Cerita My Pearls
Monday, January 05, 2015
Malu Tapi Mahu ....
Assalamualaikum!
Petang semalam bawa dua beradik ni gi main kat taman permainan. Dari rumah berkobar-kobar nak main ... siap ajak ibu jogging lagi! Tapi bila sampai sana ... hurmm masing-masing melekat kat ibu hehe. Rupanya diaorg malu ... tengok budak-budak lain main kat situ. Malu nak bercampur kekdahnya ....
Gi la main kat sana ... ibu tunggu sini.
Taknak ... ramai orang. Jom la ... ibu ikut sekali ...
Ish ... ibu duduk sini je la. Kakak dan adik gi main kat sana. Kawan ramai tu ... mana tau kakak dan adik dapat kawan baru arini.
Dua-dua tak berganjak ... dok melekat lagi kat sebelah aku hehe. Terpaksa la aku bangun dan iring diaorg ke tempat tu. Barulah diaorg nak panjat tangga gelungsur huhu. Yang kakak nak main gayut-gayut ... tetiba disapa dua orang budak kat situ.