Breaking

Friday, February 20, 2015

Friday, February 20, 2015

Bukan Resepi Semata-mata!


Assalamualaikum!



Patutlah sedapnya lain macam .. rupanya ada benda mak letak dalam masakannya. Tu pasal la aku punye asam pedas tidak sesedap yang mak masak!

Kadang-kadang resepi tu dah sama.. tapi hasilnya tak seperti yang aku harapkan. Mak punye asam pedas merah menyala tapi asam pedas aku cair mair! Tapi tu la ... macam mana aku buat pun takkan sama ngan mak masak. Mak punye asam pedas terbaekkkk!

Thursday, February 19, 2015

Thursday, February 19, 2015

Panggilan Rindu


Assalamualaikum!


Bersiaran secara live dari Melaka, kampung halaman tercinta. Kerinduan abah dan mak terhadap cucu-cucunya dah tak dibendung lagi. Kiriman WhatsApp Atok kelmarin benar-benar meruntun hati.

Cuti ni tak balik kampung ke? ....

Siap packing barang, malam tadi jugak kami gerak. Hujan lebat sepanjang jalan tak kami hiraukan. Alhamdulillah malam tadi jugak kami selamat sampai.

Pagi-pagi bangun masing-masing dah bersantai depan umah. Beginila tiap kali balik kampung ... anak beranak mesti akan berborak bergelak ketawa kat depan rumah. Diselang seli dengan bau tahi lembu melayang dari rumah pak sedara sebelah hehe. Bunyi burung menyanyi memang menenangkan perasaan kacau yang bersarang di hati.

Hurmm ...

Moga kedamaian yang dirasa saat ini kekal berpanjangan abadi ...


Wednesday, February 18, 2015

Wednesday, February 18, 2015

Kepantangan Mira!


Assalamualaikum!



Kalau memasak tuk si kenit Mira ni, kena jaga 2 benda ni hehe. Dia cukup pantang kalau ternampak 2 benda ni dalam lauk atau makanan. Memang takkan disentuhnya sampai ke sudah sekali pun ko mengalir air mata darah sekali pun ...hehe.

Kalau kita tengah memasak di dapur, kejap lagi dia datangla dengan soalan cliche dia .

bu ... ada bawang ke tu bu?

Tuesday, February 17, 2015

Tuesday, February 17, 2015

Malu Bila Anak Tanya Kita Tak Dapat Jawab


Assalamualaikum!

Bukan tak pernah dia bertanya soalan yang pelik-pelik sebelum ni. Aku ingatkan bila dia tanya soalan macam mana dia kuar ikut perut, kenapa kita kena solat dan tutup aurat, kenapa adik kuar tak ikut perut ((hehe)), macam mana ibu mengandung kakak dan adik (jenuh nak filter ayat supaya tak kedengaran lucah dan bagi dia faham hahaa)) dan macam-macam soalan lagi la .... itu sangat memalukan tapi kali ni aku rasa lagi malu! 




"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" 
- Surah Ar-Rahman ayat 13-
Tuesday, February 17, 2015

Santai & Seronok Di Farm In The City


Assalamualaikum!



Pening ... ke mana lagi nak bawak family kita beriadah dan melakukan aktiviti santai lagi menghiburkan? Haaa kalau korang tak da idea nak gi mana, meh aku suggestkan tempat yang sesuai untuk korang sekeluarga beriadah.

Ahad baru-baru ni, aku dan family berkesempatan melawat Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Asyik 'main' dalam KL je ... boring! hehe. Sesekali kita nak juga merasa nikmat beriadah di tempat lain kan kan kan hehe. Farm In The City ni berkonsepkan petting zoo, bezanya dengan zoo ialah kat sini kita boleh pegang dan bagi makan kat haiwan-haiwan. Dan haiwan-haiwan bebas bergerak. Tapi haiwan macam ular tu diaorg letak dalam peti kaca khas la hehe. 

Monday, February 16, 2015

Monday, February 16, 2015

Bilik Bayi Kemudahan Untuk Ibu & Anak Di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!

Pengalaman bershopping bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil memang agak melecehkan terutama sekali yang bawa baby. Tak banyak shopping mall yang menyediakan kemudahan untuk ibu dan bayi, sekali gus sedikit sebanyak menjejaskan  keseronokan bershopping di sana. 

Yang lecehnya, bila kita nak tukar pampers anak terpaksa pergi ke tandas awam biasa .. itu pun bukan semua tandas sediakan ruang khas untuk bayi. Sama juga halnya dengan menyusukan bayi, ibu-ibu terpaksa mencari ruang yang sesuai dan tersorok dari orang ramai untuk menyusukan bayinya. Memang tak selesa ... lenguh badan dan takda privacy!





Baru-baru ni aku dijemput oleh pihak pengurusan Sunway Pyramid untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan khas untuk ibu dan anak-anak kecil especially ibu yang masih breastfeed. Lokasi baby room ini terletak di Orange Zone, bersebelahan dengan kedai Bonita (rujuk gambar di atas).

Baby room ni korang kena masuk pintu yang ada tulis 'KELUAR', betul-betul bersebelahan dengan tandas wanita.

Apa yang ada kat dalam bilik bayi ni? Jom kita terjah masuk! :)




Sebelum tu meh aku kongsikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam bilik bayi ni. Antara kemudahan yang disediakan :
  • bilik menyusu
  • tempat menukar lampin
  • kemudahan air panas untuk susu bayi
  • muzik dimainkan ketika ibu menyusukan 
  • kelengkapan tandas untuk bayi yang disediakan oleh Pigeon
  • sabun tangan
  • tisu

Reka bentuk bilik bayi dan ruang memang sangat selesa dan mesra pengguna. Untuk ibu menyusu, tak perlu bersusah payah mencari tempat atau ruang tersorok untuk menyusukan bayi anda. Di sini, anda boleh memyusukan bayi anda dengan selesa dan opkos with privacy! 

Lagi satu, bilik menyusu ni full air-conditioned ye, so ibu dan anak boleh menyusu dengan tenang dan selesa.






Bilik menyusu bayi ini boleh memuatkan 2 orang dalam satu-satu masa. Memang selesa untuk anda dan bayi anda.





Yang ni tempat menyalin lampin pakai buang bayi. Alasnya lembut berkusyen, kalau letak baby sini mesti dia takmo pergi mana-mana dah hehe. Ibu-ibu boleh salin pampers anak-anak dengan cepat dan selesa. Bukan itu saja, ibu-ibu boleh menggunakan losyen, minyak bayi dan hand sanitizer yang disediakan oleh Pigeon. 




See .. bilik bayi ni bukan sahaja mesra ibu tapi juga menggalakkan ibu melakukan massage ke atas bayi mereka. Siap ada step by step lagi, losyen dan minyak bayi juga disediakan .. so ibu-ibu jangan lupa gunakan untuk bayi anda k ^^





Di sini juga disediakan sinki dan kemudahan air panas untuk ibu membuat susu. Tak perlu susah payah nak bawak air panas dalam termos kerana segalanya disediakan untuk anda! Bawa susu tepung je hehe. Anda boleh gunakan sinki dan anak-anak nak basuh tangan tapi tak sampai, boleh gunakan drawer kat bawah sinki ni.





Aku pun teringin juga nak duduk dalam bilik menyusu ni tapi bukan tuk menyusukan Mira ye! haha. Jangan dik .. zaman adik menyusu badan dah lama berlalu. tapi memang selesa sungguh sofa dia! Siap ada soket eletrik lagi ... sesuaila kalau ibu-ibu nak mengepam susu :)

Selain bilik bayi, Sunway Pyramid Shopping Mall menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lain seperti :
  • Tandas mesra-ibu : ada sinki untuk kanak-kanak, dan sesetengah tandas wanita juga ada disediakan tepat menukar lampin bayi, kelengkapan tandas bayi dan parking untuk letak stroller baby. Juga disediakan kubikel untuk letak dan dudukkan bayi anda.
  • Stroller kanak-kanak : anda boleh dapatkannya di kaunter informasi/concierge di LG1.
  • Teksi kanak-kanak/ Kiddy Cab : Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan keatas. Kalau anak-anak penat berjalan boleh guna kiddy cab ni dan mereka boleh 'memandu' dalam shopping mall. Lokasi di tingkat LG2 & Red Zone.
  • Buggy rides (atas permintaan) di tingkat LG1 & Blue Atrium.
  • Playground : ruang bermain juga disediakan untuk keselesaan dan keseronokan anak-anak. Lokasi di tingkat LG2 (bertentangan dengan Cold Storage)




So, kalau korang nampak 'signboard' ni, jangan lupa singgah k ^^

Lokasi untuk bilik bayi boleh dikunjungi di beberapa tempat :
  • Tingkat GF (Red Zone; bersebelahan kedai Levi's)
  • Tingkat LG1 (Orange Zone; bersebelahan kedai Bonita)
  • Tingkat LG2 (Orange Zone; bersebelahan Takasima Platinum)




Terima kasih Sunway Pyramid kerana menjemput aku ke sini. Kalau aku ada bayi, sinilah tempat yang aku akan tuju untuk keselesaan dan privacy. Barulah selesa dan seronok dan bershopping bersama family kan :)

Untuk lebih info, korang boleh terjah :




Sunday, February 15, 2015

Sunday, February 15, 2015

Shoe Hunting Untuk ....


Assalammualaikum!


Dekat-dekat nak CNY ni, seronok tengok orang shopping sana sini bawa family. Tapi yang tak tahannya kena handle anak-anak bila di tengah-tengah orang ramai... ! Seronok seronok juga tapi kalau sampai anak dah terlepas dari tangan ibu ayah time memilih barang ... yang tu memang boleh mengundang trauma!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.