Cerita My Pearls
Thursday, February 12, 2015
Peraturan Gajet
Assalamualaikum!
Pemantauan berterusan menunjukkan perubahan yang baik bagi permulaan tahun 2015. Wah! macam buat marketing report pulak ye hehe. Alhamdulillah ... sekarang dah masuk pertengahan bulan kedua tahun 2015, kakak dan adik sudah boleh 'hidup' tanpa gajet! haha. Bukan sepenuhnya .. tetapi dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh aku.
Sejak tahun lepas lagi, aku telah menguatkuasakan peraturan WAJIB untuk dua beradik ni. Apakah peraturan itu? No gadgets on school days. Isnin sampai jumaat tak dibenarkan untuk mengadap iPad, henpon atau laptop. Memula berkuatkuasanya peraturan ni, dua beradik tu agak payah nak ikut. Ada masanya aku dapat tangkap kakak atau adik sorok-sorok main game dalam iPad haha. Bila ibu dapat tau ape lagi ... kembangla segala rerambut yang ada macam mak singa! haha.