Family Time
Monday, August 04, 2014
Corat Coret Aidilfitri 2014
Assalamualaikum!
Wahhh! hampir seminggu dah kita berada dalam bulan Syawal. Masih dalam mood beraya ke? Okla tu asalkan bersederhana. Jangan overdose ok hehe. Seperti tahun-tahun lepas, tahun ni alhamdulillah sambutan raya di kampung halaman sangat best!
3 hari sebelum raya aku dah berlepas pulang ke kampung. Dalam seronok nak balik tu, aku diduga dengan musibah kecil dalam perjalanan. Tapi berkat redho dan muhasabah diri bahawa rezeki itu datang dari Allah, tak disangka-sangka Allah gantikan yang lebih baik untukku. Alhamdulillah ...