Story Kenit
Saturday, August 23, 2014
Maaf ...
Assalamualaikum!
Alhamdulillah bengkak di gusi semakin pulih. Setengah bekas air panas suam aku isi, kemudian letak garam dan kacau. Actually, aku tak kacau...aku guna Ephyra shaker tu je hehehe. Jadi ketagih pulak nak shake shake ni.
Sekali tu je la aku kumur air garam, alhamdulillah dengan izin Allah bengkak di gusi semakin surut. Seksa juga kalau gusi bengkak ni. Tu baru sikit nikmat Allah tarik dari aku huhu.
Aku bukan biasa nak bercerita pasal diri sendiri ni. Jarang sangat kot aku membebel pasal diri sendiri. Tapi, kadang-kadang tu kena luahkan juga sebab kalau aku tak luah, rasa syahdu je diri ni.
Lately, banyak benda terjadi. Tapi, takmo citer la pasal tu. Aku kan pendendam berjaya hahaha. Biar aku telan sorang-sorang sudah. Tapi, part yang aku nak share ni pun sedih, so boleh aku kongsi kat sini kan huhu.
Bukan orang tak menjemput, tapi tiap kali nak gi open house rakan-rakan ada je penghalangnya. Dalam semua jemputan open house yang aku dapat .... tak satu pun yang aku dapat pergi.
Syahdu weh! T_T
Paling kesian ... anak-anak la. Kesian diaorg nak merasa beraya di rumah orang. Nak merasa beraya di rumah jiran-jiran dalam blok ni, takda peluang sebab masing-masing balik sini terus tutup pintu. Nak buka mulut bertegur tepi tangga pun payah.
Hari ni pun ada beberapa jemputan open house yang tak dapat aku penuhi. Salah satunya, open house umah penyelia aku. Duk Putrajaya nun je, tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat pergi juga. Harap Isnin nanti dia tak masam muka ngan aku huhu.
Maaf ... aku hanya mampu merancang, Allah jua menentukan.