Breaking

Monday, April 20, 2015

Monday, April 20, 2015

Anak Patung Tanpa GST!


Assalamualaikum!




Nah ..! hamik mung stok anak patung untuk kakak dan adik sehingga mencapai umur akil baligh ... hehehe. Dah akil baligh sok takleh nak main-main timang lagi tau. Ni pun dok mikir mana nak disumbat semua anak patung ni ...! >.<
Monday, April 20, 2015

Video Lama


Assalamualaikum!



Ya Allah ...! Akhirnya aku dapat balik semua video anak-anak aku dari akaun fb lama. Akaun fb yang lama dulu telah dibolosi oleh hacker.... hurmm. Syukur alhamdulillah .... Pak Jelan berjaya 'menyelamatkan' semua video ni, kalau tak habislah kenangan kakak dan adik masa kecik-kecik dulu huhu.

.




Monday, April 20, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 4


Assalamualaikum!




Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir dalam program 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015. Lokasi terakhir kami ialah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains &Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains Klang), Alam Impian Shah Alam.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun 2009 ini menempatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dan juga dibiayai sepenuhnya oleh  JAIS terutama dari segi makanan dan tempat tinggal. LZS (Lembaga Zakat Selangor) turut memberi bantuan RM150 kepada pelajar-pelajarnya setiap bulan.

Saturday, April 18, 2015

Saturday, April 18, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 3


Assalamualaikum!


Antara soalan yang sering diajukan, kenapa orang zakat lambat sangat bagi bantuan? nak buat apa simpan duit zakat banyak-banyak tu? ramai lagi orang susah kat luar sana, kenapa orang zakat tak dekati dan bantu mereka?

Melalui perbualan kami dengan pegawai zakat yang juga mengikuti konvoi jelajah asnaf ni, beliau mengatakan bahawa bantuan zakat yang diberikan kepada penerima asnaf perlu dilakukan dengan betul, adil dan saksama. Kerana ia adalah amanah dari pembayar zakat, tak boleh la nak bagi semberono dan sewenang-wenangnya tanpa tapisan.


Friday, April 17, 2015

Friday, April 17, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 2


Assalamualaikum!


Bila kita bercakap tentang zakat, pastinya ada sangkut paut dengan asnaf. Apa itu asnaf? Dan siapakah asnaf? Haa .. ni masih ramai yang tak tahu ni kan. Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan seseorang itu menerima bantuan zakat? Selama ni kita fikir zakat tu untuk orang miskin je kan, dan ramai orang fikir bantuan zakat hanya dalam bentuk wang sahaja. 

Sebenarnya bantuan zakat bukan hanya terhad dalam bentuk kewangan. Lembaga Zakat Selangor juga merangka program-program pembangunan untuk golongan asnaf supaya mereka boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri dengan lebih baik bersama bantuan yang diberi.

Nak tahu bantuan yang macam mana? Meh sini baca bawah lagi :)


Thursday, April 16, 2015

Thursday, April 16, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


picture credit : Ben Ashaari

Pengalaman yang sungguh berharga dan bermakna .... itulah yang dapat aku gambarkan ketika menyertai Program Zikra 2015 bersama Lembaga Zakat Selangor semalam. Tahun ini kami berkesempatan untuk merasai pengalaman dan menyaksikan sendiri program yang dijalankan setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor! Alhamdulillah ....


Semuanya bermula di sini .. di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 Shah Alam. Seawal jam 8 pagi, seramai 15 orang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari berkumpul untuk menyertai konvoi ziarah 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015.

Wednesday, April 15, 2015

Wednesday, April 15, 2015

Kalau Dah Penat ....


Assalamualaikum!




'Serah' diri awal dia malam ni hehe. Masuk dalam kete ... lelap sampai ke umah. Lepas mandi dan maghrib terus tido sampai sekarang! Nak kejut makan tak sampai hati pulak ... nampak nau penatnya tu. 

Errm ... tahun depan dah masuk darjah 1. Tak tahu samada Mira dapat 'survive' pergi dua sekolah pagi dan petang huhu. Yang satu ni pun merengek-rengek ngantuk. Kalau dikejut bangun pagi ... bagi salam pertama ... takda respon! Masuk kali kedua bagi salam ... yillek! Masuk kali ketiga panggil nama penuh ... pun tak berbuka mata tu. Alih-alih terus ibu panggil ..."Hazmira 1! Hazmira 2 .... Hazmira 3! Ha terus celik mata dia! hehe.....

Hurm ... tak jadi nak kejut dia bangun dan makan. Nampaknya ibu makan malam ngan kakak je la malam ni sambil layan Fast And Furious 7 kat Youtube ... huhu


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.