Breaking

Wednesday, September 10, 2014

Wednesday, September 10, 2014

Ada Kad Kredit Sendiri?


Assalamualaikum!




Perghh! Hebat budak-budak sekarang ni... kecil-kecil dah ada kad kredit sendiri, mengalahkan orang bekerja! Entah apa yang nak dibeli ngan 'kad kredit' tu agaknya?

Adakah duit belanja RM3 yang aku bagi setiap hari tak cukup tuk dia? Tu belum kira RM3 pulak untuk sekolah petang? Sampai nak kena guna 'kad kredit' bagai? 

Tuesday, September 09, 2014

Tuesday, September 09, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 9 - Siapakah Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku?


Assalamualaikum!




Wow! Cabaran hari ke 9 diteruskan dengan tajuk kali yang sangat sesuatuuuuuu! hehe. Aku memang blur sangat bab-bab cenggini ...! tengok je la dua entri sebelum ni, pasal bekas kekasih la .. pasal lagu cinta la .... aku tak biasa cenggini! 

Tak biasa! tak biasa ...!

I is inesen you know! heeee :p

Ok la ok la.... 

Setiap insan pasti menginginkan ciri-ciri yang sempurna pada pasangannya kan. Bukanlah 100% sempurna, tapi kalau boleh sedikit ciri yang kita nak tu ada pada bakal pasangan kita betul tak. 

Aku mengaku aku pernah menetapkan beberapa ciri untuk bakal suami aku dulu. Imaginasi bayangan seorang manusia yang 'sempurna' pada pandangan mata dan hati. 

Pernah aku mengimpikan ....

  • bakal suami aku lebih tinggi dari aku, supaya aku boleh letak kepala kat dada dia bila dia peluk aku ..... pffttttt!

Tapi, apa yang kita rasa terbaik itu mungkin belum cukup baik sebenarnya. Tak tinggi takpe, boleh je duduk atas kerusi pastu letak la kepala kat dada dia kan. Sambil baring pun boleh letak kepala ye dop hahaha :D

So, inilah jejaka-jejaka yang menarik perhatian aku sehingga kini ....




Lelaki pertama dalam hidupku .... Hj. Hashim berumur 65 tahun ini. Sangat tegas dan tak suka orang lawan cakap dia. Kalau dia tengah marah dan membebel, kita jangan melawan! Diamkan aje sampai dia habis bercakap. Dia suka bila kami rajin tengok buku sekolah hehe. 




Amboiiii! kemain dia tutup idung! busuk sangat ke nafas iolss!!! hahahaha. Ehhh jangan salah faham ye uolss ... gambo ni gambo shooting tuk Nuffnang hari tu haha. Nafas iolss sebenarnya wangi ok ... semerbak harum gituuu! hahaha. Aku paksa Pak Jelan berlakon sekali dalam video tu ekekeke. 




Dengar molep ustaz kabo tu ^^


Koleksi Cabaran 30 Hari

Tuesday, September 09, 2014

Dalam Pahit Ada Manisnya!



Assalammualaikum!


Dugaan ....

Minggu lepas kereta aku buat hal lagi. Memula aku ingat masalah starter sebab bila aku start dia bunyi "crecettttttttt!crecettttttt!". Bila tanya orang kat opis, diaorg kata mungkin alternator

Tapi Pak Jelan pulak cakap sebab bateri dah weak



"Hidup ini umpama jalan sambil menuruni bukit. 
Sedap jalan menurun, tapi silap langkah ko boleh jatuh 
tergolek sampai ke bawah sambil diperhatikan oleh orang lain"
(motif bermadah sebab nak bagitau dah dua kali aku jalan kaki kat sini
dan belum pernah jatuh tergolek lagi ....wakakakaka!)

Monday, September 08, 2014

Monday, September 08, 2014

Mira Nak Dapat Adik Baru?


Assalamualaikum!




Aku tak tahu la samada ini memang perangai dia semulajadi, atau saje buat-buat untuk tarik perhatian aku dan ayahnya. Kuat sentap budak ni! Sikit-sikit merajuk ... sikit-sikit tak puas hati! Tak padan dengan umur yang baru 5 tahun dah pandai nak sentap ...! hehe.

Bukan aku je yang kena 'marah' ngan dia, kakak dia pun jadi 'mangsa' amarah si budak kecil ni. Kalau datang angin baik dia .. memang dia layan kita baekkkkkkk punye! Tapi, bila ko sakitkan hati dia .... haaaa siap ko ... memang kena 'laser'!
Monday, September 08, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 8 - 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku?


Assalamualaikum!




Aaahhh cinta lagi! Bak kata orang, zaman bercinta adalah yang paling indah dilalui oleh seseorang dalam hidupnya. 

Bila bibir menguntum senyuman, mata dah berkenan, hati dah terpaut lalu keluar la segala lagu dan madah-madah cinta menggambarkan perasaan. Chewahhh! kemainnnnnn .....! hehehe.

Seperti orang lain, aku membesar dengan lagu-lagu cinta zaman rock-rock kapak. Memang layan habis lagu-lagu cinta zaman dulu, malah kebanyakkannya masih evergreen sampai sekarang! huhu.


5 Lagu Cinta Kegemaran Aku!


  • Kerana Cinta by Medicine

  • Takdir Dan Waktu by Mega

  • Kain Cinta Putih by Putera

  • Biar Putih Tulang by Dinamik

  • Bunga Angkasa by Terra Rossa



Haaa semua lagu cintan cintun tangkap leleh punye hahaha. Time bercinta lagu tu, time putus cinta lagu ni ekekeke. Biasa la .... dulu zaman layan perasaan, nak bermadah sendiri tak reti, so pakai lagu la nak tunjuk perasaan masing-masing huhu.

Adios! ^^



Monday, September 08, 2014

Dia Tak Bagi Aku Berblog?


Assalamualaikum!


Dua hari aku kena 'kuarantin' disebabkan diaorg. Takleh tengok aku pegang gajet ... handphone, iPad atau laptop! Macam ada 'sensor' kat laptop tu, kalau aku pegang je akan ada salah seorang dari diaorg yang perangai merajuk! 

Haih ....

Kadang-kadang aku 'curi-curi' juga ruang untuk update blog, tapi tak berjaya! Hah! memang aku tak pandai nak cilok pun ngan diaorg haha. Ada gak aku try amik hati diaorg. Aku masakkan apa yang diaorg suka, aku layan diaorg main, aku bawa gi kedai Meei Mei, belikan diaorg eksrem, aku gurau-gurau sakat menyakat sampai menangis si kecil tu aku 'kerjakan' hahaha. Tapi tak jalan jugak ....!


Sunday, September 07, 2014

Sunday, September 07, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 7 - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagiku


Assalamualaikum!



sumber : google

Waaaaa dah masuk hari ke-7 dah! Hari ni aku nak berkongsi pendapat mengenai kepentingan pendidikan dari perspektif Dr. Hanim :D

Sabda Nabi saw  yang bermaksud :


"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Riwayat Ibnu Majah)

Setiap peringkat fasa kehidupan kita memerlukan kita untuk menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sebab itu manusia diberikan akal oleh Allah swt kerana dengan akal maka kita dapat menerima dan memberi ilmu dengan mudah.

Sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita sudah pun diberikan pendidikan. Kalau kita tanya mak-mak kita dulu, apa yang mak ajarkan kita masa kita dalam kandungan? Mak kita jawab, mak bacakan surah Luqman, surah Yusof untuk kamu. Supaya kamu nanti membesar jadi anak yang soleh/solehah

Sebagai ibu, aku juga turut mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Baik dari segi akademik, moral dan pengetahuan tentang Islam. Benda yang selalu aku ingatkan pada anak-anak ialah beza antara orang berjaya dengan tidak adalah pada ketinggian ilmunya. 

Kalau nak berjaya mesti ada ilmu. 

Namun, ada ilmu saja tidak menjadikan kita berjaya sepenuhnya jika kita tidak sebarkan pada orang lain, dan ilmu itu akan menjadi sia-sia jika kita tidak beramal dengannya.

Jadi, teruskan menuntut ilmu dalam apa jua keadaan kita. Dan, sentiasalah beramal dengannya supaya kita dan orang lain sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.

Tapi, jangan pula kita pi belajar ilmu yang tidak sepatutnya, pastu kita sebarkan pada orang lain atau kita aniaya orang lain. Nescaya ia akan mengheret kita ke lembah kehinaan.

Wallahualam.



Koleksi Cabaran 30 Hari


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.