Story Kenit
Tuesday, August 05, 2014
Padah Cuti Lama Sangat!
Assalamualaikum!
Kuala Lumpur - Gara-gara cuti sekolah yang agak panjang dan faktor terlampau seronok berada di kampung sempena Aidilfitri baru-baru ini, seorang ibu terpaksa menenangkan anaknya yang merengek-rengek kerana tidak mahu ke sekolah. Anak kedua dari dua beradik itu mula menunjukkan perangai apabila dikejutkan ibunya pagi ini untuk bersiap ke sekolah.
Menurut aduan yang dibuat oleh ibunya, beliau telah pun mengingatkan anak keduanya itu bahawa dia perlu hadir ke sekolah pagi ini memandangkan hari Isninnya mereka telah pun bercuti. Namun, apabila si ibu mengejutkan anaknya dari tidur, dia mula menangis dan merayu tidak mahu ke sekolah.