Story Kenit
Monday, February 02, 2015
Bila Tinggal Bertiga ...
Assalamualaikum!
Banyak yang perlu dirombak semula. Segala aktiviti dan modus operandi berubah sekelip mata! Kalau dulu Pak Jelan ada membantu ... sekarang aku sengsorang setelkan hal anak-anak dan sendiri. Bukan tak biasa ... tapi dengan batuk yang kejap on-off ni, aku kena pastikan aku ada cukup tenaga nak menghandle dua orang anak dara tu.
Bila dah tinggal bertiga ... semua aktiviti luar terbatas. Semalam tu pun sebab nak pergi Perpustakaan Negara .. tempat tertutup dan selamat. Tapi disebabkan cuti, terpaksa beralih ke taman. Itupun aku sentiasa perhati keliling pastikan anak-anak ada depan mata setiap masa! Kakak jauh sikit pun aku dah terjerit-jerit panggil dia patah balik hehe.