Breaking

Sunday, March 22, 2015

Sunday, March 22, 2015

Kalau Makan Mempelam .....


Assalamualaikum!





Bahagian inilah yang paling aku suka sekali! Kupas sebijik, tang bijik tu yang aku kejar dulu. Dah habis makan bijik, baru aku kejar isinya heeeee. 

Begitu jugakla kalau makan ayam. Aku suka kalau yang ada tulang. Kalau pi KFC, memang aku kena order bahagian drumstick atau yang bertulang. Kalau bahagian dada atau yang banyak isi ....hurmm memang payah la nak habis. Lebih lagi kalu ayam dah sejuk!

Friday, March 20, 2015

Friday, March 20, 2015

Resepi Mudah Kari Kepala Ikan Merah


Assalamualaikum!

Lamanyeeee aku tak berkongsi resepi di blog kesayanganku ini kan. Masaknya dah macam-macam, tapi nak updatenye kadang malas, kadang tak sempat, kadang tak sampai hati, kadang tu kena perli pulak! ibu ni nak tangkap gambo ke nak makan! hahaha 

This time anak-anak kat umah mak jang diaorg so aku boleh la amik gambo banyak sikit kan hehe. Kali ni aku nak share resepi mudah biasa-biasa kari kepala ikan merah ... Perak style hehe.



Friday, March 20, 2015

Antara Pengalaman & Keseronokan!


Assalamualaikum!




Teringat aku zaman kecik-kecik dulu, memang best kalau balik kampung! Best sebab ape? best sebab dapat jumpa arwah Atok & Wan, pak-pak sedara, mak-mak sedara, sepupu sepapat. Time paling best berkumpul ialah time Hari Raya. Memang rasa takmo balik KL masa tu ...! huhu.

Bagi kakak dan adik, ini merupakan antara pengalaman yang paling menyeronokkan bila balik kampung! Takyah cakap pun ibu tau dah hehe. Cuaca panas pun korang boleh bantai main sampai ke petang kan. Tambah ada kak Shikin .... lagi ligat masing-masing! hehe. Contoh macam kat atas ni ... time ni dalam kul 3 lebih, tapi diaorg dok bersantai tepi bendang temankan Tok kutip kekabu hehe. Teman tengok je la ..... heeeee :D

Wednesday, March 18, 2015

Wednesday, March 18, 2015

Day 3, Bila Anak Dah Besar!


Assalamualaikum!




Hari ini bermula dengan amat perlahan sekali huhu. Tak banyak yang boleh dilakukan di bawah cuaca terik begini. Tambah orang baru lepas meracun tepi tali ayaq pagi tadi ...lagi takleh nak tengok bendang di seberang.

Aktiviti bermula petangnya lepas Asar. Ke mana lagi kalau bukan ke pasar malam di taman berdekatan.

Tuesday, March 17, 2015

Tuesday, March 17, 2015

Day 2, Buah Kekabu & Ikan Puyu!


Assalamualaikum!




Day 2 ... pemandangan pagi di tepi tali ayaq mengadap bendang. Tenang .. mendamaikan ... sunyi. Keadaan cuaca yang kering, dah beberapa hari tak hujan sebelum kami sampai kampung lagi. Memang kering tanah baq hang! 
Tuesday, March 17, 2015

Waspada Cuaca Panas Litlit!


Assamualaikum!



Baru bangkit tidoq ...aku suh dia pi mandi dulu. Tengahari tadi nangis sakan dia bila tak dibagi main kat luaq. Bukan apa ... panaih litlit gini tak elok tuk kesihatan tambah budak pulak tu! Tak puas main kat dalam umah lari depan belakang, nak main kat luaq pulak.

Dok nangis sangat...aku suh tidoq dulu la. Dah redup sikit sat gi baru leh kuaq main. Panas bendang tak sama ngan panas laut atau panas di bandaq. Panas bendang ni boleh pening kepala jadiknya ...tu pasai orang pakat duk dalam umah ja time ni.

Monday, March 16, 2015

Monday, March 16, 2015

Destinasiku, Bagan Serai!


Assalamualaikum!




Bertolak jam 8 pagi tadi ... lepas 4 jam alhamdulillah selamat sampai. Last kami balik ... ee .. er... san...aahh tak kisah la yang penting kami dah sampai kampunggg! hehe. Alhamdulillah ... kakak dan adik seronok bila dapat tahu nak bali Bagan Serai ... tak sabar nak jumpa Tok, mak andak, kakak Shikin katanya. 

Dan saat aku menaip ni, kakak dan adik dah selamat ngikut kakak shikin balik umah dia sambung main di sana hehe. Anak-anak dah besor ... tak kisah dah kalau takat nak ikut sepupu balik. Kalau kecik dulu ye la ...

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.