di peringkat awal persekolahan dengan aktiviti yang bersifat eksplorasi dan penemuan-penemuan baru, kerana umumnya kita mengetahui mereka suka mencuba sesuatu yang baru.

Maka, inilah masanya untuk kita tunjukkan pada mereka keindahan dan keunikan dunia sains dengan cara yang menyeronokkan!




Dari penemuan-penemuan baru, pemikiran kanak-kanak akan berkembang sehingga tercetusnya kreativiti. Disini jugalah peranan program Little Scientists dimana mereka turut menekankan pengembangan idea-idea dan imaginasi serta cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Dengan cara begini, mereka akan mampu membentuk kemahiran baru dalam setiap subjek yang diajar khususnya sains. 


Kerjasama dalam kumpulan membentuk komunikasi yang
baik antara rakan sebaya.


Lebih menarik, program Little Scientists juga mempunyai slot tersendiri di saluran Al-Hijrah yang memaparkan keseronokan kanak-kanak prasekolah melakukan eskperimen mudah bersama rakan-rakan.






Ini turut diakui oleh pengacaranya sendiri saudari Nurazidah selaku pengacara program Assalamualaikum yang bersiaran 7 hari seminggu bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi.



Nurazidah
kredit foto : manggaonline


“Slot Little Scientist merupakan program untuk kanak-kanak di tadika dimana mereka akan didedahkan dengan pembelajaran sains serta mereka sendiri akan melakukan eksperimen dengan saya. Ini merupakan cabaran bagi saya kerana mengendalikan program bersama kanak-kanak”
“Melakukan pengambaran bersama kanak-kanak ini bukan mudah kerana kita mesti mengikut mood mereka. Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi, saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.” Jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, “Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains.”
“Harapan saya untuk program ini adalah supaya program Assaalamualaikum dapat memberi manfaat kepada mereka dan program ini bukan setakat untuk ditonton tetapi juga untuk memberi ilmu dan maklumat kepada orang ramai.”

Objektif Little Scientists
Objektif utama Little Scientists adalah untuk memupuk kreativiti kanak-kanak serta menajamkan kemahiran berfikir melalui eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan.

Al-Quran dan sains tak boleh dipisahkan. Program Little Scientists bukan setakat mendedahkan kanak-kanak dengan eksperimen dan pengetahuan, tetapi turut mendidik mereka melalui penerapan nilai-nilai Islam dalam proses pembelajaran.

Maka, tidak syak lagi program Little Scientists ini perlu dikembangkan di sekolah-sekolah tadika/prasekolah agar anak-anak kita mendapat pendedahan ilmu sains dan Islam yang secukupnya.






Dalam usaha mendidik masyarakat untuk mengenali Little Scientists dengan lebih dekat, IKIM.FM telah menjemput Pn. Ho Teh Eng pada 9hb Julai yang lalu untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan pemahaman yang lebih baik mengenai program Little Scientists di prasekolah.

Dalam temubual itu, Pn. Ho Teh Eng menceritakan pengalaman beliau mengajar anak beliau mengenai eksperimen campuran warna. Menyedari anak beliau begitu teruja dan seronok dengan aktiviti tersebut, beliau bersama suami mula mengambil inisiatif mewujudkan satu program bersifat hands-on iaitu Little Scientists dan ternyata ia mendapat sokongan banyak pihak.






Menarik bukan!

Bagi pendapat Anim sendiri, program Little Scientists ini perlu dijadikan modul pembelajaran sains di peringkat prasekolah. Ia bukan sahaja membantu dari segi pembelajaran, malah ia dapat memantapkan kemahiran lain yang ada pada kanak-kanak sekaligus dapat mencetuskan kreativiti dan kritis dalam diri mereka.

Pengalaman Anim bersama anak-anak menyertai bengkel Little Scientists di SINI menguatkan lagi keyakinan kami terhadap program ini.






Kepada pengusaha-pengusaha tadika dan prasekolah, rebutlah peluang ini bersama Little Scientists untuk melahirkan generasi cintakan ilmu di samping mendidik sahsiah mereka.

Untuk mendapatkan lebih info mengenai Little Scientists, anda boleh hubungi mereka di : 


Tel : 010-766 6128
Emel : enquiry@littlescientists.com
Website : www.LittleScientistS.com
Online Shop : www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel : http://www.youtube.com/littlescientistvideo
Twitter : www.twitter.com/Lil_Scientists
Instagram : www.instagram.com/theLittleScientistS
Facebook : https://www.facebook.com/TheLittleScientists




Together We Can Do Better!


Thursday, July 10, 2014

Thursday, July 10, 2014

Aku Terharu ...


Assalamualaikum!





Allahuakbar ....

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa di muka bumi ini. Dan kerana Dia, aku masih di sini bisa menghela nafas, berdiri, bergerak, makan, tidur dan beribadah selagi nyawa dikandung badan.

Wednesday, July 09, 2014

Wednesday, July 09, 2014

[Kelas Menjahit] Semangat Membaraaaaaa!


Assalamualaikum!

Dulu masa zaman anak dara tak heran pun pasal jahit menjahit ni. Dapat kain pasang, bagi je kat mak suruh orang jahitkan hehe. Tapi, sekarang bila anak semakin meningkat dewasa, aku mula insaf dan sedar yang menjahit ni satu kemahiran yang perlu ada pada seorang ibu!

Kadang-kadang aku jeles gak kat mak-mak yang boleh jahitkan baju sekolah, baju kurung tuk anak-anak diaorg. Aku pun teringin jugak nak pegang jarum dan kain dan jahit baju untuk anak-anak aku sendiri. At least, diaorg dapat gak merasa 'air tangan' ibu diaorg ni kan huhu.

Tuesday, July 08, 2014

Tuesday, July 08, 2014

Asal Usul Kertas Mahjong


Assalamualaikum!

Mengantuk sakan aku dalam auditorium tadi mendengar ceramah tentang integriti huhu. Selalu kursus ada lawak-lawak sikit, ada gelak-gelak sikit, ada gula-gula sikit ... Ehhhh! bulan posa apekejadahnya nak makan gula-gula hehehe.

Pas dengar ceramah, kena buat kerja kumpulan pulak, tulis something atas kertas mahjong dan bentang kat depan orang. 

Haih...


gambar hiasan

Monday, July 07, 2014

Monday, July 07, 2014

Kucing: Pandangan Islam & Sains


Assalamualaikum!


gambar hiasan

Kebenaran Islam mengenai kucing sejak 1500 tahun dahulu.

Nabi s.a.w menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan ai bekas minuman kucing.


Kenapa Rasulullah s.a.w berani mengatakan kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya bagaimana Nabi s.a.w tahu badan kucing tidak mempunyai najis?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.