Breaking

Monday, September 15, 2014

Monday, September 15, 2014

Pemeriksaan Kesihatan Bersama NKF


Assalamualaikum!


Sekarang ni banyak betul penyakit-penyakit baru yang muncul. Macam-macam nama penyakit, sampai terbelit-belit lidah ni nak menyebutnya. Dan, kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan di kalangan masyarakat sangatlah kurang.

Sedikit keberuntungan bagi orang-orang yang bekerja dengan jabatan kerajaan/company yang selalu cakna tentang tahap kesihatan staff mereka. Kalau sendiri-sendiri nak pergi klinik buat temujanji untuk check kesihatan, memang takdo la!

Kalau ada pun, sangat sedikit bilangannya.


Sunday, September 14, 2014

Sunday, September 14, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 14 - Cerita Tentang Kasut Aku


Assalamualaikum!


Arghhh! ini first time aku lambat update entri untuk #cabaran30hari! Dari hari Jumaat bizinya membawak sampai ke hari Ahad malam! Walaupun siaran terlambat, tapi cabaran untuk hari ke 14 tetap diteruskan hehehe.




Cerita tentang kasut aku? Apa yang bestnye kasut aku ni? 
  • Inilah kasut aku gi keje, kasut aku gi jenjalan. 
  • Saiz kasut aku 9. Kaki panjang ... hehehe.
  • Dengan kasut ni, aku jalan kaki dari opis ke sekolah anak hari tu!
  • Aku akan pakai kasut tu selagi tak rosak. Means, bila dah terkeluar 'isi' dia baru tukar.
  • Aku takleh pakai high heels pasal nanti orang ingat aku 'tiang' bergerak! haha. Aku pun tak selesa nak cakap ngan orang sebab kena tunduk baru leh cakap hehe.
  • Aku tak suka kasut yang tapak licin, pasal aku mudah jatuh. Tiap kali nak beli kasut, aku check tapak dia dulu.
  • Aku tak kisah kalau beli kasut kat pasar malam sekali pun, janji selesa di kaki dan tak licin!

Ha tu je la citer pasal kasut aku pun. Yang pasti, aku bukan shoe-holic (hentam je la janji faham maksud aku) hehe. 




Koleksi Cabaran 30 Hari




Sunday, September 14, 2014

Photoshoot Kedua Selepas Dua Minggu!


Assalamualaikum!




Dua minggu berlalu begitu pantas! Dan, kelmarin aku ke sana lagi untuk 2nd photoshoot bersama rakan blogger lain. Kenapa ada photoshoot bagai ni? Haaaa photoshoot yang hari tu adalah untuk pengenalan kepada produk Loreal yang terbaru iaitu Revitalift V Shaper.  

Saturday, September 13, 2014

Saturday, September 13, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 13 - 5 Blog Kegemaran Aku


Assalamualaikum!


Sebelum aku ada blog sendiri, aku suka baca blog orang. Ada beberapa blog yang menjadi pilihan aku waktu tu dan sehingga kini pun aku masih setia jadi silent reader mereka. Baca pengalaman hidup diaorg, sedih, gembira, travel sana sini dan macam-macam cerita lagi.

Mereka antara pencetus idea aku untuk memiliki blog sendiri. Seronok sebenarnya ada blog ni! Tak caya, cuba korang buat blog sendiri pastu ceritalah tentang kehidupan dan pengalaman korang. Tapi, part haters tu kena bertabahlah sikit, sebab ada yang aku baca pengalaman bloggers dengan haters ni banyak rupanya! Dan, kadang-kadang boleh bikin kita meroyan sekejap! hahaha.




So, inilah 5 blog kegemaran aku yang nak dikongsi dengan korang. Aku tak ikut urutan sapa paling aku suka ye. Semua aku suka sama rata dan paling penting aku setia baca walaupun sekadar silent reader :)





Wahh! comei sungguh nyonya tu kan! hahaha. Suka blog sendiri? syok sendiri ke ape? Lantak pi ape orang nak cakap. Dah ni blog aku sendiri tentulah aku suka. Aku juga kerap tulis 'blog kesayangan' kan, jadi memang selayaknya blog NUKILAN KENIT aku ni menjadi kegemaran. Di sinilah cerita aku bermula, dan disinilah aku kongsikan apa saja yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain.




Sebelum aku ada blog, aku suka baca blog Maria Elena. What's best about her blog? Sebab penulisan dia simple dan mudah difahami. Lagipun sebelum dia kawen, dia macam 'gila-gila' sikit hahahaha. Plus, cam peliks pun ado hehe. Walaupun dia bukan blogger yang aktif tapi sekali dia post entri, aku klik dan baca!





Dulu susah nak cari blog yang dikendalikan oleh kaum lelaki. Bila aku terjumpa dengan Santai Ben Ashaari terus aku 'melekat' sampai sekarang hehe. Penulisan berkisar pada kehidupan bersama family terutama anak-anak beliau. Aku cukup suka kalau orang cerita pasal anak-anak ni hehehe. 





Aku start baca blog kak Filla bila aku dah ada blog sendiri. Tapi, aku dah lupa dari mana aku jumpa blog kak Filla ni hehe. Start baca masa dia masih anak dua lagi. Dari bab anak-anak sampai travel, masak-masak atau sekadar kuar minum ngan kengkawan pun ada dalam blog kak Filla. Of course, penulisan sempoi, simple dan 'gila-gila' kak Filla paling aku suka.





Aku suka jenguk blog masak memasak ni, walaupun diri ini tak berapa nak merajin di dapur hahahaha. Suka sangat jenguk resepi-resepi dari blog AzlitaMasamManis, dengan gambar makanan yang ohsem! Kita yang tengok gambar je pun dah telio hehehe. 


Ada lagi blog-blog kegemaran yang aku suka. Blog informasi dan agama, blog kengkawan yang hari-hari aku singgah walaupun tak sempat tinggalkan komen. Apa saja yang best pada aku, itulah kegemaran aku ^^

Jom kita singgah blog kawan-kawan! ^^

*kakak-kakak dan abg blogger, tumpang letak header blog hampa nooo . Tq :)


Koleksi Cabaran 30 Hari


Friday, September 12, 2014

Friday, September 12, 2014

[Cabaran 30 Hari] Hari 12 - 5 Wishlist Aku



Assalamualaikum!




Wow! kali ni aku nak kongsi 5 wishlist aku kat korang. Biasa kalau aku blogwalking mesti ada kotak wishlist ni kat sidebar blog korang kan. Yang mana dah tertunai, klik right. Yang mana belum, kotak masih kosong.

Sebenarnya ..... hajat aku yang sebenar-benar lagi benar dan membenarkan telah pun tertunai. Apa hajat aku tu biarlah ia menjadi rahsia aku seorang. Yang pastinya hajat yang telah tertunai itu bukan berkenaan diri aku atau Pak Jelan atau anak-anak aku.

Moga beliau istiqomah ....

Ok! 

So, disebabkan hajat aku yang pertama-tamanya dah tertunai aku nak tambah lagi la wishlist aku. Penganjur nak 5 je kan, ok la aku kongsikan 5 antara 1000 wishlist aku yek hehe :D


1. Menunaikan haji dan bawa mak bersama ke Mekah.
  • Abah dah pernah pergi dah, cuma mak je belum. Siapa yang tak teringin nak pergi ke Mekah al Mukarramah,tempat paling dicintai Allah. Dulu kaki mak sakit, susah nak berjalan jauh. Tapi sekarang alhamdulillah dah beransur pulih. Kalau hajat aku ni kesampaian, dan Allah permudahkan segalanya untuk mak dan kami, aku doa agar mak diberi kesihatan yang baik untuk menunaikannya.

2. Berhenti merokok!
  • Bukan aku yang merokok tapi orang 'sebelah'

3. Memiliki kedai mainan kanak-kanak (macam Toys R Us)
  • Aku teringin sangat nak jadikan kedai mainan tu sebagai harta pusaka untuk budak-budak ni. Paling koman pun macam kedai Meei Mei tu pun jadi la hehehe. Pasaipa? Pasai aku rasa dah beratus ratus  ringgit aku 'leburkan'  kat kedai mainan! Kalau dapat, aku nak hadiahkan kat diaorg, pastu diaorg boleh makan tidur main dalam kedai tu hehe.

4. Tambah anak
  • Mana aku pergi mesti orang bertanya, Nim, bila nak tambah lagi? Mira pun dah besar. Aku faham...aku memahami keinginan korang untuk melihat keluarga kami membesar dan bertambah. Aku pun sama. Takpe, pasni 100 orang yang baca hajat aku ni tadah tangan dan berdoa sekejap untuk aku. Boleh cenggitu? boleh la... boleh la...boleh la :)

5. Senangkan mak dan abah
  • Sebak bila teringatkan mak dan abah yang hanya tinggal berdua di kampung. Sampaikan kakak tanya kat aku, ibu tak sayang atok ngan wan ke? nape tak tinggal ngan atok dan wan? Aku berdoa dan berharap sangat suatu hari nanti aku dapat duduk tinggal dekat ngan mak dan abah. 

So, itulah 5 wishlist aku untuk kali ini. Segala yang aku hajatkan di atas bukan rekaan semata-mata. Ia lahir dari dalam hati ini. Semoga Allah perkenankan hajat-hajat kita semua insyaAllah :)



Koleksi Cabaran 30 Hari

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.