Story Kenit
Monday, December 15, 2014
Hati-hati Sebar Berita!
Assalamualaikum!
Bercerita dan bergosip satu hal..tapi yang menyebarkan berita salah kat orang lain tu pun masalah jugak! Kalau berita tu betul takpe...ni dah la tak betul gi sebar satu opis.. naya ke orang!
Ada kawan mengadu dia bercerita kat si polan ni tentang neneknya yang sakit tapi si polan ni salah dengar agaknya ... dia ingat laki kawan ni yang sakit! Dah la tu si polan ni bercerita laki kawan ni sakit kanser. Tak cukup lagi...si polan ni gi canang satu floor tempat dia keje!
Habis semua orang salah faham gara² cerita tak betul si polan ni hehe. Naya ke kawan aku tu...elok² laki dia sihat walafiat tetiba kena 'doa' sakit kanser hehe.
Moral of the story.... jangan suka² sebar cerita kawan kat orang lain dannnn .... sila korek telinga bersih²!