Breaking

Monday, August 25, 2014

Monday, August 25, 2014

Ayam Kampung Masak Lomak Cili Api


Assalamualaikum!


Sapa suka makan podeh-podeh sini? Ni den nak kongsi resepi paling den suko tiap kali balik kampung hehe. Mak den memang terer masak lomak cili api ni. Abah den pulak memang 'hantu' makan podeh hahaha, kalau tak podeh tak nikmat makan kato eh :D

Ahhh! sudah la tu ... tergeliat lidah aku speaking nogori hehe. Kali ni aku nak share masakan special berasaskan ayam kampung. Ayam mana lagi kalau bukan ayam yang mak aku bela laa hehe. Hoi! ni sedap niiiii! Licin anak-anak aku makan ngan nasi dan kicap hehe. 



Monday, August 25, 2014

Peluang Anda Miliki Produk Ecover!


Assalamualaikum!


Sejak aku buat review mengenai produk Ecover dan adakan kontes serentak di blog, banyak respon positif yang aku dapat tentang produk Ecover ni.

Sebagai menghargai pembaca² Nukilan Kenit, Ecover sekali lagi bermurah hati nak memberikan korang korang dan korang yang bertuah untuk mencuba sendiri produk pembersih Ecover 100% dari sumber alam semulajadi ....for FREE!!! Hoh, ohsem giler kan!! kan!! kan!! hahaha :D

Bagi korang yang baru pertama kali nak mencuba produk Ecover, inilah peluangnya! Just lengkapkan google form di bawah entri ni dan 30 ORANG PERTAMA yang berjaya melengkapkannya bakal memiliki 100ml sampel cecair pembersih ECOVER secara PERCUMA!! Korang yang tak menang kontes bersama Ecover hari tu pun boleh mencuba! ^^





Haaaa cantik tak banner yang aku buat ni? hahaha. Penat aku design ni dik non! kasila tepukan gemuruh kuat sikit hehehehe. Aku dan Ecover dah bersemangat nak bagi korang FREE produk Ecover ni tau. InsyaAllah korang akan berpuas hati dengan hasilnya.

Cakap pasal puas hati, aku ada baca beberapa feedback dari rakan yang telah memenangi kontes bersama Ecover ni. Antaranya, korang boleh terjah SINI dan baca pengalaman beliau sendiri bersama Ecover! ^^

So, ape tunggu lagi guys! isikan butiran korang dalam google form di bawah ni sekarang dan kalau sudi komen "saya dah isi!" kat ruang komen entri ni. Tapi, ini khas untuk pembaca di Malaysia je tau, kalau tak jenuh pulak Ecover nak uruskan postage untuk yang jauh-jauh nun hehehe.

Harus diingat, tarikh penebusan adalah SEHINGGA 31hb Ogos 2014 atau cukup 30 orang yang melengkapkan google form di bawah. Lepas tu, aku tutup borang ^^


Thanks for your support! ^^


Boleh juga klik SINI dan isi butiran anda! ^^


Saturday, August 23, 2014

Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak kontes anjuran blog Denaihati.com yang aku join, kontes gajet impian ni la yang paling mencabar fizikal dan mental aku. Mana taknya, tarikh luputnya esok baru malam ni aku nak draf, siapkan dan hantar!

Kalau ikutkan diri ini, memang tiada apa yang boleh aku ceritakan mengenai gajet impian iPhone 5s yang menjadi rebutan dan impian ramai. Mungkin memiliki sebuah sepertinya sama bahagianya dengan memiliki satu set barang kemas Habib Jewels. 

Sepertimana aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki iPad sebelum ini, sama juga la saat ini yang aku rasakan, mungkin juga aku tidak bisa memiliki iPhone 5s ni. Tapi, rezeki itu rahsia Allah kan.





Aku tidak berapa mahir dengan teknikalnya, tapi itu aku akan belajar once aku dapat iPhone 5s aku sendiri nanti, dari kontes ini atau dari sesiapa yang sudi nak menghadiahkan aku sebiji hehe. Tapi, sepertimana yang aku baca review mengenainya, ini yang dapat aku kongsikan.


Key Features :

  • Quad-band GSM and quad-band or penta-band 3G support with 21 Mbps HSDPA, 42 Mbps DC-HSDPA and 5.76 Mbps HSUPA
  • LTE support on all models and CDMA support when sold by CDMA carriers
  • 4" 16M-color LED-backlit IPS TFT capacitive touchscreen of 640 x 1136px resolution, 326 ppi
  • Corning Gorilla Glass, fingerprint-resistant coating
  • 1.3 GHz dual-core ARMv8 64-bit CPU, PowerVR G6430 GPU, 1GB of RAM, Apple A7 SoC
  • iOS 7 and iCloud integration
  • 8 MP autofocus camera, 1/3'' sensor size, 1.5µm pixel size, True Tone dual-LED flash, touch focus, digital image stabilization
  • 1080p video recording at 30fps, 720p@120fps slow motion videos
  • 1.2MP secondary front-facing camera, 720p video recording
  • Touch ID fingerprint scanner embedded into home button
  • Wi-Fi 802.11a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
  • GPS with A-GPS connectivity, GLONASS support; digital compass
  • 16/32/64GB storage options
  • Accelerometer, proximity sensor and a three-axis gyro sensor
  • Active noise cancellation with a dedicated secondary microphone, dedicated third microphone for Siri
  • Standard 3.5 mm audio jack, stereo Bluetooth v4.0
  • Apple Maps with free voice-guided navigation in 50-odd countries
  • iTunes Radio
  • AirDrop file transfer
  • Voice recognition, Siri virtual assistant
  • Supports HD Voice (needs carrier support too)
  • FaceTime video calls over Wi-Fi and cellular
  • Impressively slim and light





Dan, sepertimana orang lain yang suka bergambar dengan smartphone canggih, begitu juga dengan aku. Kalau diberi pilihan, aku inginkan smartphone yang boleh capture gambar dan imej 'tajam' dan jelas! Aku tahu iPhone 5s ada semua tu. 

Lagipun, aku tak mungkin mampu nak membelinya sendiri dan semua orang pun tahu harganya memang tak mampu milik hehe. Nak membeli kamera DSLR pun aku perlu fikir beribu kali, inikan pulak nak beli iPhone hehe. Andai ada rezeki aku ngan iPhone 5s, pastinya aku tak menolak!

Untuk kontes gajet impian bersama Denaihati.com kali ini, bukan sahaja hadiah gajet yang ditawarkan. Hadiah berupa wang tunai juga turut disediakan buat pemenang bertuah. Aku tak berani nak meletakkan harapan, tapi dalam hati dok 'membaca' doa juga moga terlepas dalam saringan pertama ni wakakaka :D

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24hb Ogos 11.59pm, dengan sambutan terhadap kontes yang ekstravaganza meriahnya serta barisan penaja yang sangat hebat dalam kontes ini, aku yakin kontes gajet impian ini akan meyaksikan persaingan yang sengit dan sihat antara rakan-rakan yang menyertainya.



Senarai Penaja Cabaran iPhone 5s.


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.





Saturday, August 23, 2014

Maaf ...



Assalamualaikum!


Alhamdulillah bengkak di gusi semakin pulih. Setengah bekas air panas suam aku isi, kemudian letak garam dan kacau. Actually, aku tak kacau...aku guna Ephyra shaker tu je hehehe. Jadi ketagih pulak nak shake shake ni.

Sekali tu je la aku kumur air garam, alhamdulillah dengan izin Allah bengkak di gusi semakin surut. Seksa juga kalau gusi bengkak ni. Tu baru sikit nikmat Allah tarik dari aku huhu.

Aku bukan biasa nak bercerita pasal diri sendiri ni. Jarang sangat kot aku membebel pasal diri sendiri. Tapi, kadang-kadang tu kena luahkan juga sebab kalau aku tak luah, rasa syahdu je diri ni.

Lately, banyak benda terjadi. Tapi, takmo citer la pasal tu. Aku kan pendendam berjaya hahaha. Biar aku telan sorang-sorang sudah. Tapi, part yang aku nak share ni pun sedih, so boleh aku kongsi kat sini kan huhu.

Bukan orang tak menjemput, tapi tiap kali nak gi open house rakan-rakan ada je penghalangnya. Dalam semua jemputan open house yang aku dapat .... tak satu pun yang aku dapat pergi.

Syahdu weh! T_T

Paling kesian ... anak-anak la. Kesian diaorg nak merasa beraya di rumah orang. Nak merasa beraya di rumah jiran-jiran dalam blok ni, takda peluang sebab masing-masing balik sini terus tutup pintu. Nak buka mulut bertegur tepi tangga pun payah.

Hari ni pun ada beberapa jemputan open house yang tak dapat aku penuhi. Salah satunya, open house umah penyelia aku. Duk Putrajaya nun je, tapi atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat  pergi juga. Harap Isnin nanti dia tak masam muka ngan aku huhu.

Maaf ... aku hanya mampu merancang, Allah jua menentukan.



Friday, August 22, 2014

Friday, August 22, 2014

Punca Gusi Bengkak Dan Petua Merawatnya.


Assalamualaikum!


Tak selesa sungguh rasanya! Dah 3-4 hari gusi ni bengkak sampaikan nak makan pun rasa tak syok huhu. Kalau ikutkan kenyataan pakar pergigian, ini mungkin terjadi akibat kekurangan vitamin C dalam badan. Memang lately, aku kurang sangat makan buah-buahan. Sekali tu je la aku makan ... buah manggis huhu.

Buah limau pun dah lama aku tak makan. Kalau tak, dulu aku la 'hantu' limau segala! Sampaikan satu tahap, aku siap buat tutorial lagi macam mana nak menikmati buah limau! hehe :p. 

Selain kurang vitamin C, pakar pergigian berpendapat mungkin akibat dari malas gosok gigi. Eh, aku rajin gosok gigi ok. Lagi tak selesa kalau tak gosok gigi! dah la hari-hari pun dok bercakap ngan orang, kalau tak gosok gigi nak bercakap ngan orang pun segan!

Thursday, August 21, 2014

Thursday, August 21, 2014

Sementara Nak Membesar ....


Assalamualaikum!


"Gitu leeee budak sementara nak membesar...hehe". Dialog cikgu dia masa aku amik dia kat sekolah pagi tadi hehe. 

Ye la cikgu, gini la pesen anak saya nak membesar. Tahan lasak anak aku ni. Apa saja masalah sume dia boleh handle. Cuma memula sakit tu je mata tu berair menjejeh-jejeh huhu.


Thursday, August 21, 2014

Kakak ....


Assalamualaikum!


Petang semalam dia dah tunjuk dah tangan yang kena gigit ngan semut kecik tu. Mulanya memang takda apa-apa tanda bengkak atau gatal. Tapi ada kesan merah sikit kat situ. Bila aku picit, katanya sakit. 

"cam mane kakak boleh kena gigit semut ni?"

"masa tu kakak main panjat-panjat, pastu kawan tolak kakak, kakak tolak kawan balik pastu kawan lagi satu gi tolak kakak. Kakak jatuh atas pasir. Bila kakak tengok tangan kakak, ada satu semut kecik gigit"


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.